Penulisan Abu Ammar An Nadi Di Malaysiakini Berkenaan Dr Zulkifli Mohamad Masih Dangkal



Penulisan Abu Ammar an-Nadi bertajuk Perihal Menteri Agama yang Terlalu Mencuba di Malaysiakini baru-baru ini bolehlah disifatkan menarik, namun ia turut membangkitkan beberapa perkara yang boleh dipertikaikan. Pertamanya, bahawa Dr Zulkifli Mohamad menghalalkan dirinya bersama dalam kerajaan yang dinafikan keabsahannya adalah satu tuduhan yang kurang cermat. Ini kerana kerajaan PH telahpun dianggap menjadi sejarah apabila Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara rasmi pada 24 Februari 2020.
Sepertimana yang dititahkan sewaktu pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil keputusan untuk memberikan mandat kepada kabinet baru yang dipimpin Muhyiddi, meskipun Dr Mahathir telah diminta untuk tidak meneruskan hasratnya. Walaupun sukar, keputusan baginda adalah sangat penting kerana negara sedang berhadapan dengan krisis getir, manakala PH masih lagi bermain-main dengan angka untuk membentuk semula kerajaan yang sah.
Realiti juga menunjukkan bahawa PH masih belum lagi mencapai konsensus dalam memilih calon perdana menteri untuk mengemudi negara, membayangkan muafakat dan kestabilan mereka masih belum wujud untuk meyakinkan rakyat. Memetik kata-kata seorang bekas Menteri PH: "Kalau semua nak buat keputusan ikut parti masing-masing, baik jadi pembangkang balik."
Jika ingin dibuat perbandingan, prinsip yang diambil oleh Dr Zulkifli bolehlah disamakan dengan pendekatan Al-Marhum Sheikh Dr Said Ramadan al-Buti yang dilihat lebih pro kepada keamanan dan kesejahteraan rakyat dengan mengelakkan konflik dalam negara dan perpecahan di kalangan masyarakat. Ini dilihat sebagai langkah yang penuh hikmah kerana selepas era Arab Spring, krisis masyarakat Islam di negara-negara Asia Barat dilihat semakin parah dan memburuk apabila sistem demokrasi yang diharapkan tidak berfungsi seperti yang diimpikan, lebih-lebih lagi dengan wujudnya campur tangan kuasa asing.
Pelantikan Dr Zulkifli bolehlah dianggap sebagai ‘pereda suasana’ apabila kepimpinan dan pentadbiran agama dilihat sedikit tegang sebelum ini dengan banyak isu yang timbul dan seolah-olahnya keharmonian kurang tuntas di antara pentadbir dan pegawai urusan agama, bahkan masyarakat Islam di Malaysia secara amnya.
Sifat hormat masyarakat kepada menteri agama yang baru sedikit sebanyak memudahkan pentadbiran dan pengurusan agama. Beliau juga dilihat lebih cermat dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang tidak perlu.
Beliau juga tidaklah meninggalkan terus konsep 'Rahmah' apabila Musaadah Covid-19 ternyata tidak meminggirkan golongan bukan Islam, malahan pekerja-pekerja imigran yang terkesan dengan krisis ini turut disantuni. Beliau tegas menyatakan: "Dalam soal bantuan kemanusiaan, kita buta akan agama, bangsa dan warna kulit. Itulah semangat rakyat Malaysia." Cuma beliau tidak banyak beretorik dengan slogan. Cukuplah dengan kerja buat.
Dari aspek keharmonian agama di Malaysia, rekod sebelum ini menunjukkan bahawa beliaulah mufti yang paling mesra dan banyak didampingi pemimpin-pemimpin agama lain, baik Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain. Ini tidak menghairankan kerana beliau rapat dengan corak pemikiran Sheikh Abdullah bin Bayyah yang meraikan kewujudan bersama dan kesejahteraan sejagat.
Berkenaan dengan perlanggaran peraturan PKP pula, bukanlah mudah bagi mana-mana menteri untuk tidak berjumpa dan bermesyuarat, lebih-lebih lagi apabila baru mendapat mandat kepimpinan dan perlu merancang gerak kerja. Beliau juga seharusnya lebih faham wujudnya risiko untuk dijangkiti, bahkan baru-baru ini turut menjalani kuarantin seperti orang awam lain. Ini tidaklah pula menafikan kedaulatan dan pematuhan undang-undang oleh semua pihak.
Namun fitrah beliau sebagai ulama’ dan mantan mufti menyebabkan beliau tidak dapat berpisah dengan peranan kemuftian dalam menghasilkan karya, menyebarkan ilmu serta memberikan fatwa dan nasihat kepada masyarakat. Inilah satu 'plus point' beliau berbanding menteri-menteri agama sebelum ini.
Komen beliau berkenaan rakyat beratur panjang di pajak gadai Al Rahnu pula tidaklah patut dijadikan isu bahawa beliau tidak sensitif dengan kesusahan rakyat. Ini kerana inisiatif Musaadah Covid-19 itu sendiri memperihalkan sifat cakna beliau dan usaha untuk membantu rakyat dengan kapasiti yang termampu. Kenyataan itu mungkin sekadar nasihat kepada masyarakat, bahawa di sebalik kesusahan hidup yang dihadapi, syariat dan ekonomi Islam janganlah dipinggirkan.
Dr Zulkifli juga turut terkehadapan apabila pertemuan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi baru-baru ini dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membudayakan teknologi dalam urusan agama Islam bagi pelaksanaan kursus perkahwinan atas talian (yang turut mengambil kira pandangan awam untuk penambahbaikan), membangunkan pangkalan data untuk fatwa dan hukum-hakam, mewujudkan sistem dataraya untuk masjid/surau, pengukuhan industri dan pensijilan halal melalui teknologi blockchain serta pelaksanaan ibadah korban melalui inovasi dan teknologi terkini.
Cuma mungkin dalam suasana sekarang, prioriti utama adalah untuk memenangi krisis yang sedang dihadapi. Dr Zulkifli perlu diberikan masa dan ruang untuk menangani isu-isu seperti pemerkasaan undang-undang dan mahkamah Syariah, sistem wakaf dan baitulmal, status guru Kafa, kedudukan Jakim serta status laporan Majlis Hal Ehwal Agama Islam.
Peranan ini boleh dibantu dan diperkemaskan lagi oleh agensi-agensi agama lain di bawah kepimpinan beliau. Beliau juga perlu melibatkan badan-badan pemikir dan NGO Islam dalam mewujudkan kepimpinan dan urus tadbir agama yang lebih berkesan.
Jika diperihalkan semula, percubaan beliau agak baik tanpa perlu terlalu mencuba untuk diterima masyarakat. Sifat tasamuh (bertoleransi) beliau sendiri banyak memudahkannya.

M FAKHRURRAZI AHMAD
Felo di Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia.

MR :  Orang yang panjang berfikir tanpa emosi akan melihat kebaikan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/penulisan-abu-ammar-nadi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibadat Haji Tahun Ini Ditangguhkan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Ibadat Haji Tahun Ini Ditangguhkan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 441 hits
Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata keputusan itu dicapai berdasarkan kepada tak...
Penularan Lokal Covid 19 Masih Jadi Pekerjaan Rumah Pemprov Bali

Penularan Lokal Covid 19 Masih Jadi Pekerjaan Rumah Pemprov Bali

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 259 hits
Jumlah angka positif di Bali sebagian besar masih didominasi oleh imported case untuk transmisi lokal sejumlah 217 orang
Kenaikan Pasangan Mata Wang Usd Jpy Masih Bercukai

Kenaikan Pasangan Mata Wang Usd Jpy Masih Bercukai

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 246 hits
Pasangan USD JPY diniagakan dalam keadaan hijau dan mengekalkan prospek kenaikan harga pergerakan mendatar yang meluas dapat memberi kita peluang besar untuk mengejar momentum kenaikan seterusnya Optimisme dan rali Nikkei dapat melemahkan Y...
Patah Tulang Tengkorak Pemain Skateboard Berusia 11 Tahun Bertuah Masih Hidup Walaupun Parah

Patah Tulang Tengkorak Pemain Skateboard Berusia 11 Tahun Bertuah Masih Hidup Walaupun Parah

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 290 hits
Permain skateboard Britain yang berusia 11 tahun sangat bertuah kerana masih hidup selepas mengalami kecederaan ketika jatuh semasa menjalani latihan di California Dia memasang impian untuk menjadi pemain olimpik termuda di Britain dan di T...
Tips Memilih Mainan Untuk Bayi Yang Masih Belum Merangkak

Tips Memilih Mainan Untuk Bayi Yang Masih Belum Merangkak

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 269 hits
Tips untuk memilih mainan bagi bayi yang masih belum boleh merangkak Tips Memilih Mainan Untuk Bayi Yang Masih Belum MerangkakCredit Pic Tips Memilih Mainan Untuk Bayi Yang Masih Belum Merangkak Carikan mainan yang meransang 5 deria si keci...
Masih Tiada Lagi Perbincangan Pkpb Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini Ismail Sabri

Masih Tiada Lagi Perbincangan Pkpb Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 289 hits
Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan belum lagi memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan atau sebaliknya Kita semua sedia maklum bahawa PKPB bakal berkahir...
Jobstreet Laporkan 5 Bidang Kerja Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era Covid 19

Jobstreet Laporkan 5 Bidang Kerja Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era Covid 19

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 289 hits
Situasi COVID 19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita ketika ini jelas memberi kesan kepada sektor ekonomi dan juga peluang pekerjaan Untuk rekod satu daripada lima rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan manakala 35 peratus lagi me...
65 Persen Pengguna Garuda Indonesia Masih Wait And See Untuk Lakukan Penerbangan

65 Persen Pengguna Garuda Indonesia Masih Wait And See Untuk Lakukan Penerbangan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 234 hits
PT Garuda Indonesia melakukan riset kepada pelanggan setia Garuda Indonesia mengenai keinginan untuk melakukan penerbangan Dalam riset tersebut ditemukan sebanyak 65 persen dari responden masih menunggu atau wait and see
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah