Penyakit Buah Pinggang


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ujian awal kesan sakit buah pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.-Darah keluar bersama-sama air kencing.-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.-Sakit belakang.-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.-Bengkak pada pergelangan kaki.-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.
Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.
Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.
Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.
Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.
Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.
Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
- Pemakanan seimbang.- Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.- Berhenti merokok.- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.- Kekalkan berat badan seimbang.- Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
tags : buah pinggang, sakit buah pinggang, malay_entertainment, local_malay, tv3 malaysia, melodi, malay, entertainment, buah pinggang rosak, tanda awal buah pinggang rosak, ubat buah pinggang, kidney, rawatan buah pinggang, ginjal, ckd, prebiolife, tanda awal sakit buah pinggang, kerosakan buah pinggang, tanda buah sakit buah pinggang, khasiat daun sup untuk buah pinggang, daun sup cuci buah pinggang, cara cuci buah pinggang dengan daun sup, cuci buah pinggang guna air, cara cuci buah pinggang, cuci buah pinggang secara alami, cuci buah pinggang dengan daun sup, cuci buah pinggang, cuci buah pinggang cara tradisional, khasiat daun sup, khasiat daun sup untuk ginjal, cara sembuh buah pinggang, cara turunkan kreatinin dalam darah, cara cepat turunkan kreatinin, cara sembuhkan buah pinggang, cara turunkan kreatinin, tanda-tanda buah pinggang rosak, penyakit buah pinggang kronik, kaki bengkak, tanda rosak buah pinggang, kreatinin tinggi tahap 4, kidney disease, renal, urine, kidney, kidney transplant, kidney failure, hemodialysis vs peritoneal dialysis, hemodialysis, ureter, renal disease, uc san diego health, uc san diego chronic kidney disease program, chronic kidney disease treatments, stages of kidney disease, chronic kidney disease (disease or medical condition), nephrologist san diego, nephrology san diego, kidney disease san diego, kidney transplant procedure, transplantation, treating kidney disease, kidney cancer, kidneys, kidney disease stages, stages of chronic kidney disease, renal mass, ucla urology, symtoms of chronic kidney disease, symptoms of kidney disease, kidney disease treatment, fighting kidney disease, donor meets recipient, travel vlogs, travel, cindy flores, vegan, gfr, kidney trans, pd dialysis at home, dialysis of kidney

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mohdnoorshawal.com/2019/07/penyakit-buah-pinggang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyelidik Antarabangsa Dakwa Malaysia Antara 10 Buah Negara Paling Banyak Mencemarkan Laut

Penyelidik Antarabangsa Dakwa Malaysia Antara 10 Buah Negara Paling Banyak Mencemarkan Laut

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 400 hits
Seperti yang kita tahu lebih daripada 70 permukaan Bumi adalah air dan 96 5 daripada bekalan air dunia berpunca daripada lautan Namun kadangkala kita terlupa bahawa di dalam lautan luas itu juga ada makhluk Tuhan yang bernyawa dan perlu dil...
Buah Nangka Manis Dan Harum Dari Officemate

Buah Nangka Manis Dan Harum Dari Officemate

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 415 hits
Buah Nangka Manis Dan Harum Dari Officemate Alhamdulillah Kalau dah rezeki namanya memang tak salah alamat Officemate bagi durian dah bagi manggis pun dah Sekarang dia orang bawa nangka sebiji besar gila belah kat office kemudian setiap ora...
Jaga Jaga Penduduk Di Lima Buah Negeri Amaran Ribut Petir Petang Ini

Jaga Jaga Penduduk Di Lima Buah Negeri Amaran Ribut Petir Petang Ini

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 801 hits
Sebentar tadi Jabatan Meterorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri iaitu Kedah Sabah Pahang Negeri Sembilan dan Johor Ribut petir dijangka melanda Kubang Pasu Pokok Sena Padang Terap Pendang Sik dan Baling...
111 Buah Sekolah Rendah Dan Menengah Ditutup Di Pasir Gudang

111 Buah Sekolah Rendah Dan Menengah Ditutup Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 342 hits
Siapa sangka masalah pencemaran udara di Johor kembali lagi Kesan dari pencemaran udara yang berlaku di sekitar Pasir Gudang semalam semua institusi pendidikan di sekitarnya akan ditutup mulai hari ini sehingga Khamis penutupan ini dilihat ...
Raja Buah Jenis Jenis Durian Tempatan Terkini Dipasaran

Raja Buah Jenis Jenis Durian Tempatan Terkini Dipasaran

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1101 hits
Sekarang boleh dikatakan musim buah buahan tempatan dan durian adalah menjadi kegemaran masa kini Rata rata sekarang ramai sedang mencari jenis jenis durian yang terkenal dan sememangnya enak rasanya Kami ingin perkenalkan beberapa jenis je...
6 Tip Beli Buah Durian Supaya Tidak Mudah Ditipu Penjual

6 Tip Beli Buah Durian Supaya Tidak Mudah Ditipu Penjual

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 333 hits
Musim durian amat dinanti nantikan bagi penggemar raja buah ini dan beberapa kawasan terkenal dengan buah durian mula dipenuhi mereka Ketika inilah ramai yang akan menjual buah durian di tepi jalan sama ada jual longgok atau pun timbang Jad...
Buah Manis Tahajud Yang Manusia Tidak Tahu

Buah Manis Tahajud Yang Manusia Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 195 hits
Sholat tahajud memiliki keutamaan sendiri di sisi Allah SWT Saking pentingnya Allah meminta kekasih Nya Nabi Muhammad SAW meluangkan waktu malam untuk melakukan sembahyang Allah menjanjikan kedudukan mulia bagi mereka yang melakukan sembahy...
Curi Buah Durian Pekebun Tangkap Ikat Monyet Sembur Cat Merah

Curi Buah Durian Pekebun Tangkap Ikat Monyet Sembur Cat Merah

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 412 hits
Viral di media sosial seekor monyet ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat pada buah durian oleh lelaki yang dipercayai pemilik kebun tersebut Dalam kejadian yang tidak diketahui lokasi kejadiannya sumber mendakwa monyet itu ditangkap k...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan