Penumpang Dakwa Dikenakan Caj Tambahan Walau Sudah Beli Tiket Premium Tular Isu Layanan Krew Penerbangan


KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok, @puteriyayayee meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa dikenakan caj tambahan oleh staf sebuah syarikat penerbangan walaupun telah membeli tiket kategori premium yang sepatutnya merangkumi elaun bagasi kabin 10 kilogram.
Menerusi perkongsian di TikTok yang dimuat naik kira-kira 18 jam lalu, wanita berkenaan berkongsi pengalaman kurang menyenangkan yang dialaminya ketika tiba di lapangan terbang selepas menempuh perjalanan panjang.
“Bayangkan… dah transit berjam-jam, badan pun dah penat. Sekali sampai, staf terus ukur hand carry kami. Dia cakap tak boleh bawa, kalau nak bawa kena tambah 40 USD ke atas. Padahal kami dah ambil seat premium, yang memang termasuk 10kg hand carry,” tulisnya.
Menurutnya, apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sekadar soal caj tambahan, tetapi sikap staf yang didakwa bersikap kasar dan tidak profesional.
“Kadang bukan pasal duit… tapi cara layanan tu yang buat orang panas hati,” katanya lagi.
Netizen Kongsi Pengalaman Sama
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa, terutama melibatkan isu penggunaan ‘airwheel luggage’, sejenis beg beroda elektrik yang kini semakin popular.
Seorang pengguna, @JiwaKacau menulis:
“Saya dah jual airwheel sebab nak elak jadi kes macam ni. Banyak airline dah banned airwheel ni. Dulu guna untuk bawa anak jalan-jalan kat mall pun dah tak boleh.”
Namun, pemilik akaun @puteriyayayee menjelaskan bahawa beliau membawa airwheel tersebut untuk tujuan kerja semasa berada di China, dan ia memudahkan pergerakan.
Isu Polisi dan Kategori Bagasi
Beberapa netizen turut mengingatkan bahawa tidak semua syarikat penerbangan membenarkan penggunaan atau pembawaan airwheel luggage kerana ia dikategorikan berbeza daripada beg biasa.
“Sis kena tahu sis bawa airwheel, bukan beg biasa. Itu dikira lain, macam kategori surfboard. Ada airline memang tak benarkan terus,” komen @GenFPV.
Namun, menurut @puteriyayayee, isu tersebut bukanlah disebabkan larangan terhadap airwheel, sebaliknya staf berkenaan mendakwa saiz begnya melebihi had yang ditetapkan.
“Dia cuma kata over size dimension. Tapi bila saya semak, tiket SPRING PLUS yang saya beli memang termasuk saiz yang disebutkan,” jelasnya.
‘Bukan Salah Polisi, Tapi Sikap’
Tambahnya lagi, beliau kecewa kerana staf terbabit tidak menunjukkan adab asas dalam berurusan dengan pelanggan.
“Staff yang tiada basic courtesy tu tak minta maaf langsung. Dia kata saya salah sebab marah dia. Siapa tak marah kalau saya cuma dengar je cakap dia? Apa guna saya beli tiket PLUS (premium cabin luggage)?” tulisnya lagi.
Isu berkenaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet mengenai sikap krew penerbangan, peraturan bagasi, serta pentingnya pelanggan memahami polisi syarikat penerbangan sebelum membuat tempahan.
Betul Ke Salah Bawa Airwheel Luggage?
Sebenarnya, membawa airwheel luggage tidak semestinya salah, namun ia bergantung sepenuhnya kepada polisi setiap syarikat penerbangan. Antara faktor utama yang diambil kira ialah jenis dan kapasiti bateri, sama ada bateri boleh dikeluarkan atau tidak, serta saiz dan berat beg tersebut.
Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan smart luggage dibawa ke kabin jika memenuhi syarat tertentu, manakala ada juga yang melarang terus atas faktor keselamatan, terutamanya jika melibatkan bateri lithium-ion yang tidak boleh dikeluarkan. Oleh itu, penumpang disarankan untuk menyemak polisi rasmi syarikat penerbangan sebelum berlepas bagi mengelakkan sebarang kesulitan seperti yang dikongsikan pengguna tersebut. – The Malaysian Update
The post Penumpang Dakwa Dikenakan Caj Tambahan Walau Sudah Beli Tiket Premium, Tular Isu Layanan Krew Penerbangan appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/27/penumpang-dakwa-dikenakan-caj-tambahan-walau-sudah-beli-tiket-premium-tular-isu-layanan-krew-penerbangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 404 hits
MUHAMMAD AYMAN GHAFFALokasi kejadian mangsa maut ditetak sepupu isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Bedullah Tumpat semalam Foto IHSAN POLISTUMPAT Dendam berkaitan isu tanah pusaka dipercayai menjadi salah satu punca seorang pemandu jen...
Rhb Ambil Tindakan Tegas Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan

Rhb Ambil Tindakan Tegas Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 214 hits
RHB Ambil Tindakan Tegas Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan RHB Banking Group memaklumkan bahawa kakitangannya yang terlibat dalam isu tular di media sosial tidak lagi bekerja di syarikat perbankan itu berkuat kuasa 31 Oktober Menerus...
Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 230 hits
KUANTAN Kementerian Pendidikan disaran segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan arahan menyeluruh berhubung isu hidangan arak di premis sekolah baru baru ini Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang Mustaqim Zakaria menegaskan langkah itu penting...
Bekas Ketua Hakim Negara Ketuai Jawatankuasa Isu Dokumentasi 7 Pemain Warisan

Bekas Ketua Hakim Negara Ketuai Jawatankuasa Isu Dokumentasi 7 Pemain Warisan

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 145 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia pelantikan itu sejajar dengan komitmen untuk memastikan siasatan dijalankan secara adil telus dan profesional FAM yakin Md Raus Sharif dapat menjalankan siasatan dengan teliti dan menyeluruh bersama ahli jawatan...
Pm Anwar Guna Platform Asean Bangkit Beberapa Isu Termasuk Gaza Fahmi Fadzil

Pm Anwar Guna Platform Asean Bangkit Beberapa Isu Termasuk Gaza Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 198 hits
PM Anwar Guna Platform ASEAN Bangkit Beberapa Isu Termasuk Gaza Fahmi Fadzil KUALA LUMPUR 26 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan forum platform ASEAN dalam dialog bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump unt...
Papazola The Movie 11 Dis 2025 Di Pawagam Sinopsis Trailer

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Rembayung Restoran Khairul Aming Dibuka Januari 2026

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

Drama Doa Yang Terlindung

Ada Kaitan Ke Goiter Dan Tirads


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Emilia Jones Legs And Feet In Tights 2

Iman Asyraf Waktu Kecil Part 2

Rekaan Grafik Yang Kuat Mampu Mengubah Cara Pelanggan Melihat Jenama Anda

Thank God Ledge Keberanian Dan Ketinggian Di Half Dome Yosemite

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal