Penjelasan Boikot Kkmart Stoking Hina Allah Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi


Panas di media sosial apabila tular mengenai rangkain kedai serbaneka KKMart Stoking Hina Allah. Masyarakat Malaysia yang majoriti muslim terasa tercabar apabila gambar yang tertera kalimah Allah dalam tulisan arab dan rumi pada sebuah stoking. Di bulan puasa ini ianya sesuatu yang amat sensitif dimana umat islam sedang berpuasa diuji dengan perkara sebegini.
Untuk makluman, pihak KKMart telah tampil untuk membuat permohonan maaf. Namun, apa yang mengejutkan sekali adalah para netizen telah bertekad untuk boikot kerana bagi mereka ianya adalah suatu tindakan yang bukan sengaja. Berikut adalah penjelasan KKMart Stoking hina Allah.
Penjelasan Isu Rakyat Boikot KKMart Stoking Hina Allah Bagaimana Isu KKMart Stoking Hina Allah Bermula? Penjelasan Boikot KKMart Stoking Hina Allah, Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi? 76 Penjelasan Boikot KKMart Stoking Hina Allah, Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi? 77 Isu ini bermula apabila ada seorang pengguna Facebook telah memuat naik ke dalam Facebook miliknya dan mengatakan menemui stoking yang tertera tulisan kalimah ‘Allah’ dalam tulisan arab dan rumi. Hal ini menimbulkan pelbagai perspektif dikalangan netizen yang mana tidak berpuas hati kerana jelas ia bukanlah tidak sengaja.
Hal ini mula mendapat perhatian ramai kerana isu kalimah Allah sangat sensitif lagi-lagi ada perkara berbentuk seperti hinaan. Ramai yang mula mencari-cari siapakah pihak yang bertanggungjawab berkenaan KKMart stoking hina Allah.
Pihak KKMart Tampil Mohon Maaf Pengasas KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) telah memohon maaf susulan postingan Facebook tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang padanya ada kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Pihak KKMart amat kesal dan memandang serius dengan insiden ini. Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.
Sementara itu, KKMart berkata bahawa produk tersebut adalah merupakan produk ‘consignment’ daripada pihak vendor. Pihak KKMart juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu stoking hina kalimah Allah ini.
Berapa Jumlah Cawangan KKMart Seluruh Malaysia? Berdasarkan rekod pada tahun 2023, KKMart mempunyai lebih 680 cawangan seluruh Malaysia dan kini dikatan mempunyai sebanyak 881 cawangan dan menjadikannya merupakan cawangan kedai serbaneka terbanyak dalam Malaysia. Berdasarkan keadaan semasa ramai netizen yang mula bersuara mereka akan memboikot kedai kerana KKMart stoking hina Allah.
Perkara ini juga mendapat banyak perkongsian orang ramai menandakan cadangan boikot mendapat sambutan ramai. Persoalannya adakah benar tindakan boikot KKMart stoking hina Allah? Bagaimana dengan kilang yang mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah?
Kilang Mana Keluarkan KKMart Stoking Hina Alllah? Ramai yang mula mencari-cari kilang manakah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan stoking hina kalimah Allah. Ada pendapat netizen mengatakan bahawa stoking tersebut dikeluarkan oleh syarikat Xin Jian Chang SDN BHD. Kilang ini mula jadi sasaran boikot oleh netizen kerana dirasakan ianya adalah tindakan yang melampau.
Bagaimana boleh terjadi kesilapan sedangkan sudah jelas tertera kalimah Allah dalam rumi dan jawi yang dirasakan mustahil tersilap.
Penjelasan Boikot KKMart Stoking Hina Allah, Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi? 78 Walaubagaimanapun, tular mengenai surat daripada pihak syarikat Xin Jian Chang SDN BHD berkenaan ” Permohonan Maaf Atas Produk Stokin Berjenama Miranosock”. Mereka mengaku bahawa ia adalah kesilapan dan mengatakan bahawa terdapat kesilapan dalam membuat semakan yang mana produk tersebut diambil daripada China.
Pihaknya juga turut memohon maaf kepada seluruh umat islam dan syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.
Penjelasan dan Sebab Sebenar Rakyat Boikot KKMart Stoking Hina Allah Turut tular juga pandangan daripada akaun Facebook, Husam Ku yang mana beliau mengatakan bahawa proses memasukkan barang pertama kena melalui beberapa proses dan memakan masa. Isu KKMart stoking hina Allah ini menjadi tanda tanya bagaimana sekiranya stoking tersebut masih boleh lepas untuk dijual di KKMart sedangkan perlu melalui pelbagai proses yang dianggap rumit.
Menurutnya lagi, untuk kes KKMart ini seandainya ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan maka boleh difikirkan bagaimana proses kesilapan yang perlu dilalui bermula dari kilang.
Netizen Kelaskan Tindakan Tulart KKMart Sebagai Kafir Harbi Perkara ini menjadi panas dengan ramai umat islam mengatakan kesudian mereka untuk memboikot kerana dirasakan ia adalah kafir harbi. Persoalannya adakah benar boleh dikelaskan mereka yang terlibat sebagai kafir harbi?
Kafir Harbi adalah yang merujuk kepada golongan bukan Islam menentang Islam. Pengkelasan ini masih relevan digunakan kerana ia disebut dalam al-Quran dan hadis, Namun tafsirannya pada waktu kini perlu disepakati dan dijelaskan oleh pihak berkuasa agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Jadi, untuk waktu sekarang tidaklah patut untuk para netizen memberi gelaran kafir harbi sewenang-wenangnya kerana ia adalah perkara yang mungkin tidak disengajakan dan mempunyai proses yang panjang dalam penetapan.
Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai perlu menjaga sensitiviti dan jangan melebihi batas. Perkara ini memerlukan penjelasan yang kukuh dan diharapkan juga isu KKMart stoking hina Allah dapat diselesaikan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/kkmart-stoking-hina-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Hina Islam Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Ditahan

Lelaki Hina Islam Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Ditahan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 153 hits
freemalaysiatoday com21 Mar 2024 05 21 PMLelaki berusia lingkungan 35 tahun ditahan di Cheras semalam Minggu lalu tular di media sosial berhubung penjualan stoking kalimah Allah selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna PETALING JAYA P...
Stoking Kalimah Allah Pemuda Umno Lapor Polis Kk Mart Rayu Jangan Boikot

Stoking Kalimah Allah Pemuda Umno Lapor Polis Kk Mart Rayu Jangan Boikot

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 332 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 16 2024 2 58 PMPemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Super Mart sebelum ini Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata laporan itu akan dibuat hari ...
Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 246 hits
Pengendali kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart Superstore Sdn Bhd memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway Petaling Jaya Kepada semua pelanggan KK Super...
Tiada Sebarang Agenda Stoking Tertera Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Mohon Maaf

Tiada Sebarang Agenda Stoking Tertera Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 135 hits
Isu penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah ALLAH SWT di beberapa kedai rangkaian serbaneka KK Supermart amp Superstore Sdn Bhd adalah produk konsainan oleh pihak vendor Menurut pengasas KK Super Mart Datuk Seri Dr
Stoking Kalimah Allah Ini Bukan Membesar Besarkan Isu Ini Soal Agama

Stoking Kalimah Allah Ini Bukan Membesar Besarkan Isu Ini Soal Agama

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 226 hits
hmetro com myMOHD Puad Zarkashi FOTO arkib NSTPJohor Bahru UMNO menempelak tindakan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon meminta supaya isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart tidak diperbesarkan Ahli M...
Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 421 hits
Stoking kalimah Allah Jumpa komuniti Melayu Islam Pemuda Umno seru sayap MCA DAPAkmal Saleh minta Pemuda MCA dan DAP bertemu komuniti Melayu Islam untuk tahu perasaan mereka FMT ReportersPETALING JAYA Pemuda Umno meminta sayap MCA dan DAP b...
Lelaki Hina Kalimah Allah Akui Cuma Nak Jadi Keyboard Warrior

Lelaki Hina Kalimah Allah Akui Cuma Nak Jadi Keyboard Warrior

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 118 hits
Lelaki hina kalimah Allah akui dirinya hanya ingin menjadi keyboard warrior apabila memuat naik hantaran jelik susulan isu stoking yang memaparkan kalimah berkenaan tempoh hari Mengaku bersalah buat hantaran jelik Memetik laporan dari Haria...
Hina Kalimah Allah Mualaf Dipenjara 6 Bulan Denda Rm15 000

Hina Kalimah Allah Mualaf Dipenjara 6 Bulan Denda Rm15 000

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 136 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mualaf dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM15 000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu kerana memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di Facebook Tertuduh Ricky Shane Cagampang 33 men...
Akmal Bidas Bos Mydin Kalimah Allah Boikot Mydin Tidak Terkecuali Jika Lakukan Perkara Sama

Akmal Bidas Bos Mydin Kalimah Allah Boikot Mydin Tidak Terkecuali Jika Lakukan Perkara Sama

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 161 hits
Dr Akmal Saleh menolak teguran tokoh perniagaan Ameer Ali Mydin yang tidak bersetuju dengan usaha beliau menggerakkan boikot terhadap rangkaian KK Mart berkait isu stoking tertera kalimah Allah Ini isu akidah Jauh lebih utama berbanding cak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization