Pensyarah Saran Gaji Minimum Penjawat Awam Rm2 500


Pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Barjoyai Bardai menyarankan gaji minimum untuk penjawat awam sebanyak RM2,500.
Beliau berkata, RM2,500 itu merupakan jumlah paling minimum bagi menampung keperluan hidup terutamanya di bandar-bandar.
“RM2,500 adalah tahap keperluan hidup minimum di Malaysia. Sepatutnya semua kakitangan kerajaan mendapat gaji minima untuk cukup hidup.
“Kerana itu matlamat kerajaan untuk memastikan bahawa semua warga di Malaysia mencapai tahap keperluan minima untuk hidup selesa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menjelaskan lanjut, Barjoyai berkata kenaikan gaji bagi penjawat awam juga tidak boleh terbatas kepada anggota polis sahaja tetapi sewajarnya terhadap semua penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,500.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan serta ketua-ketua jabatan perlu memastikan kenaikan gaji tersebut layak diperolehi dengan menekankan aspek produktiviti mereka.
Katanya, kalau diikutkan, jumlah tersebut merupakan tahap yang sangat rendah berbanding perkiraan Bank Negara Malaysia tahun lalu.
Naik gaji agar tak terjebak rasuah
BNM menetapkan paras gaji di Kuala Lumpur pada 2016, dengan mengikut garis panduan negara maju sepatutnya dianggarkan sebanyak RM2,700 bagi golongan dewasa, RM4,500 untuk pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.
“Maknanya itu satu keperluan. Tapi mungkin pelaksanaannya boleh dilakukan secara beransur-ansur mengikut peningkatan produktiviti.
“Jadi di masa yang sama, kerajaan dan semua ketua jabatan di sektor kerajaan perlu menekankan perspektif produktiviti pekerja bagi memastikan yang semua pekerja memang layak mendapat gaji lebih daripada RM2,500 itu,” kata Barjoyai.
Pada 10 Jun lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Ia turut disokong oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda, khususnya di kalangan anggota keselamatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak terjebak dengan rasuah.
Menurut laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), berikut merupakan jawatan dan gred gaji anggota polis; Inspektor gred YA13 memperolehi gaji minimum RM2,329 dan gaji maksimum RM8,883, sarjan gred YA6 (RM1,711 – RM5,199), konstabel gred YA1 (RM1,014 – RM3,517), konstabel sokongan gred YS1 (RM852 – RM2,408) dan konstabel Orang Asli gred YTS 1 (RM966 – RM2,663).
Kenaikan akan tambah defisit negaraWalaupun begitu, Barjoyai menjelaskan, kerajaan akan menanggung penambahan defisit jika gaji penjawat awam dinaikkan.
Katanya, ini lebih-lebih lagi apabila kerajaan telah kehilangan pendapatan sekitar RM20 bilion selepas menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Walaupun kerajaan mungkin mampu untuk membayar kenaikan gaji itu, tapi ini akan mengekangkan kedudukan dan menambahkan lagi defisit belanjawan kerajaan pada masa ini.
“Tambah-tambah lagi kita telah tambah RM20 bil kerana bertukar daripada GST kepada SST.
“Mungkin kalau diperkenalkan balik GST tu, kerajaan mempunyai tambahan kapasiti untuk menampung kenaikan gaji pekerja ini,” katanya.

Untuk rekod, sewaktu pelaksanaan GST, rakyat membayar cukai berjumlah RM44 bilion kepada kerajaan berbanding anggaran kira-kira RM20 bilion yang akan dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
GST yang dikenakan pentadbiran BN pada kadar 6 peratus dan dilaksanakan pada April 2015 hingga Mei 2018.
Setelah PH mengambil alih pemerintahan, GST digantikan dengan sistem cukai lama iaitu SST pada kadar 10 peratus.
Barjoyai turut mengulas mengenai pendedahan Azih yang dilaporkan Sinar Harian pada Mei lalu, tentang sekumpulan penjawat awam berdepan dengan masalah hutang kerana meminjam melalui ceti haram (ah long).
Meskipun tiada statistik, namun Azih berkata maklumat yang diterima menunjukkan agak ramai agak ramai yang berhadapan masalah hutang itu.
Menurutnya, proses yang mudah berbanding meminjam melalui bank atas faktor kelayakan membuatkan mereka cendurung untuk meminjam dengan ah long.
Menurut Barjoyai lagi, situasi sedemikian menjadi suatu kebiasaan apabila pendapatan lebih rendah daripada kos sara hidup, bermaksud rakyat terpaksa hidup di luar kemampuan.
“Mereka akan cuba meminjam dengan saluran yang mudah. Saluran biasa, misalnya melalui bank adalah sangat susah. Ada saluran yang lain melalui koperasi, mungkin sudah habis diterokai.
“Mereka terpaksa pergi kepada ah long. Ini akan menyebabkan tekanan hidup yang lebih tinggi dalam jangka panjang.
“Apabila tekanan ini berlaku, kemungkinannya pertimbangan kakitangan awam ini menjadi agak pendek dan inilah yang menyebabkan wujudnya gejala rasuah walalupun kecil-kecilan,” katanya.

Prof Shazali Abu Mansor dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) turut menyokong cadangan kenaikan gaji tersebut dilaksanakan terhadap semua penjawat awam di peringkat bawahan kerana mereka turut terkesan dengan kos sara hidup di bandar.
“Bandar macam di Kuala Lumpur, kalau dibandingkan dengan luar bandar tak sama kos sara hidupnya. Kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar lebih tinggi daripada gaji.
“Kalau nak naikkan tu bukan kat yang beruniform tapi semua penjawat awam yang tinggal di bandar-bandar besar. Itu lebih adil,” katanya.
Shazali berkata, terdapat beberapa cara lain boleh dilakukan untuk mengurangkan beban penjawat awam selain menaikkan gaji mereka.
Beliau memberi contoh seperti mengurangkan kadar faedah pinjaman dan membenarkan pegawai kerajaan mengeluarkan sebahagian daripada wang gratuiti bagi mereka yang memilih skim pencen berbanding skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Pada umur sekitar 50 tahun tu banyak komitmen seperti untuk bayar rumah, anak-anak belajar,” katanya.
Pada 11 Jun lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneliti syor ketua polis negara supaya gaji anggota pasukan itu yang berpangkat rendah perlu dinaikkan.
“Nanti kita fikirlah,” katanya secara ringkas.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/pensyarah-saran-gaji-minimum-penjawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mchb Peruntuk Rm2 Juta Bayar Tunggakan Gaji Kakitangan Pusat Hemodialisis Mawar

Mchb Peruntuk Rm2 Juta Bayar Tunggakan Gaji Kakitangan Pusat Hemodialisis Mawar

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 264 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Ramai Penjawat Awam Masih Tak Mampu Beli Rumah Kata Cuepacs

Ramai Penjawat Awam Masih Tak Mampu Beli Rumah Kata Cuepacs

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 253 hits
Presiden Azih Muda berkata harga rumah mampu milik yang ditetapkan kementerian terlalu tinggi KUALA LUMPUR Hampir 95 penjawat awam yang berusia bawah 30 tahun masih tidak mampu membeli rumah kata Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkh...
Menteri Ph Kata Gaji Minimum Ditetapkan Bn Sebelum Ini Terlalu Tinggi

Menteri Ph Kata Gaji Minimum Ditetapkan Bn Sebelum Ini Terlalu Tinggi

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 290 hits
Inilah bezanya antara kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional dan PH hari ini Paras tangga gaji pokok RM1 100 dikatakan terlalu tinggi Walhal kerajaan BN tentukan paras tangga gaji tersebut bukan disebabkan bidang tugas atau kerja yang dil...
Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Dengan Parti Pemerintah Pm

Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Dengan Parti Pemerintah Pm

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 207 hits
MELAKA Penjawat awam di negara ini perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah dan menjalankan tugas mereka dengan berkecuali kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun beliau berkata penjawat awam perlu memahami bah...
Orang Melayu Dan Penjawat Awam Fikir Sendirilah Nasib Anda 4 Tahun Mendatang

Orang Melayu Dan Penjawat Awam Fikir Sendirilah Nasib Anda 4 Tahun Mendatang

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 303 hits
oleh Ab Jalil Backer Ini bukan isu perkauman pun Namun kerana mangsanya penjawat awam beragama Islam dan berbangsa Melayu yang menjalan tugas dalam kejadian rusuhan kuil maka mereka yang cuba mencari kebenaran akan berhadapan pelbagai cabar...
Jadilah Penjawat Awam Berkecuali Dari Segi Politik Kata Pm

Jadilah Penjawat Awam Berkecuali Dari Segi Politik Kata Pm

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 344 hits
June 10 2019 1 37 PMDr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan penjawat awam Melaka di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh hari ini PETALING JAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa penjawat awam kekal berkecuali dari segi pol...
Gaji Rendah Pensyarah Tak Masuk Akal Di Kelantan Baik Tak Payah Belajar Tinggi

Gaji Rendah Pensyarah Tak Masuk Akal Di Kelantan Baik Tak Payah Belajar Tinggi

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 514 hits
Gaji rendah pensyarah tak masuk akal di Kelantan Baik tak payah belajar tinggiPLATFORM pengiklanan kerja JobsMalaysia Kelantan tampil membuat penjelasan berhubung kekeliruan iklan melibatkan Kolej MSU Kota Bharu
Muga Penjawat Awam Sedar Musibah Akibat Tak Bersyukur

Muga Penjawat Awam Sedar Musibah Akibat Tak Bersyukur

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 336 hits
SEMAK DAN KAJI SEMAK DAN KAJI berulang2 kali Tak habis habis SEMAK DAN KAJI penghujung ceritanya penjawat awam gigit jari Kesian penjawat awam Sebelum ini era kerajaan BN mesti akan ada kenaikkan tangga gaji setiap tahun Tapi tahun nie sedi...
Orang Awam Tewaskan Peragut

Orang Awam Tewaskan Peragut

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 234 hits
CUBAAN dua lelaki meragut beg tangan seorang wanita di medan selera dekat pasar raya Medan Raya Bintulu gagal apabila diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada polis jam 3 45 petang semalam Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulki...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Ko Dah Puk Mak Kan Bini Ko Dekat Bet Na Lain Pastu Nangis Minta Maaf Netizen Dah Malas Nak Percaya Aliff Aziz

Tular Geng Bertopeng Edarkan Ayam Percuma Di Bukit Bintang Ada Yang Pertikai Kami Semua Orang Islam