Penipuan Dalam Lazada Scam Tasbih Makin Berleluasa
Awas apabila anda membeli barangan di platform Lazada kerana terdapat scam terbaru di mana pembeli akan menerima tasbih sebagai ganti barang yang sepatutnya diterima dari penjual. Pada mulanya pelanggan akan menyangka bahawa penjual tersalah hantar barang. Namun sangkaan mereka meleset apabila penjual hanya mendiamkan diri dan enggan melayan mesej pelanggan. Malah akaun penjual juga hilang setelah dinyahaktifkan oleh Lazada yang menerima aduan ramai tentang penipuan itu.
Apa yang lebih malang ialah Lazada tidak dapat membantu pulangkan wang kepada semua mangsa yang kena tipu (hanya beberapa orang yang bernasib baik berjaya mendapat wang bayaran mereka semula), dan penjual yang tidak bertanggungjawab tersebut boleh kembali "berniaga" dalam platorm Lazada menggunakan akaun baru di atas nama lain. Jika diperhatikan, penjual berkemungkinan dari China berdasarkan jenis tasbih yang dihantar serta nama dan alamat perniagaan yang digunakan dalam akaun peniaga. Sehingga sekarang Lazada masih tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang peniaga China yang tak amanah menipu pelanggan dalam platform mereka
Pelanggan dari Filipina dalam gambar bawah juga telah ditipu oleh scammer dari China melalui platform Lazada Filipina
Rasanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus mengenakan tindakan undang-undang ke atas kecuaian platform perdagangan online seperti Lazada agar kegiatan scammer dari China tidak berleluasa demi melindungi hak pengguna Malaysia
KES-KES PENIPUAN SCAMMER TASBIH MELALUI LAZADA
29 JANUARI 2019
18 FEBRUARI 2019
21 FEBRUARI 2019
1 MAC 2019
5 MAC 2019
13 MAC 2019
20 MAC 2019
22 MAC 2019
1 APRIL 2019
2 APRIL 2019
3 APRIL 2019
PERKONGSIAN
Sedutan dari page Tanya Peguam Anda di Facebook:
"Ditipu menggunakan platform LAZADA.
Semalam berkali-kali mama saya telefon kerana penghantaran 'walker' untuk anak saya sudah sampai tapi yang sampai bukannya walker tetapi tasbih yang dibungkus dalam kotak kecil. Kecewa dia.
Waktu dia buat bayaran dan tempahan di Lazada, dia ada hubungi saya. Katanya, Lazada ada buat jualan diskaun. Memanglah biasa Lazada buat begitu, jadi saya tidak tolong semak.
Minggu lepas pun sama juga, hari jumaat. Staff di firma saya, dia buat pembelian almari baby dengan harga hanya RM50.00 tetapi yang sampai tasbih. Kurang asam betul.
Jadi tolong hati-hati. Saya pun tidak faham kenapa ada ketirisan dari pihak Lazada untuk membuat penapisan peniaga dalam pasaran digitalnya itu. Bukankah sepatutnya Lazada perlu buat semakan terhadap status pendaftaran syarikat. Dulu saya sangkakan tak mungkinlah ada geng penipu yang boleh guna platform ini. Ada juga. Cis!
Saya buat semakan staff dan mama saya ditipu oleh peniaga atau 'store' yang sama iaitu Jiayou dari China. Bila saya semak senarai barangan yang dijual oleh store Jiayou ini, rata-rata harga hampir sama. Semuanya lingkungan RM48-RM51 untuk setiap jenis barangan, tidak kiralah baby stroller atau baby walker atau apa sahaja. Harganya memang tidak munasabah tetapi sebab minggu BDay oleh Lazada maka ada kemungkinan boleh terjadi, oleh itu ramai mangsa terkena.
Saya buat kira-kira kalau seorang dia berjaya tipu RM50. Kalau sehari ada seribu pembeli, nilai pulangan penipuan RM50,000. Seminggu RM350,000. Hati-hati, memang nilai penipuan terhadap individu nampak kecil.
Jadi bagi kita yang hendak beli di Lazada, Shopee atau apa sahaja pasaraya online. Sila semak dulu rating store, testimoni pembeli atau apa-apa sahaja informasi seperti saya bulatkan dalam gambar. Kalau harga terlalu murah untuk barangan yang kita rasakan tak munasabah, contohnya stroller harga RM50.00 dan store pula lansung tidak ada rating atau testimoni, hati-hati!
Saya akan buat email aduan hari ini supaya ramai lagi tak terkena.
Tadi pagi adik saya hubungi Lazada, Lazada kata mereka tidak boleh refund yang boleh refund hanyalah syarikat itu. Tambah pula Lazada beritahu mereka telah deactive store Jiayou ini kerana banyak aduan. Setakat semalam saya semak, masih ada iklan-iklan syarikat Jiayou.
Dikongsikan oleh Nor Zabetha."
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yunfila.com/2019/04/penipuan-dalam-lazada-scam-tasbih-makin.html