Peniaga Rugi Rm40 000 Perhiasan Batu Permata Dilarikan Lelaki Menyamar Polis


KUANTAN, 29 Ogos — Seorang peniaga batu pertama di Pekan dekat sini, mendakwa kerugian RM40,000 selepas tujuh perhiasan wanita di kedainya dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 47 tahun mendakwa suspek yang dianggarkan berumur sekitar 45 tahun dan berpakaian t-shirt biru putih datang ke kedainya di bandar Pekan sekitar 2.10 petang.
Suspek didakwa memperkenalkan diri sebagai ‘Din’ kepada suami mangsa dan memberitahu perlu membeli perhiasan berbatu permata untuk dihadiahkan kepada Ketua Polis Daerah dan seorang pegawai dari Bukit Aman.
“Suspek mengatakan perhiasan itu adalah bersempena Hari Kebangsaan dan kenaikan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah sebelum melihat dan memilih perhiasan yang dikehendaki.
“Suspek kemudiannya membawa keluar perhiasan itu dengan alasan perlu menunjukkan perhiasan itu kepada pegawai atasan dan meninggalkan sampul surat yang agak tebal kepada mangsa dikatakan berisi wang tunai RM50,000,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata antara perhiasan diambil suspek ialah set permata nilam yang diikat dengan emas putih, sepasang subang diperbuat daripada batu delima, nilam dan zamrud, gelang daripada permata nilam diikat dengan emas putih dan empat bentuk cincin delima dan nilam yang dicampur berlian.
Suspek juga telah memberi arahan kepada mangsa untuk tidak membuka sampul surat itu sehingga dimaklumkan, namun mangsa melanggar arahan itu selepas berasa curiga kerana suspek tidak kembali ke kedai dalam tempoh masa yang lama.
“Mangsa mendakwa sampul surat itu hanya berisi kertas kosong menyebabkan dia berasa ditipu oleh suspek,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/29/peniaga-rugi-rm40000-perhiasan-batu-permata-dilarikan-lelaki-menyamar-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Rugi Rm 67 000 Ditipu Polis Palsu

Warga Emas Rugi Rm 67 000 Ditipu Polis Palsu

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 348 hits
Kuantan 25 Ogos Seorang pesara syarikat penghantaran mendakwa kerugian RM67 000 selepas termakan helah pegawai polis palsu yang kononnya menjalankan siasatan terhadapnya bagi kesalahan judi dan wang haram Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kome...
Boleh Tuntut Ganti Rugi Ini Caranya Kalau Cermin Kereta Anda Pecah Kena Batu Orang Mesin Rumput

Boleh Tuntut Ganti Rugi Ini Caranya Kalau Cermin Kereta Anda Pecah Kena Batu Orang Mesin Rumput

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 438 hits
Boleh Tuntut Ganti Rugi Ini Caranya Kalau Cermin Kereta Anda Pecah Kena Batu Orang Mesin Rumput Tidak ramai yang mahu bekerja sebagai tukang potong rumput kerana berpendapat ia adalah kerja yang tiada class Namun ketahuilah ia adalah satu t...
Menyamar Sebagai Anggota Polis Dan Memeras Ugut Empat Lelaki Ditahan

Menyamar Sebagai Anggota Polis Dan Memeras Ugut Empat Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 527 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
5 Lelaki Baling Batu Ditahan Polis

5 Lelaki Baling Batu Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 433 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Polis Siasat Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Di Batu Pahat

Polis Siasat Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Di Batu Pahat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 501 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bertumbuk Dalam Balai Polis Tiga Lelaki Ditahan

Bertumbuk Dalam Balai Polis Tiga Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 610 hits
Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki Pakistan bertumbuk dalam balai polis Komuniti Putra Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR 1 Sept Tiga lelaki termasuk seorang warga asing bertumbuk dalam balai polis Komuniti Putra di Jalan Datuk Eusoff di ...
Bekas Suami A Aida Dibebaskan Pihak Polis

Bekas Suami A Aida Dibebaskan Pihak Polis

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 647 hits
Bekas suami A Aida yang juga seorang pelakon Ariff Aziz telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberikan kerjasama berhubung siasatan kes kehilangan wang The post appeared first on
Paria Ahli Pkr Kapar Buat Laporan Polis Terhadap Tun M

Paria Ahli Pkr Kapar Buat Laporan Polis Terhadap Tun M

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 507 hits
Beberapa ahli PKR Kapar membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana menggunakan perkataan paria ketika mengulas isu Lynas Corporation Dalam laporan V Maneyvannan di Balai Polis Sungai Kapar yang dilihat FMT beliau membidas per...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu