Penunggang Pembonceng Motosikal Sumbang Angka Kematian Tertinggi 2020


Kira-kira 20,000 penunggang motosikal menggunakan jambatan Pulau Pinang setiap hari, dan nyawa mereka dalam bahaya kerana angin lintang yang kuat dan angin dari kereta yang bergerak laju. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal terus menjadi penyumbang tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya tahun lalu dengan 3,118 kes.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias berkata, secara keseluruhan jumlah kemalangan menurun kira-kira 26.3%, iaitu daripada 567,516 kes pada 2019 kepada 418,237 kes tahun lalu.
Daripada 418,237 kes kemalangan tahun lalu, katanya, sebanyak 4,297 kes membabitkan kemalangan maut berbanding 5,764 kes pada 2019, menurun 1,467 kes atau 25.5%.
Beliau berkata, antara punca utama penurunan kes kemalangan itu termasuk penularan Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan aktiviti penguatkuasaan berterusan oleh JSPT tahun lalu.
“Alhamdulillah, pelaksanaan PKP tahun lalu juga mempunyai hikmahnya tersendiri, apabila kadar kemalangan jalan raya pada 2020 menurun sebanyak 149,279 kes atau 26.3% berbanding 2019.
“Saya berharap trend penurunan ini akan berterusan dan menjadi khabar menggembirakan kepada kita, rakyat Malaysia semua pada masa depan.

“Dari segi jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pula, sebanyak 4,634 kes dicatatkan tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, iaitu 6,167 kes kematian atau penurunan sebanyak 1,533 kes atau kira-kira 25%,” katanya pada sidang media di Bukit Aman yang disiarkan secara langsung di Facebook PDRM.
Bagaimanapun, Azisman berkata, pembonceng dan penunggang motosikal terus menjadi penyumbang terbanyak jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu dengan 3,118 kematian atau 67.7% berbanding 3,959 kematian pada 2019.
Katanya, kebanyakan kes kemalangan maut juga membabitkan penunggang motosikal dalam kalangan penghantar makanan yang sering melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas, seperti melanggar lampu isyarat.
Beliau berkata, pengguna kenderaan menjadi penyumbang kedua kematian akibat kemalangan jalan raya dengan 888 kematian dicatatkan tahun lalu berbanding 1,253 kematian pada 2019, disusuli pejalan kaki sebanyak 266 kematian tahun lalu.
Beliau berkata, antara lokasi utama kemalangan di jalan perbandaran, negeri dan lebuh raya atau jalan ekspres.
“PDRM juga berharap purata kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia akan terus menunjukkan penurunan, iaitu 17 kes sehari pada 2019, 12.7 kes sehari pada 2020 dan mungkin di bawah 10 kes kematian sehari dalam tempoh 10 tahun akan datang.”
 
The post Penunggang, pembonceng motosikal sumbang angka kematian tertinggi 2020 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/27/penunggang-pembonceng-motosikal-sumbang-angka-kematian-tertinggi-2020/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penunggang-pembonceng-motosikal-sumbang-angka-kem

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Januari Jawa Timur Sumbang Angka Kematian Tertinggi Akibat Covid 19

30 Januari Jawa Timur Sumbang Angka Kematian Tertinggi Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 271 hits
Angka kematian pasien Covid 19 kembali mengalami penambahan Laporan Kementerian Kesehatan RI per Sabtu 30 Januari 2021 tercatat bahwa secara nasional angka kematian disebabkan Covid 19 mencapai 210 pasien Sehingga total sudah 29 728 pasien ...
Angka Kematian Cecah 95 981 Uk Rekod Vaksinasi Covid 19 Tertinggi

Angka Kematian Cecah 95 981 Uk Rekod Vaksinasi Covid 19 Tertinggi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 364 hits
ReutersLONDON Angka kematian akibat Covid 19 di United Kingdom mencecah 95 981 pada Jumaat selepas negara itu mencatatkan 1 401 kematian lagi lapor Reuters Sementara itu data rasmi menunjukkan perubatan menetapkan rekod tinggi baharu untuk ...
Driver Takde Otak Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Dek Pemandu Buka Pintu Secara Tiba Tiba

Driver Takde Otak Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Dek Pemandu Buka Pintu Secara Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 521 hits
Driver takde otak Penunggang motosikal maut digilis lori dek pemandu buka pintu secara tiba tibaGara gara tindakan seorang wanita yang membuka pintu kenderaannya secara tiba tiba menyebabkan penunggang motosikal berusia 38 tahun meninggal d...
Covid 19 Angka Kematian Global Melebihi 2 03 Juta

Covid 19 Angka Kematian Global Melebihi 2 03 Juta

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 271 hits
ANGKA kumulatif kematian akibat Covid 19 di seluruh dunia pada Selasa melebihi sebanyak 2 03 juta kes dengan jumlah keseluruhan 95 488 424 kes melibatkan 191 buah negara Berdasarkan laporan data Johns Hopkins University Amerika Syarikat mas...
Covid 19 18 Kematian Tertinggi Dilaporkan 3 631 Kes Baharu

Covid 19 18 Kematian Tertinggi Dilaporkan 3 631 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 276 hits
Hilmi MalikJanuari 22 2021 Malaysia catat angka kes kematian baharu tertinggi iaitu sebanyak 18 korban kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Gambar failKUALA LUMPUR Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi s...
Rekod Tertinggi 5 728 Kes Baru Covid 19 13 Kematian

Rekod Tertinggi 5 728 Kes Baru Covid 19 13 Kematian

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 318 hits
January 30 2021 6 33 PMPETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 5 728 kes baru Covid 19 dan 13 kematian dalam tempoh 24 jam lalu Ia berbeza lebih tiga kes berbanding rekod tertinggi yang dicatatkan semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr ...
Motosikal Tidak Ditendang Polis Penunggang Motosikal Buka Mulut Cerita Sebenar

Motosikal Tidak Ditendang Polis Penunggang Motosikal Buka Mulut Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 383 hits
George Town Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Tanjung di sini Ahad lalu mengaku tiada berlaku sebarang kekasaran atau ditendang anggota unit rondaan bermotorsikal semasa kejadian ter...
Video Penunggang Motosikal Tak Sempat Elak Pintu Kereta Yang Dibuka Maut Kena Gilis Lori

Video Penunggang Motosikal Tak Sempat Elak Pintu Kereta Yang Dibuka Maut Kena Gilis Lori

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 458 hits
214 total views 36 views today Seorang penunggang dilaporkan maut selepas tidak sempat mengelak pintu kereta yang dibuka sebelum terjatuh dan digilis lori dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Taming Sari di Taiping
Freak Storm Damages Eight Houses In Raub

Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Luckin Coffee Kini Di Grabfood Dengan Perkenalan Siri Perisa Baharu Buah Peach

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Student Group Accuses Um Of Threatening Pro Palestine Activists

Bot Penambang Kuala Terengganu Warisan Yang Hidup

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ppim Gesa Boikot Habis Habisan Produk Berkaitan Zionis Israel Sidang Media Ppim 07 10 2025

House Of Salai By Naddy Menyelami Aroma Salai Kenangan Rasa Kampung

Drama Bintang Di Langit Syawal

Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Ais Krim Soda Sakura Rasa Masam Manis Yang Buat Hari Pun Ceria

Sekadar Bicara Ku Sekadar Perkongsian