Pengusaha Nasi Kandar P Pinang Dalam Dilema


Malinda Abdul Malik Orang ramai beratur dibawah matahari terik bagi menikmati makanandi Restoran Hameediyah Lebuh Campbell di sini, hari ini. GEORGE TOWN – Masalah kekangan pekerja yang dihadapi pengusaha restoran nasi kandar di Pulau Pinang pada masa ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka berdepan dilema kerana sukar memantau prosedur operasi standard (SOP) pelanggan.
Rata-rata pengusaha itu mendakwa kekangan pekerja itu berlaku akibat kebanyakan pekerja warga asing pulang ke negara asal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain lebihan pekerja diperlukan untuk memastikan SOP yang ditetapkan kerajaan dipatuhi pelanggan yang kunjung ke premis mereka.
Jurucakap pengusaha restoran nasi kandar di Pulau Pinang, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, masalah kekurangan pekerja itu membelenggu kebanyakan pemilik nasi kandar dalam memastikan pengunjung luar Pulau Pinang mendapatkan perkhidmatan terbaik ketika mengunjungi premis mereka.
Mohamed Rizwan.Katanya, susulan kebenaran rentas negeri, restoran nasi kandar di negeri ini turut menjadi tumpuan pengunjung menyebabkan pekerja premis tidak menang tangan.
Mohamed Rizwan berkata, pada masa ini dianggarkan hanya terdapat 20,000 pekerja berbanding 40,000 pekerja di restoran nasi kandar di Pulau Pinang sebelum pandemik Covid-19.
“Susulan pengumuman rentas negeri memberikan nafas baharu buat pengusaha makanan di negeri ini susulan mengalami kerugian ketika PKP, namun dalam masa sama ia menyebabkan pengusaha berdepan kesukaran memastikan pelanggan memastikan SOP ditetapkan kerajaan.
“Sekurang-kurangnya empat pekerja diperlukan bagi memantau SOP sebelum masuk dan ketika berada dalam premis malah pada masa yang sama pekerja itu juga perlu melayan serta mengambil pesanan pelanggan.
“Kekangan ini menimbulkan kegusaran kepada pengusaha sekali gus memberi kesan terhadap perkhidmatan selama ini,” katanya kepada media ketika ditemui Lebuh Campbell, di sini, hari ini.
Pemilik Hameediyah Seeni Pakir (kiri) berbual dengan pelanggan di hadapan premisnya.Mengulas lanjut Mohamed Rizwan berkata, masih terdapat segelintir pengusaha restoran nasi kandar di negeri ini yang tidak memberi perkhidmatan ‘dine-in’ berikutan masalah kekurangan pekerja dan sukar mengawal SOP pelanggan.
Tambahnya, pengusaha restoran nasi kandar sudah membuka peluang kerja kepada warga tempatan, tetapi tiada warga tempatan berminat untuk menjadi pembantu restoran premis nasi kandar.
“Bukan kami tidak mahu menggajikan warga tempatan, malah gaji minimum diberikan berjumlah RM1,800 tetapi tiada yang berminat.
“Ini menyebabkan kami terpaksa menggajikan pekerja asing tetapi kerajaan belum memberi kebenaran untuk mengambil pekerja asing buat pekhidmatan makanan ketika ini.
“Sehubungan itu, kami mohon kepada kerajaan supaya membenarkan semula pengambilan warga asing menerusi sektor perkhidmatan ini bagi mengatasi masalah berkenaan,” ujar Mohamed Rizwan.
Sementara itu pemilik generasi ketujuh Restoran Hameediyah Lebuh Campbell, Ahamed Seeni Pakir Abdul Sukkoor, 66, berkata, sejak 11 Oktober lalu, restorannya dianggar menerima antara 800 hingga 1,000 pelanggan sehari berbanding kira-kira 300 orang sebelum rentas negeri dibenarkan.
Seeni Pakir.“Kini premis ini hanya mempunyai 20 pekerja yang mana 30 lagi terdiri daripada warga asing sudah dihantar pulang ke negara masing-masing berikutan pandemik Covid-19.
“Bukan sahaja menyebabkan pelanggan perlu tunggu lama tetapi hendak pantau pergerakan dan SOP pelanggan juga tidak sempat kerana kekurangan pekerja,” katanya lagi.
Menurut Seeni Pakir, pihaknya juga akan membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memberi kelonggaran bagi memasang khemah di kaki sebagai tempat berteduh kepada pelanggan yang beratur.
“Setakat ini, kami sediakan payung kepada pelanggan kerana kasihan melihat mereka menunggu dalam keadaan panas terik dan adakalanya hujan,” ujarnya.
Mengulas mengenai dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan pekerja mengimbas kod MySejahtera, Ahamed Seeni Pakir berkata, pekerja tersebut baru pulang dari solat Jumaat dan pelanggan sudah mula membanjiri kawasan premis menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut sehingga dia terlupa mengimbas.
“Kami terima denda berkenaan dan kompaun itu akan dijelaskan hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/pengusaha-nasi-kandar-ppinang-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Kandar Industri Mula Terancam Kerana Tiada Pekerja

Nasi Kandar Industri Mula Terancam Kerana Tiada Pekerja

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 365 hits
Perniagaan hampir 200 pengusaha restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang berdepan masalah untuk terus bertahan berikutan kehilangan hampir separuh pekerja khususnya perkerja warga asing Walaupun kerajaan sudah membenarkan kebenaran rentas neger...
Restoran Nasi Kandar Sukar Dapat Pekerja Warga Tempatan

Restoran Nasi Kandar Sukar Dapat Pekerja Warga Tempatan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 244 hits
Rakyat tempatan tidak berminat bekerja di restoran nasi kandar menyebabkan berlaku kekurangan pekerja di kedai makan tersebut di seluruh negara Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Datuk Jawahar Ali Taib Khan pihaknya sudah ...
Hiburan Burger Kfc P Ramlee Dengan Gabungan Kari Kandar Sekali Makan Terus Rasa Nak Menyanyi

Hiburan Burger Kfc P Ramlee Dengan Gabungan Kari Kandar Sekali Makan Terus Rasa Nak Menyanyi

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 482 hits
Nak makan burger yang lain daripada yang lain tapi masih mengekalkan citarasa Malaysia Tak perlu susah susah nak cari kat internet Anda boleh pergi terus ke cawangan KFC berdekatan hari ni Untuk pengetahuan anda KFC baru saja memperkenalkan...
Bajet Dibentang Tengku Zafrul Abai Mou Ph Ismail Bidas Tkm P Pinang

Bajet Dibentang Tengku Zafrul Abai Mou Ph Ismail Bidas Tkm P Pinang

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 251 hits
PETALING JAYA Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak mencerminkan langkah ke arah transformasi dan kestabilan yang dikehendaki memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Isma...
Pulau Pinang Tak Payah Menyibuk Urusan Kedah

Pulau Pinang Tak Payah Menyibuk Urusan Kedah

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 231 hits
ALOR SETAR Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow tidak perlu campur tangan terhadap tuntutan Kedah bagi mendapatkan royalti pajakan Pulau Pinang berjumlah RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md ...
Mayat Mangsa Jatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditemui Terapung

Mayat Mangsa Jatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditemui Terapung

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 271 hits
Mayat lelaki berusia 20 tahun ditemui di bawah Jambatan Kedua Pulau Pinang kira kira pukul 1 30 tengah hari tadi GEORGE TOWN Lelaki yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua...
Disangka Nelayan Polis Selamatkan 3 Beranak Jadi Gelandangan Bawah Jambatan Pulau Pinang

Disangka Nelayan Polis Selamatkan 3 Beranak Jadi Gelandangan Bawah Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 251 hits
Di kala kita mengeluh dan merungut tentang hidup dan masalah kita ingatlah ada yang lebih susah daripada kita Kata kata tersebut sangat tepat mengambarkan kehidupan sekeluarga 3 beranak ini Menurut laporan Harian Metro anggota polis yang me...
Nasi Goreng Ayam Simple

Nasi Goreng Ayam Simple

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 284 hits
Nasi Goreng Ayam Simple Memang simple tetapi sedap rasanya Kalau tidak takkan nasi 2 pot saya masak pun habis langsai untuk sarapan pagi kita orang Sedap lah tu Kalau kata tak sedap alamat tak berasap lah dapur lepas ni Betul tak ibu ibu se...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm