Pengundi Tidak Lagi Mahukan Mahathir




Dalam bahasa yang paling mudah, kemenangan bergaya BN di Tanjung Piai adalah disebabkan “pengundi Melayu undi calon Cina dan pengundi Cina pun undi calon Cina”.Bermakna, pilihan pengundi kali ini terkeluar sama sekali daripada faktor kaum, walaupun dalam beberapa keadaan, isu perkauman cuba dimainkan.Dalam konteks sokongan pengundi Melayu kepada calon BN, Wee Jeck Seng, ia bukanlah sangat disebabkan adanya Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas sekarang ini.Muafakat Nasional hanyalah faktor sampingan yang memperkukuhkan lagi sokongan pengundi Melayu kepada BN.Berdasarkan pola pengundian PRU14, pengundi Melayu memang sentiasa bersama UMNO dan BN.Sebab itu, dalam PRU14 lalu, PH hanya menang dengan 524 undi saja di Tanjung Piai di mana faktor utama kemenangan ketika itu adalah disebabkan sokongan kuat daripada pengundi Cina.Adanya Muafakat Nasional sekadar memberi keselesaan saja kepada BN dalam berhadapan dengan PH kali ini.Bagi sokongan pengundi Cina kepada BN pula, ia bagaimanapun bukanlah disebabkan calon yang bertanding datang daripada kaum Cina.Malah, kalau DAP pun yang bertanding di Tanjung Piai berlawan dengan Wee Jeck Seng daripada MCA, DAP tetap akan kalah juga.Ini berikutan tindakan pengundi Cina yang dilaporkan meninggalkan PH atau tidak lagi menyokong gabungan itu lebih tinggi daripada pengundi Melayu dan disertai sokongan pengundi Melayu, tidak mungkin calon DAP dapat mencapai kemenangan.Ertinya, pengundi Cina benar-benar mahu memberi isyarat penting kepada PH dan kerajaan setelah mereka memberi sokongan yang padu dalam PRU14 yang lalu.Dalam hal ini, apakah sebenarnya yang menyebabkan pengundi Melayu dan Cina boleh bersatu hati mengundi calon Cina dan menolak calon Melayu?Bagi pengundi Melayu, penolakan mereka lebih disebabkan prestasi kerajaan yang tidak memuaskan serta janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan.Harapan mereka apabila PH menjadi kerajaan, tentulah lebih banyak kebaikan dan kelebihan yang dapat dirasakan sebagaimana yang terkandung dalam buku manifesto serta ucapan para pemimpinnya yang menjanjikan macam-macam ketika berkempen.Malangnya, selain banyak janji tidak ditunaikan dan reformasi tidak dilaksanakan, yang selalu kedengaran hanyalah kenyataan menteri-menteri yang tidak menyenangkan, menyakitkan hati serta lebih teruk daripada Ahmad Maslan.Sebab itu, sekarang ini Ahmad Maslan dilihat lebih cerdik kerana ada sesetengah menteri ternampak jauh lebih “bodoh” daripada beliau.Untuk pengundi Cina, kekecewaan mereka adalah berkaitan ekonomi dan perniagaan yang tidak berkembang dan terlalu perlahan.Sokongan pengundi Cina kepada pembangkang di Tanjung Piai sebenarnya adalah isyarat kekecewaan kaum itu daripada seluruh negara kepada PH.Di mana-mana, jika kita rajin berbual-bual dengan peniaga kaum Cina, rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan prestasi ekonomi negara sehingga perniagaan mereka terus merudum dan jatuh.Dalam konteks itu, mereka kecewa dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dilihat terlalu banyak bermain dan memikir soal politik berbanding memperkembangkan keadaan ekonomi negara.Berbanding peringkat awal di mana ramai yang gembira dengan perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, sebaliknya kini lebih ramai yang kecewa dan putus asa dengan prestasinya.Begitu juga dengan Tun Mahathir Mohamad, kaum Cina tidak lagi menyukainya seperti sebelum PRU14 lalu kerana setelah 18 bulan memegang kuasa, beliau dianggap telah gagal membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada perniagaan mereka.Mereka kini sedar Tun Mahathir bukan lagi seperti Perdana Menteri era BN dahulu kerana usia tua dan partinya yang minoriti telah menjadikannya lemah dan tidak berupaya.Bagi pengundi Cina, sudah sampai masanya untuk Tun Mahathir berundur untuk memberi peluang pula kepada Anwar Ibrahim memakmur dan memajukan negara ini.Kata mereka, Anwar yang pernah menjadi TPM dan pernah juga mengalami derita paling teruk dalam perjuangannya, selain kedudukan PKR yang majoriti dalam PH, adalah pemimpin yang lebih memahami kesusahan rakyat yang sebenar-benarnya.Tun Mahathir, kata mereka, walaupun pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dilaporkan memiliki kekayaan kira-kira RM32 juga, ada gaji bulanan sehingga RM70 ribu dan anak-anak yang semuanya kaya raya, tetapi masih lagi mengaku beliau tidak kaya sekarang ini.Ini bermakna, tambah mereka lagi, Perdana Menteri tidak faham apa-apa pun tentang kesusahan atau kekayaan rakyat bawahan. (ShahbudinHusin 17/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/pengundi-tidak-lagi-mahukan-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Mahathir The Journey Tak Pernah Dapat Pengesahan Keluarga Marina

Filem Mahathir The Journey Tak Pernah Dapat Pengesahan Keluarga Marina

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 351 hits
Baru baru ini satu sidang media dan pelancaran diadakan bagi mengumumkan mengenai penerbitan sebuah filem biopik Tun Dr Mahathir iaitu Mahathir The Journey yang akan memulakan pengambaran pada bulan Disember akan datang Kredit Foto Mehbaca ...
Umno Kedah Under Mukhriz Mahathir Received Rm15 Million 1mdb Money Court Told

Umno Kedah Under Mukhriz Mahathir Received Rm15 Million 1mdb Money Court Told

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 712 hits
The High Court here was told today that former prime minister Datuk Seri Najib Razak had between April 25 2012 and June 19 2013 issued six cheques to Umno Kedah that amounted to RM15 million a portion of which is alleged to be linked to 1Ma...
Video Mahathir Lupa Kenyataan Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang Dap

Video Mahathir Lupa Kenyataan Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang Dap

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 356 hits
Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Lim Kit Siang DAP dan seluruh ahli politik parti PH terpaksa telan air liur sendiri bila dengar pengakuan Dr Mahathir ini PH juga tentu mengharapkan rakyat sudah lupa dengan pelbagai kenyataan mereka sebelum ini m...
Voters Vow To Punish Mahathir S Pakatan Government In Johor By Election

Voters Vow To Punish Mahathir S Pakatan Government In Johor By Election

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 257 hits
PH finding it tough to get support 2018 PH got majority 64 Chinese voters 32 Malay This time in Tanjung Piai by election difficult for PH to retain seat2018 Bersatu won seat narrowlyWee Jeck Seng set to reconquer Tg PiaiChinese support wani...
My Family Would Rather Nobody Made Any Movies Pm S Daughter Says Of Newest Mahathir Film

My Family Would Rather Nobody Made Any Movies Pm S Daughter Says Of Newest Mahathir Film

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 407 hits
Provided by Business Insider IncDespite the numerous movies made about Malaysia s prominent PM Mahathir Mohamad the nonagenarian s family would rather none of them have ever been filmed his daughter Marina revealed on Twitter yesterday The ...
Kempen Prk Tanjung Piai Dihadiri Tun Mahathir

Kempen Prk Tanjung Piai Dihadiri Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 653 hits
PONTIAN Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai dengan mengadakan perjumpaan dengan semua 27 ketua Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan hari ini Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Be...
Hishammuddin Does Not Think Mahathir Interfered In Najib S Trial

Hishammuddin Does Not Think Mahathir Interfered In Najib S Trial

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 316 hits
Former Umno vice president Datuk Seri Hishammuddin Hussein believes that Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad did not interfere in the court case against former prime minister Datuk Seri Najib Abdul Razak He also pointed out that detracto...
Game Of Throne Anwar Ibrahim Dan Mahathir Bertanding Siapa Yang Boleh Tarik Lebih Ramai Crowd Di Tanjung Piai

Game Of Throne Anwar Ibrahim Dan Mahathir Bertanding Siapa Yang Boleh Tarik Lebih Ramai Crowd Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 491 hits
Anwar Ibrahim semakin kelam kabut untuk memastikan dia dapat menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang dijanjikan oleh Dr Mahathir Pelbagai usaha dan taktik telah digunakan Namun nampaknya Dr Mahathir yang memenangi semua p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti

Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China