Penipuan Besar Dalam Pemilihan Pkr Kini Di Persimpangan Sumber



(Malaysiakini) – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kini berada di persimpangan dilema menjelang kongres kebangsaan parti itu yang dijadualkan pada 15 Julai ini.
Ini selepas sebuah syarikat pakar membuat audit forensik mendapati berlakunya penipuan besar-besaran dalam pemilihan parti itu yang diadakan pada Mei lalu.
Perkara itu disahkan oleh pelbagai sumber dalam parti kepada Malaysiakini baru-baru ini.
Menurut sumber, terdapat empat isu utama dibentangkan pakar audit forensik kepada MPP dalam dua mesyuarat berasingan masing-masing pada 9 Jun dan 20 Jun.
“Menggunakan tab haram, mengundi selepas waktu pengundian tamat, mengundi berpuluh kali menggunakan Mykad yang sama, mengundi secara besar-besaran dalam satu-satunya masa merupakan antara empat perkara disimpulkan sebagai ‘digital discrepancies’ oleh syarikat itu.
“MPP kini berada di persimpangan jalan. Mereka perlu membuat keputusan dan langkah seterus parti berhubung penemuan menerusi audit forensik ini,” kata satu sumber yang menghadiri kedua-dua mesyuarat tersebut kepada Malaysiakini.
Untuk rekod, MPP sebelum ini bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengenai keperluan melakukan audit forensik ke atas keputusan tidak rasmi pemilihan parti.
Pemilihan PKR kali ini diadakan secara hybrid iaitu gabungan pengundian atas talian (PAT) dan pengundian secara fizikal. JPP menerima lebih 1,800 aduan ekoran pengumuman keputusan tidak rasmi pada 30 Mei lalu.
Banyak aduan dibuat membabitkan dakwaan berlaku manipulasi khususnya ketika pengundian secara fizikal.
Susulan itu, JPP melantik Alliance IFA Sdn Bhd, sebuah syarikat pakar audit digital untuk membuat audit forensik ke atas 4,000 tab yang digunakan untuk pemilihan secara fizikal.
PKR ada tiga pilihan
Sementara itu, sumber itu memberitahu MPP kini mempunyai tiga pilihan berhubung penemuan penipuan besar-besaran dalam pemilihan parti.
“Yang pertama, “mengetepikan” penemuan audit forensik dan mengekalkan keputusan tidak rasmi. Ini selepas mengambil kira masa depan lebih-lebih pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat.
“Kedua, membatalkan keputusan pemilihan dan mengekalkan ahli jawatankuasa penggal 2018 sebelum mengadakan pemilihan semula selepas PRU. Ada pihak berpandangan pilihan kedua itu tepat iaitu membatalkan keputusan selaras dengan pendirian parti bahawa keadilan bagi semua dan telus dalam semua perkara.
“Yang ketiga, menolak semua undi yang dikenal pasti menerusi penipuan dan mengumumkan keputusan terakhir hanya berdasarkan undi yang ‘bersih’.
“Ahli MPP berpandangan bahawa pilihan ketiga paling selamat bagi semua pihak,” katanya.
Namun, sumber itu memberitahu pilihan ketiga mungkin tertakluk kepada campur tangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“Sebagai contoh, pada 2013 ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) setelah mendapati ada cawangan tidak wujud mengundi dalam pemilihan.
“Walaupun jumlah undi daripada cawangan tidak wujud itu sangat kecil, dan tidak mengubah keputusan pemilihan CEC, ROS bertegas untuk mengadakan pemilihan semula.
“Bagi pemilihan PKR kali ini, jurang penipuan undi agak tinggi. Lebih penting terdapat 40 laporan kepada ROS berhubung pemilihan PKR kali ini.
“Jadi kita perlu lihat apakah keputusan MPP yang kebiasaannya mengadakan mesyuarat khas sebelum kongres kebangsaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, satu lagi sumber tertinggi parti memberitahu Malaysiakini bahawa JPP akan mengumumkan keputusan terakhir pemilihan parti bermula 2 Julai Sabtu ini (esok).
“Semalam, syarikat audit itu telah memberikan taklimat kepada JPP. Dan JPP menerima sepenuhnya penemuan dan hasil audit forensik.
“Maka JPP akan memaparkan keputusan akhir di laman sesawang www.pemilihankeadilan2022.com.
“Keputusan akhir itu hanya berdasarkan undi ‘bersih’ sahaja,” tambah sumber itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/02/penipuan-besar-dalam-pemilihan-pkr-kini-di-persimpangan-sumber/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumber Pmo Pru Pada November Ini Jika Tiada Banjir Besar

Sumber Pmo Pru Pada November Ini Jika Tiada Banjir Besar

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 265 hits
Malaysiakini Pilihan raya umum ke 15 mungkin diadakan pada November tahun ini Bagaimanapun jika terdapat banjir besar seperti kebiasaan di Pantai Timur sebelum sebelum ini Mac tahun depan menjadi pilihan kedua Perkara itu didedahkan oleh du...
Pemilihan Pkr Waaa Ramainya Yang Kalah

Pemilihan Pkr Waaa Ramainya Yang Kalah

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 299 hits
Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat pada Isnin mengumumkan senarai rasmi barisan kepimpinan baharu parti itu Keputusan yang dimuat naik melalui lawan web rasmi Pemilihan Keadilan 2022 itu menyaksikan Menteri Besar Selangor Da...
Keputusan Rasmi Jawatan Pemilihan Pkr Minggu Ini

Keputusan Rasmi Jawatan Pemilihan Pkr Minggu Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 293 hits
Keputusan rasmi jawatan Pemilihan PKR minggu iniPosted By on June 29 2022Keputusan rasmi Pemilihan KEADILAN 2022 akan diumumkan dalam masa terdekat setelah proses meneliti aduan calon calon yang bertanding selesai dilaksanakan Menurut Penge...
Koleksi Pakaian Sukan Jenama Innercasual Kini Di Aeon

Koleksi Pakaian Sukan Jenama Innercasual Kini Di Aeon

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 292 hits
Akhirnya AEON telah mengumumkan jenama Innercasual merupakan pakaian sukan berkualiti tinggi menggunakan teknologi fabrik Jepun yang selesa untuk dipakai ketika bersukan Dengan memperkenalkan tiga gaya berbeza iC mempertaruhkan kualiti yang...
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka Di Kl East Mall

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka Di Kl East Mall

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 425 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang dan istimewa untuk semua peminat peminat Neelofa yang Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall dah tau Kak Sue pun teruja sangat bila diberi peluang untuk hadir k...
Saya Sudah Penat Kini Saya Reda Saja Kata Syamsul Yusof

Saya Sudah Penat Kini Saya Reda Saja Kata Syamsul Yusof

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 249 hits
Pengarah filem berkaliber Syamsul Yusof mengakui dia sentiasa takut dengan setiap kejayaan dikecapinya dan selalu berharap apa yang Allah berikan itu dirahmati dan berkat Syamsul 38 ditemui berkata dia tahu mengenai Istidraj yang diper
Rentasan 1161 Panas Kini Hadi Awang Menteri Pas Dihina Umno

Rentasan 1161 Panas Kini Hadi Awang Menteri Pas Dihina Umno

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 256 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11611 MENTERI PAS CAP AYAM KATA UMNO 2 PERPADUAN UMMAH ATAU PEREBUTAN GHANIMAH 3 APA KOS TERSIRAT KENAIKAN INFLASI
Sambutan Baik Pada Musim 1 Work Later Drink Now Mula Penggambaran Musim Ke 2 Kini

Sambutan Baik Pada Musim 1 Work Later Drink Now Mula Penggambaran Musim Ke 2 Kini

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 227 hits
Korang layan tak musim pertama drama Work Later Drink Now Sebelum ini TVING telah mengesahkan bahawa Work Later Drink Now akan menemui penonton dalam musim kedua dengan empat watak utama yang sama seperti musim pertama Pada 7 Julai Work Lat...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville