Penjawat Awam Antara 10 Ditahan Edar Dadah
Penjawat awam antara 10 ditahan edar dadah
JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam dan pegawai eksekutif wanita sebuah badan berkanun antara 10 individu ditahan kerana disyaki menganggotai sindiket pengedaran dadah dalam serbuan khas di Kulai dan Johor Bahru Utara (JBU) minggu lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Johor melancarkan operasi khas membabitkan tujuh serbuan di kawasan berkenaan.
Katanya, sindiket penyeludupan dadah yang aktif sejak Disember 2019 itu dikesan menyeludup dadah dari negara jiran, dengan menggunakan lori sejuk beku yang dihantar ke Kota Bahru, Kelantan, bagi mengambil bekalan dadah.
“Hasil serbuan dan siasatan polis mendapati, sindiket berkenaan menggunakan surat rentas negeri membabitkan penghantaran produk makanan sejuk beku bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut terhadap dua lori sejuk beku mendapati ia diubahsuai dengan ruangan simpanan khas di lantai ruangan belakang lori berkenaan.
“Ruangan khas itu sedalam sembilan sentimeter itu bagi menyembunyikan dadah diseludup yang dipercayai dipindahkan dari kereta yang masuk dari negara jiran.
“Dadah berkenaan kemudian dibawa ke negeri ini bagi diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, penahanan itu hasil makluman awam dan risikan polis, dalam tujuh serbuan khas yang dibuat, pada 8 Ogos lalu.
Katanya, dalam serbuan pertama, dua suspek lelaki berusia 36 dan 48 tahun ditahan bersama sejumlah dadah jenis ganja menyebabkan lima serbuan berasingan dibuat.
“Seramai empat lelaki berusia 28 hingga 43 tahun bersama seorang wanita berusia 45 tahun ditahan susulan serbuan pertama dilakukan.
“Tiga lagi suspek lelaki berusia antara 26 hingga 28 tahun turut ditahan selepas itu menjadikan jumlah yang ditahan membabitkan 10 suspek.
“Dalam kesemua serbuan dibuat, polis berjaya merampas 175.65 kilogram (kg) dadah jenis ganja membabitkan 174 ketulan bernilai RM441,163.63,” katanya.
Ayob Khan berkata, polis turut merampas dua lori, enam kereta, dua motosikal, wang tunai berjumlah RM45,550, pelbagai barang kemas bernilai RM16,076.90 selain menyita satu akaun bank bernilai RM6,972.22.
Katanya, daripada 10 suspek, lapan positif dadah manakala tujuh mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
“Kesemua 10 suspek direman 14 hari bermula 9 Ogos lalu dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya. BH
Penjawat awam antara 10 ditahan edar dadah
Baca Artikel Menarik :
Perikatan Nasional tumbang? Muafakat Nasional dijangka kembali ‘bernyawa’
Harap muka saja cantik bukan jaminan
MIC desak UMNO pilih Ismail Sabri
Mampukah Anwar tamatkan sumpahan PM Tepi?
Parti tentukan calon PM, bukan individu
Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan
Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU
Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM
The post Penjawat awam antara 10 ditahan edar dadah appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/16/penjawat-awam-antara-10-ditahan-edar-dadah/