Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda
Kepentingan susu untuk tumbesaran dan perkembangan minda anak-anak tidak dapat dinafikan. Setiap nutrisi yang ada di dalam susu memainkan peranannya tersendiri untuk membantu proses ini dan sudah tentunya ibu ayah tercari-cari susu dari sumber yang semulajadi untuk perkembangan anak-anak.
Protein Susu A2^, Protein Susu Asli Yang Semulajadi
Tahukah anda, Lebih 5000 tahun yang lalu, baka lembu yang asli pada asalnya menghasilkan protein A2 sahaja. Oleh kerana amalan pertanian dan mutasi genetik semula jadi, lembu mula menghasilkan campuran protein A1 dan protein A2.
Perbezaan Protein Susu A1 & A2
Pastinya anda tertanya-tanya apa yang menjadikan protein susu A2 begitu istimewa dan mengapa ia lebih baik jika dibandingkan dengan protein susu A1?
Sebenarnya, perbezaan antara 2 protein ini kecil. Strukturnya hanya berbeza oleh satu asid amino, tetapi perbezaan kecil itu mungkin memberi kesan besar pada cara protein dicerna. Kajian yang dilakukan pada kanak-kanak prasekolah dan orang dewasa menunjukkan bahawa pengambilan susu dengan protein susu A2^ tidak menunjukkan tanda ketidakselesaan pencernaan.
– Contoh ketidakselesaan pencernaan ini seperti perut sebu, kembung dan sakit perut.
Penyelidikan menunjukkan bahawa susu A2 yang hanya mengandungi protein A2^ kurang dikaitkan dengan ketidakselesaan pencernaan, menjadikannya lebih sesuai dihadam oleh kanak-kanak¹.
Setakat ini, hanya 30% lembu di dunia yang dapat menghasilkan protein beta-kasein A2 tulen sementara 70% yang lain menghasilkan campuran protein A1 / A1 + A2.
Bagaimana Susu A2 Dihasilkan?
Semua lembu A2 menjalani ujian DNA untuk memastikan bahawa hanya lembu baka asli A2 yang menghasilkan susu dengan protein susu A2 sahaja dipilih. Susu A2 dikumpulkan, diuji, dan kemudian diproses dalam prosedur yang menepati piawaian ditetapkan untuk menjamin kualitinya.
Oleh itu, bagi ibu bapa yang masih mencari susu formula kanak-kanak yang sesuai, semula jadi dan tulen untuk anak mereka, ini mungkin salah satu penyelesaiannya.
Mungkin ada sesetengah kanak-kanak, mereka tidak boleh mengambil susu biasa yang mengandungi campuran protein susu A1 dan A2 disebabkan masalah pencernaan dan sensitiviti terhadap laktosa. Jadi untuk memenuhi keperluan anak-anak, Enfagrow A + telah merumuskan Enfagrow AII MindPro BARU.
Ia adalah susu formula kanak-kanak pertama dan satu-satunya di Malaysia² dengan protein susu A2 semula jadi dan tulen. Protein susu A2 yang diperoleh secara semula jadi dari lembu A2 New Zealand yang sihat dan merumput di padang rumput yang subur dengan udara segar di Kawasan Alps Selatan New Zealand³.
1. Diperbuat daripada protein susu A2^ asli yang mudah dihadam
– Protein susu A2^ semula jadi yang bersumber dari lembu asli New Zealand A2
2. Mengandungi tahap saintifik MFGM Pro dan tahap DHA yang disyorkan oleh pakar global⁴
– Dua bahan utama dalam susu formula untuk kanak-kanak berkaitan dengan pembentukan otak MFGM adalah sebatian bioaktif kompleks yang banyak terdapat pada otak yang menyokong perkembangan kognitif. Jadi gabungan MFGM dan DHA akan memberikan faedah 2x untuk menyokong perkembangan mental anak⁵.
3. Tanpa gula tambahan⁶
Enfagrow All MindPro adalah dirumuskan daripada jenama No.1 yang disyorkan oleh Pakar di Malaysia.
Cubalah Enfagrow All MindPro hari ini, susu tepung kanak-kanak pertama dan satu-satunya di Malaysia yang dibuat dengan protein susu A2 beta kasein yang mudah dihadam secara semulajadi dari lembu A2². Jangan risau jika anak tidak sesuai dengan susu ini, kini dengan setiap pembelian Enfagrow All MindPro dilengkapi dengan jaminan wang dikembalikan* selama 14 hari. Ketahui info lanjut tentang program jaminan wang dikembalikan Enfagrow All MindPro di:
Facebook & Instagram:
https://www.facebook.com/enfagrowmalaysia/
https://www.instagram.com/enfagrowmy/
Laman web:
https://www.enfagrow.com.my/a2
*Berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan
^ Referred to A2 Beta Casein Protein from A2 skimmed milk
1. Brooke-Taylor S, Dwyer K, Woodford K, Kost N. Systematic Review of the Gastrointestinal Effects of A1 Compared with A2 -Casein. Adv Nutr, 2017 Sep 15;8(5):739-748.
2. Compared to all key growing up milk brands in Malaysia as of Mar’2021.
3. More than 90% of A2 milk sourced from New Zealand.
4. FAO/WHO recommends daily dietary DHA intake of 10-12mg/kg body weight for children 12-24 months or 100-150mg DHA+EPA for children 2-4 years old.
Reference: FAO 2010. Fats and fatty acids in human nutrition. Report of an expert consultation. FAO Food and Nutrition Paper no.91. FAO; Rome
5. MFGM & DHA are found aboundantly in the brain: Kuratko CN, et. Al. Nutrients, 2013;5 (7): 2777-2810; Hussain, G et al. Lipids Health Dis 18.26 (2019).
6. Sugar refers to sucrose based on Regulation 118 under Malaysia Food Regulation 1985
The post Penting Ibu Ayah Tahu! Ada Tak Protein Susu A2^ Dalam Susu Formula Anak Anda? appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/penting-ibu-ayah-tahu-ada-tak-protein-susu-a2-dalam-susu-formula-anak-anda/