Penjarakan Pesalah Pkp Akan Burukkan Lagi Situasi



Kumpulan anggota parlimen bipartisan membantah cadangan kerajaan mewujudkan depoh tahanan sementara sebagai langkah mengurangkan kesesakan di penjara dengan menyatakan kebimbangan tindakan tersebut akan menambahkan risiko penularan wabak Covid-19.
Menerusi satu kenyataan media semalam, Kumpulan Rentas Parti Parlimen (KRPPM) mengenai reformasi penjara dan tempat tahanan berkata, tindakan menambah bilangan penjara atau membuka pusat tahanan sementara boleh menyebabkan situasi menjadi bertambah buruk.
“Cadangan ini akan menimbulkan masalah logistik dan limitasi sumber kerana banduan yang dipindahkan ke tempat baharu perlu menjalani saringan dan diasingkan terlebih dahulu sebelum dibenarkan berinteraksi bersama pihak di penjara baharu,” kata KRPPM yang diwakili Timbalan Speaker, Azalina Othman Said.
Tambahnya, usaha itu juga akan menjejaskan keperluan asas tahanan seperti kelengkapan pelindungan keselamatan, pembersih tangan, barang keperluan diri, bekalan ubat harian bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan dan kekurangan sumber manusia seperti pegawai kesihatan terlatih.
Jelasnya, KRPPM bimbang langkah itu akan meningkatkan penularan wabak.
Pada Jan 19 lalu, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata, kesesakan di penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes Covid-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah proklamasi darurat.
Sementara itu, KRPPM turut membantah keputusan kerajaan menjatuhkan hukuman penjara terhadap mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

 
Pada 28 Dis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, majikan yang masih berdegil dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk enggan memastikan pekerja asing menjalani ujian wajib Covid-19, berisiko didakwa di mahkamah.
“Kami memohon kerajaan mengkaji semula cadangan untuk menambah tempoh hukuman penjara kepada pesalah PKP. Pendekatan ini bukan sahaja menambah kesesakan penjara, tetapi akan melewatkan proses pembebasan awal banduan yang layak berdasarkan program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL),” kata KRPPM.
“Kami mengulangi pendirian berdasarkan fakta (evidence-based) bahawa kerajaan perlu menyegerakan pembebasan awal atau bersyarat di seluruh penjara dan tempat tahanan seperti yang telah dicadangkan oleh Jabatan Penjara.
“Sebagai permulaan, Jabatan Penjara telah mengenalpasti 11,018 orang banduan dengan kesalahan ringan dan tempoh hukuman kurang setahun yang layak mendapat PBSL seperti yang telah diperuntukkan dalam undang-undang sedia ada. Kerajaan tidak perlu untuk meminda undang-undang sedia ada bagi tindakan dan pelaksanaan segera.
“Mereka yang telah dikenalpasti seramai 11,018 orang itu akan digabungkan dengan program reintegrasi dengan masyarakat untuk memastikan hubungan dan sokongan pertolongan kepada banduan setelah dibebaskan,” jelas KRPPM.
KRPPM juga menggesa kerajaan mengkaji hukuman alternatif bagi kesalahan pelanggaran perintah PKP, di mana kerajaan boleh meningkatkan jumlah denda kepada syarikat atau majikan dan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah.
“Negara berdepan dengan saat kritikal untuk melawan pandemik. Jika tindakan dibuat sekarang tidak berdasarkan fakta, berbilion-bilion ringgit terpaksa dilaburkan untuk menampung kos pencegahan wabak secara meluas dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Kerajaan perlu memberi sokongan kepada Jabatan Penjara untuk melaksanakan pembebasan awal banduan seperti yang dicadangkan dan mencegah penularan Covid-19 di tempat tahanan dengan kadar segera,” tambah KRPPM.
The post Penjarakan pesalah PKP akan burukkan lagi situasi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/25/penjarakan-pesalah-pkp-akan-burukkan-lagi-situasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penjarakan-pesalah-pkp-akan-burukkan-lagi-situasi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tedia Pkp Ke Tak Ni Oii Persoal Situasi Meriah Di Gedung Perabot

Tedia Pkp Ke Tak Ni Oii Persoal Situasi Meriah Di Gedung Perabot

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 219 hits
PKP ke tak ni oii Persoal situasi meriah di gedung perabot tindakan kongsi gambar pelanggan lain ibarat mengata diri sendiri dia pun bersesak sama Isnin 25 Januari 2021 7 00 AMOleh MOHD IZZAT MOHD KHALIZANRamai netizen mengecam individu itu...
Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 238 hits
Pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata perintah kawalan pergerakan dijangka melemahkan perbelanjaan pengguna PETALING JAYA Negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi hingga suku tahun kedua kesan daripada perintah kawalan pergerakan kata se...
Pkp 2 0 Diragui Jika Banyak Sektor Terus Beroperasi Ahli Parlimen

Pkp 2 0 Diragui Jika Banyak Sektor Terus Beroperasi Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 230 hits
PETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen DAP persoalkan keberkesanan perintah kawalan pergerakan 2 0 dan proklamasi darurat kerana terdapat percanggahan dalam aspek pelaksanaannya Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata PKP 2 0 lebih lon...
Solat Jumaat Di Kawasan Pkp Dibenar Dengan 30 Jemaah Solat Fardu 5 Jemaah Jawi

Solat Jumaat Di Kawasan Pkp Dibenar Dengan 30 Jemaah Solat Fardu 5 Jemaah Jawi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 387 hits
Berikutan dengan Perintah kawalah Pergerakan yang telah dilaksanakan bermula hari ini Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa kebenaran menunaikan solat Jumaat dibenar dengan had jemaah seramai 30 orang sahaja Manakala un...
Pkp 2 0 Day 1 2 Menu Lunch Sarapan

Pkp 2 0 Day 1 2 Menu Lunch Sarapan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 283 hits
Hi korang PKP 2 0 hari kedua hari ni so macam mana keadaan korang okey SA okey jer memandangkan Seremban PKPB dan kami masih boleh bergerak Ini untungnya bila kerja kat KL tapi tinggal kat Seremban kan hahaha macam tak adil plak tapi nak bu...
Hiburan Bimbang Dirinya Buat Perkara Tak Elok Keluarga Minta Usop Pulang Ke Kampung Disebabkan Pkp 2 0

Hiburan Bimbang Dirinya Buat Perkara Tak Elok Keluarga Minta Usop Pulang Ke Kampung Disebabkan Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 402 hits
Baru saja memulakan kehidupan baru di Ibu Kota penyanyi Usop khabarnya telah pulang ke kampung halamannya di Kulim Kedah gara gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 13 Januari lalu Sumber Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saif...
Menu Bekfes Hari Kedua Pkp 2 0

Menu Bekfes Hari Kedua Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 350 hits
Salam PKP 2 0 Masuk hari kedua PKP Kami kat Melaka ni kene PKP Hari ni memasing bangun lambat So masak bekfes pun lambat ler Kul 9 30 baru nak ontok2 bekfes Hari ni bekfes kami simple jer FETTUCINE CABONARA dan MINI PIZZA Resepi ada kat baw...
Apa Aktiviti Pkp 2 0 Day 1

Apa Aktiviti Pkp 2 0 Day 1

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 308 hits
Apa Aktiviti PKP 2 0 Day 1 Akhirnya kita semua kembali lagi kepada suasana PKP Cuma PKP 2 0 kali ni hanya di laksanakan kepada 6 buah negeri yang kritikal sahaja dari segi peningkatan kes Covid 19 So apa aktiviti korang sempena PKP 2 0 ni A...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ngedate

Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja