Penunggang Agama Bakal Diambil Tindakan Tegas


 
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau mengemukakan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mempermainkan serta menunggang agama Islam.
Anwar berkata cadangan itu juga dikemukakan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah setelah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.
“Tunggu 12 Ogos, selepas itu apapun keputusan (selepas hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri)…Ini bukan soal politik, saya tidak peduli dia sokong siapa, itu hak dia.
“…tetapi kalau kamu tunggang agama, permainkan hukum Allah, menghukum orang, memfitnah orang, fitnah yang besar, nak kafirkan orang yang tak sokong dia adalah musuh Allah…saya nak beritahu malam ini…we will not tolerate with this nonsense (kita tidak akan bertolak ansur dengan karut ini),” katanya.
Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata demikian ketika berucap pada Grand Finale Kita Selangor, di Kuala Lumpur, malam ini, yang turut dihadiri Zahid selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Fadillah merangkap ketua whip Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Anwar berkata cadangan tersebut adalah bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja buat kaum Melayu. 
“Ya kita tingkatkan fahaman Islam, penghayatan Islam. Kita tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan mantapkan martabat Bahasa Melayu (sebagai) bahasa pengantara dan bahasa ilmu. Kita jamin keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan kita muliakan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
“Tetapi dengar sini baik-baik, jangan kita hina mana-mana anak Malaysia daripada mana-mana kaum…Setiap rakyat, baik Dayak di Kapit, Cina, India beragama Hindu, semua itu warga kita dan mesti kita pertahankan, ” katanya. 
Perdana menteri berkata ini kerana rakyat daripada semua kaum di Malaysia berhak untuk disantuni dan mendapat pembelaan.
“Ini bukan mainan campur-tolak. Saya sokong orang Melayu dan ini bukan bermakna saya akan singkir orang Cina… Saya tegaskan sekarang, negara ini mesti selamat. Negara ini mesti menyatuni semua rakyat,” katanya. 
Sementara itu, Zahid, yang menyentuh mengenai PRN ketika berceramah pada program berkenaan berkata, peluang diberikan PH kepada BN untuk bertanding 108 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuktikan keikhlasan PH dalam bekerjasama dengan BN.
Justeru, katanya jentera BN bertanggungjawab untuk membantu calon gabungan itu serta PH bagi membalas keikhlasan yang ditunjukkan oleh PH dan berusaha meraih kemenangan pada PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Selain itu, beliau mengulangi keyakinannya Selangor akan ditadbir oleh kerajaan perpaduan, malah mahukan Amirudin Shari untuk terus menjadi menteri besar negeri berkenaan pasca PRN itu.
“Walaupun kita diserang dan diterjah dengan pelbagai fitnah tetapi saya yakin apabila merah (PH) dan biru (BN) bercantum dengan penuh keserasian, insya-Allah (raih kemenangan),” tambahnya.
Hari pengundian PRN membabitkan enam negeri berkenaan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak Sabtu ini. –
Sumber – Bernama, 11 Ogos, 2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/penunggang-agama-bakal-diambil-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 170 hits
Orang yang hilang kuasa kadang kadang perangainya lebih kurang sama saja macam mereka yang putus cinta Mereka cenderung berkelakuan luar biasa tidak dijangka dan berbeza dengan kebiasaan yang dilalui ketika cinta belum membawa luka Dalam ke...
Mb Johor Tindakan Tegas Terhadap Individu Zalimi Kanak Kanak

Mb Johor Tindakan Tegas Terhadap Individu Zalimi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 309 hits
JOHOR BAHRU Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana mana individu yang menzalimi kanak kanak kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi Beliau turut meluahkan perasaan sedih atas kes kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipe...
Mahiaddin Langgar Garisan Merah 3r Tindakan Juga Harus Diambil Terhadapnya

Mahiaddin Langgar Garisan Merah 3r Tindakan Juga Harus Diambil Terhadapnya

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 384 hits
Teliti apa yang Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin sentuh dalam kempen ceramahnya semalam ini Adalah jelas beliau telah menyentuh dan membuat tuduhan berkaifan isu 3R dalam kempen politiknya Berikut adalah apa yang disentuh dan dituduh Mahiadd...
Projek Tanaman Padi Smart Sbb Bakal Diperluas

Projek Tanaman Padi Smart Sbb Bakal Diperluas

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 324 hits
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berusaha memastikan projek tanaman beras SMART SBB Mini Sekinchan MADA BERNAS dapat dilaksanakan secara berskala besar Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata selain itu kerajaan juga akan b...
Bakal Ibu Mentua Shila Amzah Meninggal Dunia

Bakal Ibu Mentua Shila Amzah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 420 hits
Bakal ibu mentua Shila Amzah meninggal dunia Bakal Ibu Mentua Shila Amzah Ditidurkan meninggal dunia Kuala Lumpur Tunang Shila Amzah yang juga pempengaruh media sosial Ubai MZ 25 kehilangan ibu tercinta Allahyarham Rohani Jamal yang meningg...
Tanda Tanda Amaran Kanser Yang Perlu Diambil Perhatian

Tanda Tanda Amaran Kanser Yang Perlu Diambil Perhatian

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 341 hits
Tanda tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian 1 Sakit perut atau senak perut Salah satu tanda tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab 2 Sakit seperti sesuatu menusuk masu...
Fenomena Bulan Penuh Dan Bulan Biru Bakal Berlaku Bulan Ogos 2023

Fenomena Bulan Penuh Dan Bulan Biru Bakal Berlaku Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 478 hits
Pada bulan Ogos 2023 dijangkakan akan berlaku fenomena bulan penuh bulan purnama atau dipanggil Supermoon Bukan satu tapi dua fenomena iaitu bulan penuh supermoon dan bulan biru Supermoon atau Bulan Sturgeon dijangka berlaku pada 2 Ogos 202...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Anak Bukan Trofi Mak Ayah Bukti Pencapaian Didikan Terpaling Berjaya

Nenek Mangsa Scammer Rugi Juta Ringgit

Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022