Penyerang Sasar Muka Tapi Faisal Sempat Elak


Faisal Halim selepas menjadi mangsa simbah asid, semalam. ( 📸 ©FOTO tular media sosial. ) klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

'Kenapa mereka buat saya begini' KUALA LUMUR: "Kenapa mereka buat saya begini."

Itu luahan sedih pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim selepas menjadi mangsa simbah asid, semalam.

Perkara itu dikongsikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas beliau menjadi antara individu terawal melawat Faisal di hospital, malam tadi.

Hamidin yang turut bersimpati dan sedih dengan apa yang menimpa Faisal, memaklumkan pemain berusia 26 tahun itu juga berada dalam keadaan trauma.

"Saya ada cakap dengan Faisal dan isteri dia, lupakan dulu mengenai bola kerana kesihatan lebih penting. Ada benda (percakapan dengan Faisal) saya tak boleh kongsi.

"Namun, dia (Faisal) menangis sambil kata 'kenapa mereka buat saya macam ini'. Dia sedih, saya pun sedih tengok dia. Saya difahamkan doktor tengah tengok asid itu jenis macam mana, takut yang jenis makan dalam.

"Kita harap Faisal mendapat rawatan yang terbaik dan kembali pulih. Dua kejadian membabitkan dua pemain kebangsaan (termasuk Akhyar Rashid), kita sedih dan kesal benda ini terjadi. Semua pemain kena lebih berhati-hati," katanya ketika temu bual bersama BH Sukan di Wisma FAM, hari ini.

Terdahulu, Faisal dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan bahan dipercayai asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, petang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, semalam dilaporkan berkata seorang lelaki ditahan di Pandan Indah bagi membantu siasatan.

Selain itu, Hamidin enggan membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian yang menimpa Faisal, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

Beliau turut menjelaskan, kecederaan yang dialami Faisal mungkin perlu mengambil masa beberapa bulan untuk pulih, sekali gus bakal terlepas dua baki aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan. RAKAMAN gambar tersebar di media sosial memaparkan Faisal selepas disimbah asid. ( 📸 ©FOTO tular media sosial.) 'Penyerang sasar muka, tapi Faisal sempat elak' Kuala Lumpur: "Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia."

Demikian reaksi sumber dalam nada amat sedih dan begitu kecewa selepas apa yang terjadi kepada pemain kebangsaan itu yang menjadi mangsa disimbah asid sehingga mengalami kecederaan agak teruk di sekitar bahagian belakang badannya.

Jelas sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya untuk kembali bangkit daripada espisod hitam itu.

Namun begitu, katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.

"Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

"Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.

"Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap 'good luck' sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri," kata sumber itu.

Terdahulu Arena Metro melaporkan bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan itu diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disimbah asid.

Khamis lalu, seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun dan didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet.

Namun begitu, insiden jenayah terhadap dua pemain kebangsaan yang berlaku dalam jarak masa yang dekat dipercayai tiada hubung kait.

SOURCE: hmetro.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2024/05/penyerang-sasar-muka-tapi-faisal-sempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simbah Asid Penyerang Ada Niat Tamatkan Karier Faisal

Simbah Asid Penyerang Ada Niat Tamatkan Karier Faisal

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 161 hits
PETALING JAYA Individu yang menyimbah asid kepada Faisal Abdul Halim dipercayai berniat mahu tamatkan karier pemain sayap Harimau Malaya itu Ia berdasarkan simbahan pelaku yang menyasarkan ke bahagian muka Faisal namun pemain Selangor FC it...
Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini Ketua Perubatan Sukan Sfc

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini Ketua Perubatan Sukan Sfc

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 231 hits
SHAH ALAM 8 Mei Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Faisal Halim yang cedera disimbah asid dibawa m...
Faisal Halim Semakin Pulih Dah Boleh Makan Amp Semangat Nak Jalani Latihan Bola Sepak

Faisal Halim Semakin Pulih Dah Boleh Makan Amp Semangat Nak Jalani Latihan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 291 hits
Penyerang Selangor FC Faisal Halim semakin pulih dan dilaporkan berada dalam keadaan lebih baik selepas menjalani pembedahan kedua berikutan serangan asid dialaminya pada Ahad lalu Artikel lain nbsp Faisal Halim kirim salam kepada kawan2 mo...
Faisal Expected To Undergo Skin Graft Procedure This Week

Faisal Expected To Undergo Skin Graft Procedure This Week

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 137 hits
Harimau Malaya and Selangor FC winger Faisal Halim is expected to be sidelined for five to six months while he recovers from the acid attack PETALING JAYA Medical staff treating Harimau Malaya and Selangor FC star winger Faisal Halim are wa...
Altimet Panjat Doa Di Masjid Nabawi Mahu Terus Lihat Faisal Halim Di Padang

Altimet Panjat Doa Di Masjid Nabawi Mahu Terus Lihat Faisal Halim Di Padang

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 204 hits
Bekas penyanyi rap Altimet panjat doa di Masjid Nabawi buat pemain sayap pasukan Selangor FC Faisal Halim yang kini terlantar di unit rawatan rapi susulan disimbah asid ahad lalu Sentiasa berada di belakang Faisal Altimet atau nama sebenarn...
Hiburan Keadaan Terkini Faisal Halim Balutan Mumia Sudah Dibuka Hanya Boleh Jamah Makanan Lembut

Hiburan Keadaan Terkini Faisal Halim Balutan Mumia Sudah Dibuka Hanya Boleh Jamah Makanan Lembut

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 299 hits
Perkembangan terkini pemain bola sepak negara dilaporkan sudah dibuka balutan mumia di badannya setelah menjalani pembedahan kedua malam tadi Perkara tersebut disahkan ketua perubatan sukan Selangor FC Dr Muhammad Hazwan Khair di mana dia m...
Faisal Stabil Selepas Jalani Pembedahan Ke 2

Faisal Stabil Selepas Jalani Pembedahan Ke 2

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 184 hits
Pemain Selangor FC Faisal Halim yang cedera disimbah asid dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan kedua semalam PETALING JAYA Keadaan pemain Selangor FC Faisal Halim yang cedera akibat disimbah asid pada Ahad lep...
Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 383 hits
Tular di media sosial berkenaan kes terbaru mengenai Faisal Halim yang kini ditahan di Hospital dan sedang dirawat akibat serangan asid daripada 2 orang suspek yang melemparkan bahan asid kepada Faisal Halim Ia memberi luka yang dalam pada ...
Faisal Halim Melecur Tahap Empat Netizen Gesa Pelaku Dikenakan Hukuman Berat

Faisal Halim Melecur Tahap Empat Netizen Gesa Pelaku Dikenakan Hukuman Berat

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 221 hits
Tonggak utama Selangor FC Faisal Halim melecur tahap empat di sekitar tubuhnya yang terkena simbahan asid semalam Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor Datuk Seri Shahril Mokhtar mengenai perkembanga...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta