Penstrukturan Ppd Jpn Bagaimana Wajah Baharu Organisasi Ini


Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pelaksanaan struktur baharu organisasi sektor pendidikan secara berperingkat berkuat kuasa 1 Jun lalu. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Amin Senin berkata, pelaksanaan itu antara inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya, ia bertujuan memberikan anjakan dalam mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan melalui pemantapan peranan dan fungsi pembangunan dasar, perancangan serta pengoperasian di peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dalam memenuhi matlamat yang digariskan dalam PPPM.

Proses ini amat menarik perhatian semua pihak, terutama guru-guru yang merasakan diri mereka pernah 'teraniaya' dengan sikap segelintir pegawai-pegawai daripada organisasi berkaitan. Yang berada di sekolah, terus meneka-neka siapa yang akan kembali ke sekolah, siapa yang akan kekal, siapa pula yang akan ke JPN, PPD atau bahagian-bahagian dalam KPM yang lain.

Kami di sini telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan penstrukturan untuk difahami bersama. Rasionalisasi penstrukturan ini boleh dimuat turun atau dibaca di pautan SINI

Melalui beberapa sumber, kami telah memperoleh beberapa dokumen yang dimaklumkan telah diumumkan diperingkat organisasi masing.

PENSTRUKTURAN 
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)Contoh carta organisasi baharu JPN (Klik untuk download imej lebih jelas)Penstrukturan di peringkat JPN berlaku dengan agak drastik. Jika dilihat contoh-contoh carta orginasisi yang kami perolehi, tiada lagi jawatan Ketua Sektor di beberapa sektor utama. Ketua sektor tersebut digantikan dengan Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) di sana.

Jawatan penyelia yang sebelum ini disandang oleh pegawai-pegawai bergred 41, 42 ke bawah telah dijumudkan.

Jawatan Anggota Kumpulan Pelakasa (AKP) juga dikurangkan. Hampir separuh staff di JPN digerakkan ke sekolah dan juga PPD.

Antara jawatan-jawatan baharu yang diwujudkan bagi mengepalai sektor-sektor yang ada di Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti berikut.

1. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran)
2. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah)
3. Timbalan Pengarah Pendidikan  (Sektor Perancangan & Pengurusan PPD)
4. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid)
5. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) - Sektor Pendidikan Islam
6. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) - Sektor Pendidikan Khas
7. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) - Sektor Pentaksiran & Peperiksaan
8. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK - PTD) - Sektor Sumber Manusia
9. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK - PTD) - Infrastruktur & Perolehan
10. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK - PTD) - Pengurusan
11. Kaunselor Organisasi Negeri (KON) - Psikologi & Kaunseling
12. Ketua Penolong Pengarah (KPP - PTD) - Integiriti

Maklumat ini kami peroleh daripada pemetaan JPN Negeri Perak

PENSTRUKTURAN 
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)Contoh pemetaan perjawatan PPD (Klik untuk lebih jelas)Idea asalnya adalah untuk memperkasakan PPD bagi menjayakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia kerana organisasi ini adalah yang paling dekat dengan sekolah.

Oleh yang demikian, penstrukturan di PPD juga perlu berlaku. Seperti juga di JPN, minimum untuk pegawai-pegawai yang berada di organisasi ini adalah 44 ke atas. Perjawatan penyelia juga telah dijumudkan dan digantikan dengan beberapa jawatan baru.

Bergantung kepada saiz gred PPD tersebut, beberapa jawatan baru turut diwujudkan di sini. Antaranya:

1. Timbalan PPD (Unit Pembelajaran)
2. Timbalan PPD (Unit Pengurusan Sekolah)
3. Timbalan PPD (Unit Perancangan)
4. Timbalan PPD (Unit Pembangunan Murid)
5. Kaunselor Organisasi Daerah (Psikologi & Kaunseling)
6. Penolong PPD (Unit Peperiksaan & Pentaksiran)
7. Penolong Pembantu Tadbir N36 (Unit Pengurusan)

SISC+ diletakkan di bawah Unit Pembelajaran sepenuhnya. Hanya Timbalan PPD (Unit Pembelajaran) mengepalai kumpulan jawatan ini tanpa ada lagi pegawai-pegawai subjek seperti dahulu. Sebelum ini, subjek-subjek utama diuruskan oleh Penolong PPD.

SIP+ diletakkan di bawah Unit Pengurusan Sekolah dan diketuai oleh seorang Timbalan PPD.

Maklumat ini kami peroleh daripada pemetaan PPD Negeri Perak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/09/penstrukturan-ppd-jpn-bagaimana-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sasar 100 Juta Pelancong Arab Saudi Lancar Visa Baharu

Sasar 100 Juta Pelancong Arab Saudi Lancar Visa Baharu

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 302 hits
Sasar 100 juta pelancong Arab Saudi lancar visa baharu Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Sep 2019 11 45PM
Baharu Clinelle Peeling Pad Refining Masks 2 Dalam 1

Baharu Clinelle Peeling Pad Refining Masks 2 Dalam 1

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah rezeki menang contest di Shopee Live oleh beauteshopee telah sampai di tangan Kebetulan waktu itu Fiza mengikuti Shopee Live dan waktu itu mereka sedang mempromosikan produk kecantikan wajah Clinelle Baharu Cli...
Logo Baharu Proton Kisah Kami Bersama Proton

Logo Baharu Proton Kisah Kami Bersama Proton

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 454 hits
Memetik laporan Harian Metro PROTON Holdings Bhd melancarkan logo dan slogan baharu Inspiring Connections dalam usaha PROTON menjadi jenama automotif moden global Logo baharu menampilkan rekaan bulat dengan masih mengekalkan lambang harimau...
Proton Lancar Logo Baharu

Proton Lancar Logo Baharu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 381 hits
PROTON Holdings Bhd hari ini melancarkan logo terbaharunya dengan slogan Inspiring Connections Menurut Pengerusinya Datuk Seri Syed Faisal Albar nafas baharu ini mengetengahkan evolusi jenama automotif kebangsaan itu sejak mengumumkan kerja...
Ini Kata Kata Pedas Haneesya Hanee Selepas Dia Menang Anugerah Artis Wanita Baharu Popular Abpbh

Ini Kata Kata Pedas Haneesya Hanee Selepas Dia Menang Anugerah Artis Wanita Baharu Popular Abpbh

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 649 hits
Terima kasih haters kata model dan pelakon Haneesya Hanee sejurus ditemui diumumkan sebagai artis wanita baharu popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 Ini Kata Kata Pedas Haneesya Hanee Selepas Dia Menang Anugerah Artis Wanita...
Embah Jid Joget Kuasa Cinta Nafas Baharu Irama Malaysia 2020

Embah Jid Joget Kuasa Cinta Nafas Baharu Irama Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 419 hits
Di ketika ini negara kita agak kurang penyanyi yang berminat untuk mengembalikan semula keindahan muzik dan lagu dalam kategori irama Malaysia Pada ana sendiri yang jiwa kemelayuan yang agak kuat dalam diri amatlah suka pada alunan dan keme...
Ipad 10 2 Inci Baharu Disahkan Hadir Dengan 3gb Ram

Ipad 10 2 Inci Baharu Disahkan Hadir Dengan 3gb Ram

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 177 hits
serentak dengan tiga model iPhone 11 pada 11 September yang lalu Ia adalah iPad asas pertama yang hadir dengan sambungan Smart Connector yang membolehkan pelbagai aksesori seperti papan kekunci digunakan dengan lebih mudah Seperti biasa App...
One Wash Fund Era Baharu Pembiayaan Pembangunan Kata Azmin

One Wash Fund Era Baharu Pembiayaan Pembangunan Kata Azmin

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 257 hits
One WASH Fund era baharu pembiayaan pembangunan kata Azmin Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Sep 2019 11 56
Kes Adib 12 Individu Akan Dipanggil Semula Sekiranya Ada Petunjuk Baharu

Kes Adib 12 Individu Akan Dipanggil Semula Sekiranya Ada Petunjuk Baharu

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR 2 Okt Polis akan memanggil semula individu yang pernah ditahan berhubung siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sekiranya mendapat petunjuk baharu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang Un...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba