Peniaga Online Sombong
Saya seorang penjual online. Biasalah pembeli akan terlebih dahulu bertanya mengenai produk. Jadi, kenalah kita jawab itu dan ini mengenai produk itu. Kadang-kadang kana jawab pada waktu lewat malam. Bukan apa, ramai pembeli sebenarnya nak cepat tahu mengenai sesuai produk yang ingin dibeli. Kalau kita tidak jawab, mereka akan bertanya pula dengan penjual online lain. Kira siapa cepat dia dapat.
Namun, kadang-kadang ada bakal pembeli yang bertanya itu dan ini, bila sudah diberi penjelasan atau dijawab, terus senyap. Kadang-kadang kita tahu dia membeli dengan penjual lain pula.
Pada saya, itu bukan rezeki saya. Tidak perlu marah kepada pembeli itu. Anggap lah penjelasan kita itu sebagai sedekah ilmu atau malumat. Mungkin dia tidak membeli pada masa itu, tetapi akan membeli pada masa lain. Atau, mungkin Allah akan hantar orang lain membeli produk itu.
Jadi, jangan marah dan naik angin. Mungkin juga pembeli itu sebenarnya baru mencari maklumat mengenai produk, terutama mengenai harga. Ini bagi memudahkan dia membuat pilihan dan mungkin juga untuk membuat bajet ingin membelinya pada masa akan datang. Dan insya-Allah dia akan datang membuat tempahan dengan kita.
Selain itu, diingatkan kepada penjual online jangan mudah kecewa dan jangan pula sombong dengan bakal pembeli. Ada penjual online yang bukan sahaja marah-marah, tetapi juga blok pembeli tertentu. Janganlah sombong sangat sehingga hendak blok pembeli. Itu samalah dengan menolak rezeki.
Pembeli sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk membeli secara atas talian. Mereka tidak perlu bergerak ke sana ke sini, tetapi cukup sekadar memilih pautan atau platfom jualan atas talian yang banyak terdapat sekarang.
Jom jadi peniaga atas talian mesra pelanggan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/01/krn.html