Pengusaha Bimbang Lambakan Durian Akibat Total Lockdown


Malinda Abdul Malik Hamzah menjual durian dari hasil kebunnya di Air Putih, Balik Pulau, Pulau Pinang. BALIK PULAU – Setiap kali tiba musim durian, sudah pasti rata-rata penggemarnya akan mengunjungi Balik Pulau untuk menikmati keenakan ‘Raja Buah’ itu segar dari dusun.
Namun, bagi pengusaha durian situasi musim kali ini pasti agak berbeza berbanding tahun lepas apabila kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bermula hari ini.
Selain kekurangan pelanggan, kebanyakan pemilik dusun serta peniaga durian kini bimbang harga raja buah itu menurun mendadak memandangkan dua minggu lagi durian akan luruh sepenuhnya.
Hamzah.Menurut pemilik kebun dan penjual buah durian, Hamzah Ahmad,65, walaupun sudah melalui pengalaman menjual durian ketika perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu situasi tahun ini agak berbeza kerana SPP ini menyekat pergerakan peniaga dan pembeli.
Jelasnya, pergerakan dalam radius 10 kilometer menyebabkan tidak ramai penggemar durian boleh membelinya terus dari Balik Pulau kerana kedudukannya jauh dari penduduk di pusat bandar.
“Sebagai peniaga saya memang berterima kasih pada kerajaan benarkan peniaga beroperasi namun kekurangan pelanggan di sebalik kedudukan kami di atas bukit ini menyebabkan diri saya dibelenggu isu lambakan buah.
“Memang sekarang buah tak banyak sebab baru mula musim tetapi dalam tempoh dua minggu lagi sudah pasti lambakan buah dan jika pergerakan terhad dikekalkan semestinya saya terpaksa menanggung kerugian.
“Selalunya satu musim saya boleh jual tiga tan durian hasil dari dusun sendiri serta kawan-kawan tapi kali ini saya tidak mengambil hasil rakan kerana bimbang berisiko buah tidak terjual,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Jalan Air Putih, Balik Pulau hari ini.
Tambah Hamzah, penjualan durian buat penduduk setempat di Balik Pulau kurang sambutan memandangkan rata-rata penduduk kawasan itu memiliki kebun serta dusun sendiri.
Pergerakan terhad 10KM menyebabkan peniaga bimbang lambakan buah durian.Sementara itu, pengusaha DurianKaki di Jalan Paya Terubong, Wei Tan berkata, dahulu gerainya dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat termasuk dalam dan luar negara untuk menikmati raja buah itu, namun sekarang bukan saja penjualan merosot akibat tiada pelanggan malah harga durian turut dijangka menurun.
Jelasnya, penjualan durian kini bermula dari harga serendah RM18 hingga RM90 mengikut jenis tetapi para peniaga ada berdepan penurunan harga mendadak dua minggu akan datang apabila lambakan buah.
“Memang peniaga kini mempunyai kaedah tersendiri bagi memasarkan durian termasuk penjualan secara online tapi semua itu tidak meraih hasil seperti kehadiran pelanggan di gerai.
Wei Tan memastikan gerainya mengikut SOP ditetapkan kerajaan bagi memudahkan pelanggan membeli durian.“Lebih menyedihkan kami sudah lengkapkan persediaan menerima pelanggan mengikut SOP ditetapkan sebelum ini, namun penggumuman total lockdown menyebabkan penjualan berlangsung sepenuhnya secara online saja.
“Apa yang kami mampu lakukan kini pergiatkan promosi jualan durian melalui semua media sosial untuk memastikan hasil musim kali ini terjual,” katanya.
Wei Tan menunjukkan laman web penjualan durian di gerainya di Jalan Paya Terubong di sini.Tambah Wei Tan, orang ramai boleh menempah durian menerusi laman web www.duriankaki.com untuk penghantaran terus ke rumah.
“Selain itu, saya juga membuat penjualan durian sejuk beku bagi penggemar durian di Kuala Lumpur dan Johor,” ujarnya.
Bagi pemilik kebun di Batu Uban, Lean Jian Yang, 29, berkata, penjualan durian pada musim PKP tahun lalu merosot 50 peratus dan mereka kini bimbang situasi lebih buruk menimpa peraih raja durian musim ini.
Jian Yang.Memiliki  dusun durian seluas lapan ekar, Jian Yang memberitahu penjualan online tidak serancak kehadiran pelanggan di gerai.
“Jika di gerai, orang makan tak cukup boleh tambah lagi ini kalau sudah bawa pulang tak semua pelanggan sanggup datang semula semata-mata untuk membeli durian.
“Selain itu, pelanggan tidak percaya durian yang dihantar sama seperti yang dipilih antara cabaran berniaga secara online.
“Harapan kami ketika ini pergerakan lebih 10 km dibenarkan selepas 14 Jun agar kami tidak dibebani dengan lambakan buah sekali gus hilang mata pencarian secara bermusim ini,” kata Jian Yang. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/pengusaha-bimbang-lambakan-durian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Mtuc Calls For Total Lockdown Urgent Vaccination Of Workers

Sarawak Mtuc Calls For Total Lockdown Urgent Vaccination Of Workers

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 266 hits
The Sarawak Malaysian Trade Union Council and Sarawak Bank Employees Union have called on the state government to enforce a total lockdown amid rising Covid 19 infections Sarawak MTUC secretary Andrew Lo who is also Sarawak Bank Employees U...
Hiburan Catriona Ross Marah Ada Rakyat Pulang Ke Kampung Sebelum Total Lockdown

Hiburan Catriona Ross Marah Ada Rakyat Pulang Ke Kampung Sebelum Total Lockdown

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 282 hits
Pelakon Catriona Ross luah rasa tak puas hati dan marah kepada segelintir rakyat Malaysia di Instagram yang masih berdegil untuk pulang ke kampung selepas kerajaan membuat pengumuman total lockdown bermula 1 Jun Catriona tegas berkata tinda...
Ini Sop Total Lockdown Fasa 1 Yang Patut Anda Tahu

Ini Sop Total Lockdown Fasa 1 Yang Patut Anda Tahu

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 454 hits
Umum mengetahui Perdana Menteri pada jumaat lalu telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan Sehubungan itu semua aktiv...
Perkara Boleh Dan Tidak Boleh Semasa Total Lockdown 1 June 2021

Perkara Boleh Dan Tidak Boleh Semasa Total Lockdown 1 June 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 328 hits
Total Lockdown pada 1 June 2021 bagi saya sama seperti PKP 1 0 yang telah kita semua lalui pada 18 Mac 2020 Cuma kali ini beberapa perubahan besar seperti perkhidmatan penjajaan peniaga kecil di buka sepenuhnya Semua peniaga jalanan dibenar...
Malaysia Total Lockdown

Malaysia Total Lockdown

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 320 hits
1 June 2021Allahhuakbar segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam Tuhan yang maha pengasih dan penyayang kami mohon perlindunganMu dari segala bencana dan wabak ini perkongsian dari fb kak rose tepek kat sini buat peringatan diri sendiri t...
Senarai Aktiviti Ekonomi Dibuka Ketika Total Lockdown

Senarai Aktiviti Ekonomi Dibuka Ketika Total Lockdown

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh KOSMO Hanya sebanyak 17 perkhidmatan yang dibenarkan untuk meneruskan operasi dengan mematuhi SOP ditetapkan sepanjang penguatkuasaan tempoh lockdown bermula Selasa ini Gambar hiasanPETALING JAYA Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pe...
Essential Services List What Businesses Can Open During Total Lockdown

Essential Services List What Businesses Can Open During Total Lockdown

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 306 hits
Defence Minister Ismail Sabri Yaakob today announced all economic and social sectors except those on the essential service list will not be allowed to operate under the total lockdown that will come into force next Tuesday They include offi...
Total Lockdown Sop What You Need To Know

Total Lockdown Sop What You Need To Know

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 309 hits
Defence Minister Ismail Sabri Yaakob today outlined the standard operating procedures for the total lockdown that will come into force next Tuesday which mostly resemble what was enforced during the first movement control order in March las...
Masa Ada Jawatan Pun Tak Leh Harap

Road Tested Open Face Helmets From Biltwell Holyfreedom And Hedon

Kenyalang Gold Card Permohonan Manfaat Untuk Warga Emas

Amira Othman Bila Nak Nikah Chord

Mahalini Mencintaimu Chord

Najib S Addendum Sent Back To Istana After Change Of Agong Says Pm

Letupan Misteri Di Seri Kembangan Polis Tak Terima Laporan

Healthcare Inflation In Malaysia Are We Paying Too Much


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips For Playing Slot Thailand With Low Deposits To Withdraw Millions

Unlock Your Child S Digital Learning Superpowers With Delima

Amalan Doa Nisfu Syaaban

Lucy M Kedap Seput Ku Chord

Pm Doubles Football Development Allocation To Rm30mil

Anwar To Visit Uk After Uae Set To Meet British Pm Keir Starmer