Penipuan Ph Terhadap Rakyat Isham Jalil


Dr. Isham Jalil

Semenjak berlakunya pertukaran kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang menyaksikan kekalahan Barisan Nasional (BN) di tangan Pakatan Harapan (PH), rakyat seolah-olah mendapat harapan baharu untuk melihat negara ditadbir dengan lebih baik dan jujur.

Rakyat mendambakan agar sebarang bentuk ketirisan dan kebobrokan yang pernah berlaku dahulu tidak akan berulang dalam pentadbiran baharu yang konon mengatasnamakan perjuangan rakyat.

Walaubagaimanapun keadaan yang diharapkan tidak berlaku malahan pentadbiran kini dilihat lebih buruk dengan berbagai birokrasi dan dasar-dasar yang menindas kehidupan serta ekonomi rakyat.

Masalah seperti peningkatan harga rumah yang melambung, masalah bekalan air, kos sara hidup sertai cukai kerajaan negeri yang dahulunya dideritai oleh masyarakat di Selangor dan Pulau Pinang sebagai contoh masih membelenggu dan tidak menampakkan sebarang tanda-tanda untuk berakhir.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Dr. Isham Jalil menjelaskan secara terperinci mengenai situasi dan permasalahan yang dialami dalam kebanyakan negeri-negeri yang diperintah PH terutamanya Selangor dan Pulau Pinang:

KOS SARA HIDUP SELANGOR TINGGI

Ketika memberi hujah menolak pandangan saya, Menteri Besar dan jentera pejabatnya pada ketika itu mendakwa cukai hartanah tidak menyebabkan kenaikan kos sara hidup di negeri itu.

Mereka berkata mereka sudah menggerakkan inisiatif mengurangkan cukai hartanah dengan memberikan pengecualian cukai kepada penduduk kampung dan pemilik rumah kos rendah selain mengenakan bayaran nominal RM1,000 bagi mereka yang tidak mampu membayar cukai taksiran.

Bagaimanapun, inisiatif kerajaan Selangor pada 2016 tersebut hanya tertumpu kepada penduduk luar bandar seperti yang dinyatakan oleh Pejabat MB yang mana beberapa ratus ribu penduduk kampung diberi pengecualian cukai taksiran.

Namun demikian, bagaimana pula dengan penghuni di bandar dan pekan yang meliputi lebih 80 peratus penduduk Selangor?

Penghuni pangsapuri dan kediaman bandar yang terpaksa membayar cukai pintu dan cukai taksiran yang lebih tinggi sejak 2008?

Merekalah yang paling banyak menerima kesan kenaikan kos sara hidup.

Bagaimana pula dengan kenaikan mendadak premium tanah yang menyebabkan kenaikan harga rumah dan premis perniagaan?

Majoriti penduduk Selangor yang tinggal di bandar paling merasai impak kenaikan mendadak harga hartanah dan kadar sewa di Selangor kerana dasar kerajaan negeri.

Meskipun negeri lain juga mengalami kenaikan kos sara hidup, ia tidak sebesar seperti di Selangor dan Pulau Pinang.

Kedua-dua negeri ini mengalami kenaikan tertinggi kos sara hidup selari dengan kenaikan cukai berkaitan hartanah sejak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Dalam penafian mereka, Pejabat MB juga menyatakan bahawa cukai berkaitan hartanah tidak meningkat dalam tempoh 14 tahun.

Ini tidak masuk akal.

Jika ia benar, dari mana datangnya kutipan pendapatan yang besar daripada cukai di atas?

Ketika berucap membentangkan Bajet 2018 Selangor, Azmin berkata, kerajaan negeri mengutip pendapatan cukai kira-kira RM2.25 bilion.

Dan dalam ucapan beliau sendiri beliau menyatakan yang 77 peratus atau RM1.7 billion daripada kutipan ini adalah daripada hasil tanah, ini termasuk cukai hartanah dan yuran berkaitan premis perniagaan.

Ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), kadar cukai yang dikutip daripada sumber di atas adalah kurang 20 peratus daripada itu iaitu kira-kira RM330 juta.

Dan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara ia juga bukannya kerana peningkatan kecekapan kutipan cukai oleh kerajaan negeri.

Ia adalah kerana kenaikan pentaksiran cukai yang mendadak dan pengenalan cukai-cukai baru oleh kerajaan negeri.

PH NAIKKAN CUKAI NEGERI

Selepas mengambil alih daripada BN, kerajaan pakatan di Selangor dan Pulau Pinang memutuskan untuk meningkatkan pendapatan dengan menaikkan cukai berkaitan hartanah, termasuk premium tanah dan cukai pengezonan semula.

Sejak itu, kenaikan kutipan cukai kerajaan negeri di kedua-dua negeri ini mencecah sehingga 400 peratus.

Cukai pengezonan semula sudah melonjak naik sehingga 50 peratus manakala premium tanah sehingga 300 peratus.

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan, kenaikan hampir dua kali ganda kutipan keseluruhan premium tanah antara 2009 dan 2010 di Selangor.

Trend peningkatan ini berterusan untuk tempoh lima tahun seterusnya.

Di Pulau Pinang, antara tahun 2008 dan 2009, kutipan premium tanah juga meningkat hampir tiga kali ganda daripada RM19 juta kepada RM54 juta dalam tempoh setahun selepas Pakatan mengambil alih pentadbiran.

Pada 2015, kerajaan negeri Pulau Pinang mengutip RM414 juta cukai premium tanah iaitu peningkatan lebih 20 kali ganda dalam masa kurang daripada tujuh tahun.

Kutipan cukai berkaitan perumahan dan hartanah di Selangor dan Pulau Pinang ini adalah yang paling tinggi di Malaysia.

Di negeri-negeri yang ditadbir BN sebelum ini, kadar kutipan cukai berkaitan hartanah adalah lebih rendah dibandingkan di Pulau Pinang dan Selangor.

Contohnya, pada 2016, Kedah mengutip sejumlah RM262 juta bagi cukai berkaitan hartanah, Perak (RM385 juta), Johor (RM720 juta) dan Pahang (RM297 juta).

CAJ PEMBANGUNAN LEBIH TINGGI

Pada November 2010, kerajaan Pakatan di Selangor memperkenalkan Peraturan Yuran Pembangunan yang mengenakan caj sebanyak 20 hingga 30 peratus ke atas semua pembangunan hartanah termasuk bagi perumahan dan hartanah komersial.

Ini meningkatkan lagi kos dan harga projek perumahan baharu.

Di Kuala Lumpur, tidak dinafikan cukai hartanah juga tinggi.

Bagaimanapun, Kuala Lumpur hanyalah kawasan yang kecil berbanding negeri lain seperti Selangor dan kebanyakan penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur tidak bermastautin atau membeli rumah di Kuala Lumpur kerana mereka tinggal di Selangor.

Sebab itu ketika siang seramai tiga juta orang berada di sekitar Kuala Lumpur tetapi jumlah ini menurun kepada kira-kira satu juta selepas waktu pejabat.

Di Shah Alam dan Subang di Selangor, kerajaan Pakatan meningkatkan cukai taksiran sebanyak 10 kali ganda sejak beberapa tahun lalu ke atas penduduk di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA).

Dalam satu kes, seorang penduduk yang membayar cukai taksiran RM1,470 pada 2011 diminta membayar RM23,040 pada 2013.

Di Pulau Pinang, caj pembangunan yang sebelum ini RM5 satu kaki persegi bagi unit kediaman dan RM7 sekaki persegi bagi unit komersial sebelum 2008, meningkat tiga kali ganda kepada RM15 sekaki persegi dan RM21 sekaki persegi selepas 2008.

Malah, sumbangan yuran perparitan sebanyak RM10,000 seekar ketika pentadbiran BN dinaikkan kepada RM50,000 seekar oleh kerajaan negeri Pakatan.

Semua caj ini mendorong kepada kenaikan harga rumah di Pulau Pinang dan pembeli rumah yang terpaksa menanggungnya.

Peningkatan ketara perolehan cukai hartanah yang dikutip kerajaan Selangor dan Pulau Pinang ini adalah sebenarnya datang daripada saku penduduk di kedua-dua negeri ini yang dikenakan cukai setinggi 10 ke 20 kali ganda sekarang berbanding ketika pentadbiran BN.

Peningkatan cukai berkaitan hartanah telah menyebabkan kesan domino ke atas kos sara hidup di Selangor dan Pulau Pinang.

Ia meningkatkan harga rumah dan premis perniagaan yang seterusnya membawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan mengurangkan pendapatan penduduk di kedua-dua negeri itu untuk berbelanja.

Rakyat semakin tertekan.

Kita perlu buat sesuatu.

* Dr. Isham Jalil merupakan Presiden Sukarelawan Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/penipuan-ph-terhadap-rakyat-isham-jalil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Prk Semenyih Referendum Rakyat Peluang Suarakan Rasa Tak Puas Hati Terhadap Ph

Jadikan Prk Semenyih Referendum Rakyat Peluang Suarakan Rasa Tak Puas Hati Terhadap Ph

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 349 hits
SEMENYIH 10 Feb 8211 Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekankan bahawa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih perlu dijadikan platform terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas h
Prk Semenyih Platform Rakyat Suarakan Kemarahan Terhadap Ph Asyraf Wajdi

Prk Semenyih Platform Rakyat Suarakan Kemarahan Terhadap Ph Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 312 hits
HULU LANGAT Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih perlu dijadikan platform terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan kata Ketua Pemuda Barisan Nasional D...
Begini Respon Rakyat Papua Terhadap Vanuatu Dan Komisioner Pbb

Begini Respon Rakyat Papua Terhadap Vanuatu Dan Komisioner Pbb

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 423 hits
DOA SYUKUR UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PEMERINTAH VANUATU DAN KOMISARIS TINGGI HAM PBB Port Numbay West Papua 3 Februari 2019 kami rakyat West Papua menggelar Doa Bersama dalam rangka Syukuran dan ucapan Terima Kasih atas penyerahan Petisi R...
Jabatan Kehakiman A S Memulakan Pendakwaan Terhadap Huawei Atas Tuduhan Penipuan Bank Dan Mencuri Rahsia Teknologi

Jabatan Kehakiman A S Memulakan Pendakwaan Terhadap Huawei Atas Tuduhan Penipuan Bank Dan Mencuri Rahsia Teknologi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 301 hits
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat hari ini memulakan pendakwaan terhadap syarikat Huawei beberapa bulan selepas CFO mereka Meng Wanzhou ditahan di Kanada Sebanyak 23 pertuduhan dikenakan ke atas Huawei kerana mencuri rahsia teknologi milik...
Prk Semenyih Jadi Penanda Aras Sokongan Rakyat Terhadap Ph Khalid

Prk Semenyih Jadi Penanda Aras Sokongan Rakyat Terhadap Ph Khalid

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 463 hits
Khalid berkata PRK itu adalah pengukur sama ada ramalan firma penyelidikan Fitch Solution bahawa populariti PH akan merosot atau sebaliknya
Premium Tanah Bukti Ph Tamak Isham Jalil

Premium Tanah Bukti Ph Tamak Isham Jalil

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 277 hits
Wartawan Watan Online Peningkatan harga premium rumah yang melampau menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan hanya mementingkan diri dan tidak serius dalam menangani masalah pemilikan rumah yang dialami rakyat Presiden Sukarelawan Malaysia Dr I...
Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Tanda Bermulanya Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan

Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Tanda Bermulanya Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 370 hits
Sebagaimana yang diduga dan barangkali ramai juga yang mengharapkan perkara yang sama BN akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan menewaskan calon PH dan dua lagi calon BebasBagaimanapun apa yang mengejutkan ber...
Kubu Prabowo Nilai Gaya Jokowi Menyerang Takkan Berbuah Simpati Rakyat

Kubu Prabowo Nilai Gaya Jokowi Menyerang Takkan Berbuah Simpati Rakyat

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 208 hits
Ahmad Riza Patria menilai capres nomor urut 01 Joko Widodo tidak seharusnya tampil menyerang baik dalam debat ataupun kampanye Pilpres 2019 Sebab menurut Riza gaya menyerang itu tidak akan memicu simpati masyarakat
Kominfo Kenalkan Program Jkn Lewat Pertunjukan Rakyat

Kominfo Kenalkan Program Jkn Lewat Pertunjukan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 185 hits
Kementerian Komunikasi dan Informatika mengadakan dialog interaktif melalui pertunjukan rakyat di Desa Cangkol Kecamatan Mojolaban Kabupaten Sukoharjo Jawa Tengah Jumat Dialog mengambil tema Jaminan Kesehatan Nasional untuk Indonesia Sehat
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya