Penunggang Motosikal Abai Keselamatan Masih Guna Terowong


Penunggang motosikal masih dilihat mengguna terowong di Jalan Tetembok, George Town selepas seorang penunggang maut digilis treler pagi tadi. - Astro AWANI
GEORGE TOWN: Penunggang motosikal di George Town nampaknya masih mengabaikan keselamatan diri mereka.

Tinjauan Astro AWANI di lokasi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Tetembok di sini, pagi tadi mendapati masih ramai penunggang menggunakan laluan tersebut biarpun motosikal dilarang melalui kawasan itu.

Malah papan tanda berhubung larangan tersebut turut dipasang di kedua-dua arah laluan berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa penunggang motosikal yang ditemui mengakui kebanyakan penunggang terutamanya dari luar negeri tidak mengetahui larangan tersebut.

Malah mereka mendakwa, papan tanda yang dipasang juga tidak dapat dilihat dengan jelas menyebabkan ramai di antara mereka terus melalui jalan tersebut.

Papan tanda melarang motosikal melalui kawasan berkenaan. - Astro AWANI"Sepatutnya motosikal memang tidak boleh masuk terowong itu kerana laluan sempit. Memang ada signboard tetapi ada yang tidak nampak sebab mereka laju.

"Kadang-kadang, penunggang masuk terowong itu sebab dekat roundabout itu ada roadblock," kata seorang penunggang motosikal, S. Vigneswaran.

Seorang lagi penunggang, Mohd Izzat Ramli, berkata, "Saya orang luar, jadi sebelum ini saya tidak perasan ada signboard larangan motosikal itu."

"Terowong itu juga sempit dan sedikit berpasir, memang berbahaya untuk pengguna motosikal tetapi ramai penunggang lalu di situ. Kadang-kadang, apabila mereka nampak trafik di roundabout sesak, mereka lalu sahaja terowong itu," ujarnya.

"Selalunya, banyak penunggang motosikal dari luar Pulau Pinang yang akan guna lorong (terowong) ini sebab mereka tidak tahu. Signboard duduk jauh daripada laluan terowong," ujar seorang lagi penunggang, Nur Shahnaz Fazlie Shahrizal.

Beberapa penunggang motosikal dilihat masih menggunakan terowong berkenaan ketika tinjauan Astro AWANI petang Rabu. - Astro AWANISementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata, terdapat lima papan tanda berhubung larangan motosikal menggunakan laluan itu yang dipasang di kedua-dua arah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini.

Katanya, dua papan tanda terletak dari arah pusat bandar ke Jambatan Pulau Pinang dan tiga dari jambatan ke arah pusat bandar.

Dalam kejadian pada 6.40 pagi Rabu, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah treler di Jalan Tetembok.

Mangsa berusia 20 tahun dari Kupang, Kedah maut selepas digilis treler yang membawa muatan cerucuk.

Siasatan awal pihak polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, penunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR itu dilihat memasuki laluan berkenaan sebelum terbabas dan melanggar hadapan treler itu.

Akibat pertembungan itu, mangsa yang terperosok di bawah treler meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, treler berkenaan datang dari arah Lumut, Perak, dalam perjalanan menghala ke Air Itam, untuk menghantar muatan pembinaan.

Kredit : Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/02/penunggang-motosikal-abai-keselamatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Umno Guna Satu Logo Dalam Pru15

Pas Umno Guna Satu Logo Dalam Pru15

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 443 hits
SHAH ALAM Kerjasama UMNO Pas dilihat bakal memasuki fasa baharu sempena PRU15 selepas kerjasama dua parti Islam Melayu itu menghasilkan kemenangan dalam PRK Cameron Highlands dan terbaru PRK Semenyih Kedua dua parti itu dikatakan bakal meng...
Sempoi Habis Pengantin Guna Aksesori Hiasan Brokoli Butang Lego Henna Putih Ini Tarik Perhatian Netizen

Sempoi Habis Pengantin Guna Aksesori Hiasan Brokoli Butang Lego Henna Putih Ini Tarik Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 596 hits
Bunga melati hiasan di kamar pengantin Putih tersusun rapi harum segar mewangi Tanda tanda bekas pesta masih terasa Itu antara bait lirik Bunga Melati dendangan Rita Sugiarto tapi ini cerita tentang bunga pengantin pasangan mempelai ini yan...
Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Wajah Jadi Cantik Cerah Dan Licin Guna Ais Kiub Tomato Rileks Media

Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Wajah Jadi Cantik Cerah Dan Licin Guna Ais Kiub Tomato Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 454 hits
Bukan susah nak buat kulit wajah jadi cantik yang penting kenalah rajin Tak perlu nak guna produk mahal mahal pun guna bahan bahan semulajadi pun boleh dan pastinya lebih selamat tiada kesan sampingan Malah kebanyakkan bahan bahan semulajad...
Pengalaman Guna Boost App Terlajak Jimat Tak Sangka Dapat Cash Back Lagi

Pengalaman Guna Boost App Terlajak Jimat Tak Sangka Dapat Cash Back Lagi

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 854 hits
Kalau cakap pasal diskaun siapa je yang akan menolak Zaman pun dah berubah negara pun dah maju Banyak produk atau perkhidmatan yang tawarkan diskaun dan ganjaran menarik untuk setiap pelanggannya menerusi beberapa medium pembayaran antarany...
Mudah Haa Puskan Rumput Liar Di Halaman Guna Cuka Dan Sabun Pencuci Saja Rileks Media

Mudah Haa Puskan Rumput Liar Di Halaman Guna Cuka Dan Sabun Pencuci Saja Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 334 hits
Kita nak rumah nampak kemas dan cantik kena tengok tengok juga kawasan sekitar rumah terurus ke tidak Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan jayanya silap silap boleh undang cik ular dan macam macam haiwan berbisa Malah kehadiran r...
Resipi Rendang Paling Mudah Masak Hanya Guna 5 Langkah Je

Resipi Rendang Paling Mudah Masak Hanya Guna 5 Langkah Je

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 400 hits
Suka makan rendang Ni RASA kongsikan resipi dari saudari Adilah Busra yang paling mudah dan ringkas Hanya menggunakan lima langkah mudah hidangan rendang enak ini anda boleh sajikan buat keluarga Tidak perlu pun tunggu raya untuk menikmati ...
Padah Guna Nombor Pendaftaran Bossku Seorang Remaja Ditahan

Padah Guna Nombor Pendaftaran Bossku Seorang Remaja Ditahan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 336 hits
Padah Guna Nombor Pendaftaran BOSSKU Seorang Remaja DitahanTular di media sosial Video berdurasi lebih satu minit itu memperlihatkan seorang remaja lelaki sedang membuang nombor pendaftaran sebuah motosikal yang dikatakan menggunakan Bossku...
Kaki Putus Tertinggal Kat Motor Guna Kaki Palsu Semangat Gadis Ini Wajar Dicontohi

Kaki Putus Tertinggal Kat Motor Guna Kaki Palsu Semangat Gadis Ini Wajar Dicontohi

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 572 hits
Kaki Putus Tertinggal Kat Motor Guna kaki palsu semangat gadis ini wajar dicontohi Dugaan setiap insan diatas muka bumi ini sangat berbeza dan begitu juga dengan penerimaan kita apabila diduga dengan pelbagai perkara Terdapat segelintir dar...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord