Penjelasan Pengarah Htar Isu Asrama Doktor Dan Lawatan Pm


Oleh UtusanTV Tan Sri Muhyidddin Yassin mengadakan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang semalam. PEMINDAHAN Doktor Pelatih Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) dari Asrama Doktor Pelatih ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) yang lebih selesa bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan Blok A, B dan C memandangkan Blok D Asrama Doktor Pelatih digunakan sebagai Pusat Saringan COVID (PSC) sejak April lalu.
Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, beliau telah mengadakan lawatan ke Blok A Asrama Doktor Pelatih bersama Unit Pembangunan, Jabatan Perubatan, Unit Pentadbiran dan Unit Fasiliti Hospital pada 5 Julai lalu.
Katanya, berdasarkan lawatan berkenaan, keputusan telah dibuat oleh Pengarah untuk menukar fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih sebagai Wad COVID-19 Kategori 1 dan 2.
“Sehubungan dengan itu, penghuni Blok A Asrama Doktor Pelatih yang menempatkan 10 Doktor Pelatih wanita dan Blok B (2 Doktor Pelatih lelaki) akan dipindahkan ke Asrama Pelajar Perubatan UM selepas kerja kerja penyelenggaraan dibuat di Blok B Asrama Pelajar Perubatan UM Blok dan Blok E Asrama Pelajar Perubatan UM.
“Notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B Asrama Doktor Pelatih supaya keluar dalam tempoh empat hari sejak 9 Julai 2021 (Jumaat) untuk berpindah ke Asrama Pelajar Perubatan UM.
“Pada masa yang sama, pihak konsesi akan membuat kerja-kerja penyelenggaraan di Asrama Pelajar Perubatan UM untuk menerima Doktor Pelatih yang sebelum ini ditempatkan di Asrama Doktor Pelatih,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, selepas semua pemindahan Doktor Pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada 12 Julai 2021, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad COVID-19 Berisiko Rendah.
Dalam kenyataan sama, Zulkarnain menjelaskan isu tular yang mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma dikosongkan kerana lawatan Perdana Menteri.
Menurut beliau, pada 8 Julai lalu, Wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenal pasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.
Katanya, pada 9 Julai pula, Kompleks Rawatan Harian (ACC) telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad merawat pesakit COVID19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa.
“Kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 ke Wad COVID-19 Berisiko Rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad, dan ianya bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma,” jelasnya.
Kata beliau, trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 sehingga 180 pesakit.
“Justeru, kenyataan yang telah tular mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma telah “dikosongkan” kerana menerima lawatan daripada Perdana Menteri pada semalam adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit manakala, pesakit yang masih belum menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma setakat 13 Julai adalah seramai 177.
“Pemindahan pesakit COVID-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai Wad COVID-19 adalah pelan kontigensi yang diambil bagi Pengurusan Bencana Peringkat Hospital,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penjelasan-pengarah-htar-isu-asrama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Htar Nafi Cover Line Ketika Lawatan Muhyiddin

Htar Nafi Cover Line Ketika Lawatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 355 hits
KLANG Hospital Tengku Ampuan Rahimah menafikan dua dakwaan berhubung isu cover line semasa lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke hospitalnya semalam serta arahan doktor pelatihnya berpindah keluar daripada asrama mereka Pengar...
Elak Aktiviti Fizikal Berat Selepas Dapat Suntikan Vaksin Elak Insiden Tak Diingini Ini Penjelasan Doktor

Elak Aktiviti Fizikal Berat Selepas Dapat Suntikan Vaksin Elak Insiden Tak Diingini Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 258 hits
SEHINGGA semalam portal vaksincovid gov my merekodkan lebih 17 770 000 individu sudah berdaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid 19
Isu Doktor Kontrak Dibawa Ke Kabinet Kkm

Isu Doktor Kontrak Dibawa Ke Kabinet Kkm

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 208 hits
Tunggu keputusan jemaah menteri setelah kertas kerja siap Dr Adham Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba PUTRAJAYA Isu pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet kata Menteri Kesihata...
Adun Tras Ditahan Di Tengah Pertikaian Isu Kebun Durian Di Raub

Adun Tras Ditahan Di Tengah Pertikaian Isu Kebun Durian Di Raub

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 262 hits
malaysiakini comDiterbitkan 5 Jul 2021 8 37 amDikemaskini 9 08 amNOTA EDITOR Artikel ini dikemas kini untuk menunjukkan bahawa Chow kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara 18 pekebun durian ditahan semalaman dan polis akan memohon rema...
Kenapa Sibuk Isu Musang King Tanah Melayu Kena Rampas Diam Saja

Kenapa Sibuk Isu Musang King Tanah Melayu Kena Rampas Diam Saja

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 468 hits
Ipohmali 1 Sebenarnya sejak awal aku tak faham kenapa begitu rakus Kerajaan Pahang pihak berkuasa merampas tanah pengusaha durian Musang King Biarpun atas nama pencerobohan Sedangkan Kerajaan boleh berunding dengan baik dan akhirnya Kerajaa...
Isu Pekebun Musang King Ronnie Liu Disiasat Halang Tugas Penjawat Awam

Isu Pekebun Musang King Ronnie Liu Disiasat Halang Tugas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 311 hits
July 5 2021 11 32 PMAhli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu disiasat polis kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam KUANTAN Dua kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun ...
Apakah Muhyiddin Akan Berundur Atas Isu Kesihatan Siapa Pengganti

Apakah Muhyiddin Akan Berundur Atas Isu Kesihatan Siapa Pengganti

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 267 hits
Isu terbaik untuk berundur Ismail Sabri antara yang disebut sebut calon pengganti Walaupun bukan satu jaminan kerajaan yang lebih baik selepas itu masih di status wait and see
Adakah Mesyuarat Khas Parlimen Hadkan Isu Diperbincangkan

Adakah Mesyuarat Khas Parlimen Hadkan Isu Diperbincangkan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 263 hits
Adakah mesyuarat khas Parlimen hadkan isu diperbincangkan Oleh July 06 2021Pengumuman kerajaan Perikatan Nasional untuk mengadakan mesyuarat khas Parlimen pada 26 Julai selama 5 hari mengelirukan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Kari...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain