Pengundi India Dun Semenyih Diminta Tidak Ulangi Kesilapan Kali Kedua
Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                              

Bekas  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan  sebahagian orang ramai yang hadir pada Majlis Pesta Ponggal bersama  Masyarakat India di DUN Semenyih anjuran IPF Bahagian Hulu Langat di  Taman Bangi Jaya, Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL 
SEMENYIH – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat  India supaya menggunakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri  (DUN) Semenyih 2 Mac ini untuk membetulkan kesilapan pada Pilihan Raya  Umum Ke-14 lalu.
 Bekas Perdana Menteri yang kini popular dengan hastag#BossKu itu mahu  masyarakat India bangkit semula menunjukkan kesetiaan mereka dengan  mengundi Barisan Nasional.
 “Percayalah bahawa kerajaan saya pimpin dahulu dan parti BN memang memberi perhatian berat kepada kaum india.
 “Walupun kita kalah PRU lalu, tapi kehadiran saya dan BN di sini di  bahagian Hulu Langat kali kedua menandakan bahawa kita (BN) tak akan  lupakan hubungan dengan kaum india seluruh negara yang akrab sejak  dahulu lagi.
 “Saya mahu kaum India sedar dan insaf bahawa sudah membuat silap pada  PRU 14 lalu dan masanya telah tiba untuk membetulkan kesilapan dalam  PRK DUN Semenyih kali ini,” katanya dalam ucapan di Perayaan Ponggal  bersama Masyarakat India 2019 anjuran IPF Bahagian Hulu Langat di sini.
 Menurutnya, sememangnya kemenangan itu tidak akan mengubah keputusan bermakna kerajaan PH kekal di peringkat Pusat. 

 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasak 
nasi manis  (Ponggal) pada Majlis Pesta Ponggal bersama Masyarakat 
India di DUN  Semenyih anjuran IPF Bahagian Hulu Langat
 di Taman Bangi Jaya, Semenyih,  Selangor. foto HAZROL ZAINAL
Tetapi, kata Ahli Parlimen Pekan itu, kejutan di Semenyih akan  menghantar mesej jelas bahawa pengundi-pengundi Semenyih tidak mahu lagi  ditipu atau diperdayakan dengan janji janji palsu PH.
 “Kalau dia janji dan tak tunaikan, bermakna itu bukan Pakatan Harapan, Tetapi Pakatan yang tidak boleh diharapkan.
 “Kalau anda kena tipu sekali, jangan membiarkan ditipu sekali  lagi…kalau kena tipu lagi, mana boleh, Jika dua kali kena tipu bermakna  memang kita kena tenguk kepala kita kenapa dua kali kena tipu.
 “Saya merayu kepada masyarakat kaum India, semoga membuat keputusan  terbaik tanpa kesilapan pada kali ini memikirkan masa depan anda supaya  terjamin,” tegasnya lagi.
 Beliau turut mengeluh rakyat di negara ini terpaksa mendapatkan  Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan  terpaksa mengisi lima sijil.
 Ia berbeza dengan seorang pemimpin yang boleh menjadi menteri dengan hanya sijil palsu.
 “Saya dapat tahu bahawa Bantuan Sara Hidup sudah dipotong pembayaran  kepada 4 juta orang sahaja berbanding zaman saya BN, seramai 7 juta,  malah sebelum menang janji 2,000 tetapi hanya RM1,200 sahaja.
 “Malah kalau nak dapatkan Bantuan Sara Hidup, kena isi lima sijil pula.
 “Kalau Menteri Persekutuan sijil palsu boleh jadi menteri tapi nak  dapat bantuan BR1M lima sijil kena isi,” katanya dalam ucapan di  Perayaan Ponggal Bersama Masyarakat India anjuran IPF Hulu Langat di  Taman Bangi Jaya di sini.
 Sehubungan itu, beliau mendesak masyarakat India supaya melakukan  perubahan di Semenyih, ada semak dan imbang di peringkat kerajaan negeri  Selangor.
 “Lepas menang di Cameron, jika kita menang besar di Semenyih, maka satu landskap politik akan berlaku kelak,” tegasnya.
 Beliau juga mahu parti komponen BN, MIC dan parti mesra BN, IPF  supaya mengeratkan kerjasama politiknya supaya mewakili suara dan  perjuangan masyarakat India dalam senario politik semasa.
 “Masa depan masyarakat India bergantung kepada keakraban dan  kerjasama erat MIC serta IPF dan saya harap IPF bersifat terbuka_,”  tegas beliau.- MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/pengundi-india-dun-semenyih-diminta.html