Penutupan Pos Laju Lahad Datu Akibat Covid19 Dan Perkhidmatan Kurier J T Baru Dibuka Di Kampung Tungku Lahad Datu
Assalamualaikum.
Dalam entri aku yang lepas, aku ada ceritakan serba sedikit tentang kehidupan aku di Lahad Datu ni kan? Aku juga ada ceritakan dalam tu tentang kemudahan pos kat sini.
Siang tadi, aku baca di laman Facebook Lahad Datu Info mengatakan pejabat pos Lahad Datu ditutup selama dua minggu sampai 14 Disember 2020 sebab ada staf yang positif. Yahh, tergendala kerjaku (membeli belah hehe).
Sumber : FB Lahad Datu InfoOh ya, kalau sebut Pos Laju Lahad Datu itu maknanya di bandar ya, bukan di felda. Kalau di felda ni, PosLaju Cenderawasih. Jaraknya ada dalam 1 jam 20 minit. Kecik saja pos dalam felda ni.Sentiasa ramai orang. Kalau takdak orang tu maknanya poslaju tutup.
Aku tak tipu kan?Jadi, untuk mengelakkan kekecewaan barangan yang dipos melalui poslaju tidak sampai dalam masa dua minggu ini, maka jika kau mahu membeli barangan online, belilah menggunakan kurier lain. Kurier yang ada dalam ni ialah J&T dan ABX Express.
Kalau ABX tu dia ada ejen di Kedai Telekomunikasi Digi di Pekan Kg C juga tu. Kalau barang sampai, nanti diorang akan mesej kita untuk pergi ambil. Kalau malas, upahlah runner. Bayar jak mereka, Berkongsi rezeki kekdahnya. Tapi katanya nak tutup dah nanti tu. Merajuk kali orang komplen depa slow. Kena ambik di bandar ja nanti.
Kalau J&T, ada di kedai buku Pustaka Josi. Dia ejen kat felda. Ya ampun gais, banyak gila ya barang. Pun beratur lama juga. Tapi yang paling best, untuk warga Anjung Teduh dan sekitarnya, lepasni boleh guna alamat J&T di Tungku, sebab depa dah buka satu lagi cawangan di Tungku. At least tak la dahsyat sangat ya kalau nak kena beratur di Kampung C tu. Aku tak tahan, mesti aku upah runner.
Oh ya, ini alamat J&T di kampung Tungku, jika ada yang nak beli barang tak nak ambil di Kampung C, boleh lah guna alamat ni ya.
J&T Tungku (SBH744)RSSA Enterprise,Blok A, Lot 3,Pekan Baru Tungku,91109 Lahad Datu,Sabah, Malaysia
Pelanggan,
Anda boleh menggunakan alamat di atas untuk menggunakan perkhidmatan kami, samada sebagai penerima atau pengirim. Anda juga boleh menambah alamat rumah seperti nama kampung bagi memudahkan kami menghantar terus ke depan pintu rumah anda sekiranya diminta.😊#ExpressYourOnlineBusiness
Ini tadi aku pergi ambil barang, aku sendiri la snap. Kedai dia sebelah Restoran Nafeesa.
Nanti dah sampai barang depa akan mesej la kita. Ni contoh aku tunjuk
J&T Kampung C lagi garang hahahahah.
Yang penting nak pos kat sini, poskod kena betul. Kalau ke kampung C, pastikan poskod tu mesti 91150/91110 something. Kalau salah, tu makan masa tu
Kalau di bandar, ada la pos lain macam DHL, Citylink, apa lagi tah aku nampak haritu. Dulu aku guna alamat sekolah kawan aku kat bandar, tapi macam susahkan dia pulak, plus sekolah pun cuti jadi, biarlah aku susah diri sendiri. HAHA. Gamak malas aku upah la runner atau minta tolong member ambik kalau dia ada barang mau ambik
Kenapa yang tertanya kenapa pos ke Sabah dan Sarawak ni mahai gila, ya ini lah aku nak cakap. Jarak antara satu tempat ke satu tempat kat sini jauh ya sis semua. Tak dekat. Posmen hanya di bandar, di felda nan hado. Lepastu dah la jauh, masuk ke dalam bagai. Memang kos gila. Kapai laut dan kapai terbang pun mahai tau dak
Begitulah. Sabar ya semua
Jadi, macam mana kamurang yang lain kalau membeli barang online? Tak dapat lah aku nak membeli 12.12 ni hahaha bagusla jimat juga duit aku sikit kan
Kaki shopping online,jannahsuhaimiLahad Datu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jannahsuhaimi.blogspot.com/2020/12/penutupan-pos-laju-lahad-datu-akibat.html