Penunggang Agama Sedikit Teguran Dan Pandangan



Tak dinafikan, saya memang minat dengan idea Syafiq (dan Syamsul, of course) dari waktu beliau mula membuat filem pendek di YouTube lagi. Gaya pengarahannya memang lain dari yang lain. Tetapi beliau tidak lari dari beberapa idea klise yang sedikit sebanyak mampu ‘merosakkan’ mood cerita.
Ada sedikit ‘cuitan’ ingin saya catatkan di sini, dan ini tidak hanya terhad kepada beliau sahaja. Mungkin pengarah lain dengan ‘style’ yang sama boleh ‘take note’.
Saya mungkin bukan siapa-siapa, tapi selalu kipas-susah-mati, kita perlu tegur mana yang patut supaya pihak yang sepatutnya ubah atau tambah baik dapat membuka mata.
Antara yang saya nampak masih berlaku dalam filem beliau ialah:
1. Kenapa bila tiba bab nak menggambarkan ‘Islamik’, kita kena pakaikan pelakon itu kopiah, serban, jubah, baca Quran ramai-ramai, sembahyang, atau buatkan wataknya ‘balik dari Al-Azhar’? Idea ini sama sahaja klisenya dengan idea ‘anak Dato baru balik belajar dari London’, atau ‘awal pagi nak pergi mesyuarat sambil usung bag besar’.
Apakah ‘Islamik’ hanya sekadar perwatakan itu?
2. Kenapa bila ada watak orang membawa ajaran sesat, ianya perlu ditokok-tambah atau diperbesar-besarkan sehingga tidak logik? Sebagai contoh, watak ‘Tok Haji’ dalam filem Penunggang Agama digambarkan sebagai orang yang memuja Baphomet, lengkap dengan Pentagram.
Dalam hal ini, Syafiq boleh buat kajian antara contoh dukun kontroversi ‘terbaik’ untuk dibuat sebagai rujukan ialah dukun Ahmad Suradji, yang telah membunuh 42 orang wanita di kebun tebu beliau, dalam usaha untuk meningkatkan kuasa sakti.
Suradji tidak ada tatu Baphomet di badannya.
Tiada juga Pentagram di dinding rumah.
Perwatakan dan penampilan Suradji tampak seperti lelaki biasa, tetapi apa yang pernah dilakukan olehnya sangat luar biasa.
Beliau menguburkan mangsa hingga ke paras pinggang terlebih dahulu sebelum mencekik mereka sehingga mati, lalu terus menguburkan badan mereka dengan kepala diarahkan ke rumahnya.
Tidak lupa juga Suradji meminum air liur mangsa, dipercayai untuk menambah kesaktian.

3. Kenapa dialog dilontar tidak bersandar di bumi nyata? “Matilah kau dalam kekufuran!”
Alahai. Faham, Tok Haji tu membawa watak pemuja iblis, tapi dialognya kalau pun dah bunuh orang, adakah perlu dibuat seakan percubaan untuk lontaran ‘dialog bertema Islamik’?
Kalau Tok Haji sekadar berkata “Matilah engkau sebagai korban,” pun dah lebih dari mencukupi. Kita nak bagi orang memahami konteks ajaran sesat, dan itulah yang patut dilakukan.

Mungkin setakat ini sahaja pemerhatian saya terhadap filem ini. Sedikit sebanyak apa yang pernah dilihat dalam Munafik 2 dulu ada dalam filem ini, iaitu ‘exaggeration’ untuk watak pengikut ajaran sesat, dan dialog yang kedengaran agak ‘cringe’.
Diharap agar Syafiq boleh menerima pandangan ini dan menambah baik lagi kualiti filem beliau di masa akan datang. Terima kasih sekiranya anda ada membaca coretan pendek ini.
The post Penunggang Agama: Sedikit Teguran Dan Pandangan appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/penunggang-agama-sedikit-teguran-dan-pandangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Agama Tak Ada Kerja Kah Banyak Isu Tak Selesai Lagi Woii

Menteri Agama Tak Ada Kerja Kah Banyak Isu Tak Selesai Lagi Woii

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 372 hits
Menteri Agama macam tak ada kerja sibuk nikahkan Neelofa pulaMarch 27 2021 Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11 43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu n...
Majlis Neelofa Langgar Sop Menteri Agama Buat Apa

Majlis Neelofa Langgar Sop Menteri Agama Buat Apa

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 585 hits
March 27 2021 Dengan hanya sekali lafaz pengacara dan pelakon popular Neelofa sah bergelar isteri kepada pendakwah Haris Ismail dalam satu majlis yang diadakan di sini 11 43 pagi sebentar tadi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd ...
Bangga Ker Boleh Tukar Agama Ni

Bangga Ker Boleh Tukar Agama Ni

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 606 hits
Apapun kita doakan semoga ia kembali kepada ajaran agama islam Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh jabatan agama islam Sepatutnya setiap mualaf perlu diberi perhatian walaupun mereka telah lama menganut agama islam
Orang Muda Jangan Terpengaruh Watak Agama Seperti Pas

Orang Muda Jangan Terpengaruh Watak Agama Seperti Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 356 hits
March 27 2021 Pesan buat anak mudaAnak kamu adalah pencorak masa depan negara Kamu mesti berjuang untuk bebas menyatakan pendirian kamu dan siapa yang patut memimpin kamu Kamu tidak pernah dilahirkan sebagai hamba yang dikurung kata dan dii...
Siasat Jangan Tak Siasat Menteri Agama Pun Ada Banyak Kali Dah Dia Tak Ikut Sop Menteri Nikah Kawin Tu

Siasat Jangan Tak Siasat Menteri Agama Pun Ada Banyak Kali Dah Dia Tak Ikut Sop Menteri Nikah Kawin Tu

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 589 hits
SOP COVID 19 Polis siasat majlis pernikahan Neelofa penganjur dipanggil petang iniHafizi RosliMac 27 2021 Gambar majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz tular di media sosial didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard dengan tiada penjar...
Tiada Lagi Suara Perjuangan Agama Bangsa Di Pwtc

Tiada Lagi Suara Perjuangan Agama Bangsa Di Pwtc

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 293 hits
BANGI Kira kira 18 bulan lalu Dewan Merdeka PWTC menjadi saksi kepada himpunan penyatuan ummah dan perpaduan politik Melayu Hari ini dewan yang sama menghidangkan suasana berbeza Tiada lagi suara perpaduan perjuangan bangsa dan agama Ia ber...
Nampak Gaya Annuar Musa Terlalu Melayu Lebih Melayu Tiada Lagi Suara Perjuangan Agama Bangsa Di Pau Tempelak Annuar

Nampak Gaya Annuar Musa Terlalu Melayu Lebih Melayu Tiada Lagi Suara Perjuangan Agama Bangsa Di Pau Tempelak Annuar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 409 hits
March 28 2021 Kira kira 18 bulan lalu Dewan Merdeka PWTC menjadi saksi kepada himpunan penyatuan ummah dan perpaduan politik Melayu Hari ini dewan yang sama menghidangkan suasana berbeza Tiada lagi suara perpaduan perjuangan bangsa dan agam...
Jurugambar Bersalah Muat Naik Status Jelik Hina Agama Hindu

Jurugambar Bersalah Muat Naik Status Jelik Hina Agama Hindu

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 384 hits
Oleh NORLIZAH ABAS ZAMRI Abdul Razak hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi keputusan kes memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebook miliknya UTUSAN FARIZ RUSADIOKUALA LUMPUR Seorang jurugambar syarikat produksi didapa...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini