Penyelarasan Pencen Rm1 7 Bilion Kiraan Kasar Bukan Ancaman Kata Kppa


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters24 Feb 2025

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam afidavit berkata kerajaan tidak pernah menyatakan tidak mempunyai kemampuan kewangan itu.
Pada 16 Jan, Mahkamah Tinggi benar permohonan semakan kehakiman oleh pesara Aminah Ahmad dan 56 pesara kerajaan lain supaya kerajaan membayar tunggakan pencen dalam tempoh tiga bulan bermula tarikh kehakiman.
PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah pada bila-bila masa menyatakan tidak mempunyai kemampuan kewangan membuat pembayaran penyelarasan pencen RM1.7 billion, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Katanya dalam afidavit, bayaran tunggakan pencen kepada 531,976 pesara berjumlah RM1.7 bilion bukan satu ancaman bagi menimbulkan ketakutan kepada mana-mana pihak termasuk mahkamah.

Sebaliknya, beliau berkata ia merupakan pengiraan kasar dibuat berdasarkan kepada data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide (berniat baik).

Beliau berkata demikian menerusi afidavit jawapan difailkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 21 Feb berhubung permohonan kerajaan dan KPPA untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan semakan kehakiman pesara, Aminah Ahmad, berhubung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.

“Setiap dana awam itu perlu diuruskan dengan teliti dan teratur bagi memastikan sebarang perancangan yang disusun tidak terjejas demi menjaga kepentingan kerajaan,” lapor Bernama memetik afidavit itu.

Wan Ahmad Dahlan berkata, semua dana awam mempunyai peranan sendiri dan diperuntukkan (earmarked) bagi tujuan tertentu pada tahun sebelumnya, sama ada bagi tujuan antara lain pembangunan negara, penyelarasan pencen, pelaburan, dan simpanan.

“Responden-responden (kerajaan Malaysia dan ketua pengarah perkhidmatan awam) sentiasa mengambil berat akan kebajikan pesara-pesara, namun ia harus diimbangi dengan kepentingan negara,” katanya.

Sementara itu, Aminah yang memfailkan afidavit jawapan bagi permohonan penggantungan itu pada 20 Feb berkata, jumlah RM1.7 bilion hanya dibangkitkan sebagai satu ancaman tanpa pengiraan sebenar dengan tujuan menimbulkan ketakutan kepada mahkamah.

Aminah berkata, responden-responden tidak mengemukakan sedikit pun bukti bahawa mereka tidak mempunyai dana mencukupi bagi memenuhi kewajipan pembayaran itu.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Amarjeet Singh menangguhkan pendengaran permohonan penggantungan yang sepatutnya berlangsung hari ini ke 4 Mac, selepas Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly memaklumkan bahawa pemohon baru memfailkan afidavit jawapan pagi ini dan ia disahkan peguam Baljit Singh Sidhu, mewakili Aminah.

Pada 16 Jan, hakim itu yang membenarkan permohonan semakan kehakiman itu turut mengarahkan kerajaan dan JPA membayar tunggakan pencen dalam tempoh tiga bulan, bermula tarikh penghakiman berkenaan.

Aminah, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar, memohon perintah mandamus bagi memaksa responden menyegerakan pelarasan pencen kepada jumlah yang layak mengikut formula terkandung dalam Seksyen 3 dan 6 Akta Pelarasan Pencen 1980 (PAA 1980) sebelum pindaan dibuat di bawah Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA 2013).

Beliau yang memfailkan permohonan itu atas kapasiti sendiri dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, turut memohon perintah untuk responden membayar tunggakan pencen dalam tempoh 14 hari selain perintah deklarasi yang menyatakan kegagalan membayarnya melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred yang berkenaan, bagaimanapun pindaan 2013 diperkenalkan berdasarkan kadar rata dua peratus kenaikan tahunan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/penyelarasan-pencen-rm17-bilion-kiraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Proses E Waste Haram Diserbu Saintis China Ditahan Nilai Rampasan Rm1 3 Bilion

Pusat Proses E Waste Haram Diserbu Saintis China Ditahan Nilai Rampasan Rm1 3 Bilion

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 143 hits
Abd Razak Mohd AliShahrum menunjukkan antara sisa terjadual yang dirampas SUNGAI SIPUT Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta berjaya membongkar kegiatan memproses sisa terjadual secara haram dengan nilai rampasan lebih RM1 3 bilion dalam serbuan ke...
Ngo Gesa Kerajaan Siasat Dalang Seludup E Waste Ke Malaysia Jumlah Sitaan Lebih Rm1 7 Bilion

Ngo Gesa Kerajaan Siasat Dalang Seludup E Waste Ke Malaysia Jumlah Sitaan Lebih Rm1 7 Bilion

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 167 hits
SHAH ALAM Pihak berkuasa digesa supaya menyiasat kegiatan menyeludup sisa terjadual atau sampah elektronik ke negara ini termasuk mendakwa dalangnya di mahkamah susulan serbuan besar besaran ke atas kilang haram memproses sisa elektronik it...
Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 196 hits
LANGKAH kerajaan menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1 300 kepada RM1 500 per tan metrik dilihat sebagai satu usaha mengekalkan kestabilan pasaran dan memastikan kebajikan pesawah terus terjaga Menurut penganalisis ekonomi Moh...
Penyelarasan Harga Lantai Padi Rm1 500 Per Tan Metrik Pesawah Ucap Terima Kasih

Penyelarasan Harga Lantai Padi Rm1 500 Per Tan Metrik Pesawah Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 118 hits
KERAJAAN mengumumkan penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1 300 kepada RM1 500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam Sesi Penera...
Diorang Kata Park Boyoung Dedah Ramai Pengarah Pantau Untuk Adegan Merokok Dalam Melo Movie

Diorang Kata Park Boyoung Dedah Ramai Pengarah Pantau Untuk Adegan Merokok Dalam Melo Movie

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 151 hits
Haa korang dah habis layan ke drama Melo Movie Artikel Berkaitan Diterajui Choi Woo shik dan Park Bo young Melo Movie mengikuti kisah percintaan gelap yang lucu tentang anak anak muda yang sentiasa mengangkat jari tengah walaupun berada dal...
Ph Bn Sukar Menang Di Malaysia Timur Jika Ada Pru Mengejut Kata Aktivis

Ph Bn Sukar Menang Di Malaysia Timur Jika Ada Pru Mengejut Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com17 Feb 2025 10 03 PMJohan Ariffin Samad berkata rakyat Sabah dan Sarawak anggap kerajaan perpaduan melampaui batas dalam hal ehwal agama Ura ura PRU mengejut timbul apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengarahkan ...
Perlu Tindakan Tak Boleh Sekadar Mohon Maaf Kata Akmal

Perlu Tindakan Tak Boleh Sekadar Mohon Maaf Kata Akmal

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 106 hits
malausiakini comDiterbitkan Feb 17 2025 9 27 AMTindakan menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang undang kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh Menerusi satu kenyataan di media sosial dia yang juga adalah Adun Merlimau berkata tin...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbedaan Cara Shalat Wanita Dan Pria Penjelasan Lengkap Menurut Fikih

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Sehijau Warna Itu

Gacor123 Safe And Comfortable Slot Credit Deposits

Majoriti Sedang Melihat Kelaku Minoriti

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag