Pengumuman Pakej Bantuan Khas Oleh Perdana Menteri


Terer tak MY menaip sambil dengan pengumuman Pakej bantuan khas oleh YAB Perdana Menteri. Kat telinga sumbat earphone cucuk kat handphone, tangan menaip kat desktop. Yer... memang takde kerja cari kerja,.. Buat kenang kenangan kat blog. Tapi tak sempat salin semua. Nak nak part numbers... susah... 
 


18 Januari 2021:-
Teruskan istiqamah dalam kawalan kendiri dan mematuhi SOP yang diteteapkan. Sememangnya dengan perlaksanaan PKP aktiviti ekonomi harian akan terjejas terutama sekali perniagaan dan perusahaan kecil tempatan. Namun berbeza dengan perlaksanaan PKP yang terdahulu pada kala ini kita membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi untuk terus beroperasi khususnya di 5 sektor ekonomi perlu iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan pembekalan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi. 
Langkah ini memastikan kelancaran perbekalan bekalan asas harian perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan kepada industri, infrastruktur kritikal dan kerja kerja kecemasan tidak terjejas. Semenjak bermulanya wabak Covid 19 awal tahun lepas, kerajaan telah melaksanakan 4 pakej ransangan ekonomi yang bernilai 300 5 b atau lebih 20% lebih dari KDNK negara bagi membantu rakyat dan perniagaan dan melindungi eknomi kita. Melalaui pemantauan oleh agensi Laksana Kementerian Kewangan, telah memastikan lebih 20 juta rakyat, dan 2.4 juta perniagaan menerima manfaat langsung dari pakej pakej ransangan ekonomi. Turut menyokong pemulihan ekonomi adalah belanjawan 2021 yang diumumkan. belanjawan ini menyediakan peruntukan terbesar dalam sejarah negara. segalam inisiatif ini mestilah dilaksanakan dengan segera.
Kerajaan tidak akan berkompromi di dalam memastikan kesejahteraan rakyat,kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi kita. Maka sukacita diumumkan sebuah pakej bantuan perlindungan ekonomi dan rakyat Malaysia atau secara ringkasnya PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 bilion.
Pakej bantuan PERMAI ini menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan perlakasanaan inisiatif yang berkaitan. 
Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan bawah PERMAI yang berteraskan kepada 3 matlamat utama iaitu :
Pertama, memerangi wabak Covid 19 
Kedua, memelihara kebajikan rakyat
Ketiga, menyokong kelangsungan perniagaan
Di bawah matlamat pertama untuk memerangi Covid , kerajaan telah menyediakan dana tambahan RM 1 bilion merangkumi hampir RM800 juta untuk KKM dan selebihnya MKN dan agensi2 lain yang terlibat. Ia menumpukan bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan dan PPE kepada petugas kesihatan
Perancangan program vaksinasi kita adalah on track, kerajaan telah menandatangani 3 perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin. Dijangka vaksin pertama diterima pada hujung Februari 2021. Kerajaan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan program imunisasi kebangsaan akan diberikan perhatian utama . Sebanyak RM 3 bilion untuk perolehan ini.
bagi penetapan bagi mereka yang akan menerima vaksin ini kelak, dalam sedikit masa garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan diedarkan. pengambilan vaksin akan dijalankan secara berperingkat sehinggalah keseluruhan yang mengambil masa sehingga 12 bulan
kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin ini adalah pada awal March 2021.dan dapat meliputi lebih daripada 80% atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022.
bahawa jawatankuasa muzakarah bagi hal ehwal agama Islam telah memutuskan, hukum penggunaan vaksin Covid 19 adalah harus dan wajib diambil bagi golongan yang ditetapkan, menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam prespektif syarak . Dalam usaha untuk memerangi Covid 19 seramai 8000 petugas kesihatan tambahan untuk KKM telah diluluskan, mengambil kira situsi semasa kerajaan akan menambah lebih 3500 anggota kesihatan akan bermula bertugas hujung bulan ini dengan tambahan RM 350 juta.
ini terdiri daripada pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat. Kerajaan bersedia menambah anggota kesihatan yang baru.
Pemberian one off sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 kepada petugasan barisan hadapan yang lain akan mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.
manakala RM600 untuk petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan diteruskan hingga wabak berakhir.
Untuk meneruskan semangat kerjasama antara sektor awam dan swasta, dalam memerangi Covid 19, hospital swasta telah setuju untuk menerima pesakit bagi menerima pesakit bagi mengurangkan tekanan dalam sistem kesihatan awam. Kerajaan akan memperuntukkan RM100juta bagi tujuan ini,
Mengenai jangkitan Covid 19 dalam kalangan pekerjaan asing di tapak pembinaan dan kilang. dengan itu SOP pembinaan bangunan semasa PKP mensyaratkan syarikat menyediakan penginapan lengkap dan menghadkan pekerjanya  ke tapak pembinaan, majikan perlu memperketatkan kawalan SOP menambah baik penginapan dan kawalan pekerja asing dan meningkatkan saringan bagi membendung penularan Covid 19.
Selain itu PERKESO juga akan turut terlibat dalam perlaksanaan program ujian saringan Covid 19 atas pekerja asing yang berdaftar. Kos saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO di zon merah bagi mengenalpasti kluster Covid19 di tempat kerja. Dari 1 desember 2020 , bilangan pekerja asing adalah lebih 160,000 menjalani ujian saringan. 
seterusnya untuk menyokong lebih banyak individu membuat saringan Covid 19 secara bersendirian, skop pelepasan cukai bagi pemeriksaan penuh telah dinaikkan dari RM500 kepada RM1,000 kini diperluaskan bagi ujian pengesanan Covid.
Matlamat ke2 Pakej PERMAI adalah meneruskan usaha bagi kelangsungan hidup rakyat berikutan perlaksanaan PKP terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung pada upah harian. Di bawah pakej kita prihatin yang diperkenalkan akan dipercepatkan mulai 21 Januari 2021. . 
BPR pula bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada 8 juta penerima. Golongan Isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan terima RM300, dan bagi bujang berpendapatan hingga RM 2,000 sebulan akan terima RM150 . Di bawah belanjawan 2021, bantuan bulanan di bawah JKM berkuatkuasa mulai January 2021 bantuan kebajikan melibatkan peruntukan RM 2.2 bilion  akan memanfaatkan lebih 400 ribu penerima. JKM juga akan segera  melaksanakan program bakul makanan yang merangkumi barang keperluan makanan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak dengan peruntukan  RM 50 juta . Selain itu , bagi memastikan kebajikan kumpulan rentan terus terpelihara kerajaan memperuntukkan RM  25 juta di bawah program GLC disaster relief network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan kerajaan bagi inisiatif sosial. ini termasuklah pemberian bantuan komuniti, termasuk warga emas , gelandangan, OKU dan mangsa banjir, Sebagai tanda penghargaan kepada usaha murni rakyat yang bersama sama menyalurkan sumbangan bagi mengekang Covid 19 kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif dalam bentuk potongan cukai kepada penderma yang menyumbang wang tunai atau barangan serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak tersebut. penyumbang tersebut layak mereka . 
Semasa tempoh PKP ini bantuan morotorium dan pengurangan bayaran balikpinjaman akan terus disediakan. Morotorium termasuk lanjutan morotorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank bank seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank telah menawarkan morotorium bayaran balik pinjaman. Setakat ini lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran dengan kadar kelulusan 95% bagi peminjam individu bagi PKS, rakyat tidak perlu bimbang menghubungi bank jika mereka memerlukan flesibiliti pembayaran. BNM serta AKPK bersedia membantu dan memberi khidmat nasihat melalui telefon atau dalam talian.
kemudahan I-sinar telah dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Covid 19, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM 24 bilion akan disalurkan pada tahun ini. Bagi menambah baik i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran akibat PKP dan banjir, kerajaan telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahulan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2. Proses pembayaran i-sinar kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu isytihar secara kendiri dan hantar dokuman secara dalam talian. kerajaan minta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini akan dibuat 26 Januari dan maklumat lanjut akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat. 
pelbagai insentif dan pelepasan cukai telah berjaya merangsang ekonomi dalam beberapa sektor. Pelepasan cukai khas RM 2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, tablet dan komputer akan dilanjutkan setahun lagi. Industri telekomunikasi bersedia memberi bantuan dalam tempoh PKP ini dan pemberian data 1 GB secara percuma telah diberi pada orang ramai untuk melayari laman web termasuk untuk tujuan pendidikan. Kemudahan yang bernilai RM 500 juta telah bermula pada 1 Januari 2021 akan dilanjutkan sehingga April 2021. 
Pekej langganan khas kepada pelajar SPM/STPM akan diperluaskan kepada pelajar IPT, pakej ini juga akan disediakan hingga hujung April 2021. Dan kerajaan berharap kedua dua usaha ini akan dapat meringankan beban pengguna . 
bagi merancakkan semula jualan kenderaan penumpang yang terjejas sebagai sebahagian daripada inisiatif pakej penjana, kerajaan umumkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap sehingga 31 Dis 2020. kerajaan telah umumkan lanjutan ini sehingga 30 Jun 2021. Langkah akan terus memacu momentum perkembangan sektor automatif.
Bagi PTPTN pula,yang terjejas akibat Covid 19 dan banjir, mereka boleh memohon morotorium pinjaman PTPTN selama 3 bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021. 
bagi matlamat ketiga iaitu menyokong kelangsungan perniagaan kerajaaan memahami sepanjang tempoh PKP semua jenis perniagaan menghadapi pelbagai cabaran termasuk dalam menguruskan aliran tunai perbelanjaan utiliti dan sewa premis. Antara Inisistif yang disambut baik adalah proram subsidi upah. Kerajaan mengumumkan program subsidi upah 3.0 di bawah PERKESOakan ditambah baik di mana semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon tanpa mengira sektornya. Untuk tempoh satu bulan majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang daripada RM4000. Selain itu had 200 pekerja akan ditingkatkan kepada 500 pekerja. inisiatif ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM 1 bilion yang dianggar akan memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada  2.6juta pekerja. Bagi mereka yangg kehilangan pekerjaan dalam tempoh PKP kerajaan bersetuju untuk melonggarkan syarat permohonan bagi program sistem SIP prihatin. Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum atau tidak dilanjutkan kontrak sekurang kurangnya 3 kali dibenarkan SIP 30% daripada gaji mereka selama 3 bulan.
delivery rider barangan dan makanan sehubungan itu RM24 juta telah diperuntukkan bagi mebiayai caruman di bawah skim perkerjaan sendiri PERKESO. Kerajaan telah mengumumkan bantuian kewangan sebanyak RM1,000 melalui geran Khas Prihatin tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah sehubungan itu kerajaan akan perluas bantuan GKP tambahan kepada 7 negeri PKP dengan bayaran RM1000 manakala 3000 PKS akan menerima RM500.  GKP PERMAI ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 650 juta.
Jika ada negeri menjadi zon merah PKP ,bantuan PKS akan diberi dengan serta merta. Bagi meringankan beban pemandu teksi dan bas, bantuan kewangan one off sebanyak RM500 kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persaiaran, kereta sewa, e-hailing dengan peruntukan RM 66 juta. selain itu kerajaan memberikan layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan tukar milik ,pelupusan dan teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama 7 tahun. sukacita dimaklumkan bahawa syarat ini dilonggarkan kepada 5 tahun shingga 31 Dis 2021. Bagi membantu tunai mikro dan PKS, kerajaan akan mempercepatkan perlaksanaan skim skim mikro kredit. Sejumlah RM 1 bilion kemudahan mikro kredit disediakan bagi merangkumi pinjaman mudah oleh BSN, Agro bank dan TEKUN. 
Bagi terus menyokong golongan usahawan dan perniagaan untuk menjana pendapatan melalui julana dalam talian ataupun melalui platform e-dagang, kerajaan akan mempercepatkan kempen e dagang PKS dan PKS micro dan kempen shop Malaysia online dengan peruntukan RM300 juta. Usahawan mikro akan dapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan dapat menikmati penjimatan melalui jual beli dalam talian. 
Di bawah Penjana, kerajaan telah umum skim jaminan prihatin dana jamin SJPD yang berjumlah RM50 bilion  bagi menyokong sektor swasta untuk terus berkembang dan merancakkan ekonomi negara. Kerajaan akan meningkatkan pembiayaan maksimum daripada 500 juta kepada 1 bilion ringgit. Keduanya ialah meluaskan skop perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan 10 juta. 
Dan ketiganya membenarkan syarat milikan asing yang beroperasi di Malaysia untuk dapat jaminan SJPD dengan syarat pekerja tempatan adalah sekurangnya 75%. Kerajaan berharap agar penambahbaikan SJPD ini akan dapat menjana sektor swasta dan juga mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan.
Bagi peminjam MARA, MARA akan meneruskan program MARA prihatin, Peace of Mind 2.0. di mana peminjam boleh memohon untuk membuat penjadualan bayaran semula bayaran balik atau morotorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021. Sebagai tambahan, usahawan MARA yang terkesan akibat Covid, PKP dan banjir, boleh membuat program penjadualan semula pembiayaan perniagaan MARA. Selain itu, bagi penyewaan premis perniagaan, MARA bersetuju untuk memberikan diskaun 30% bagi tempoh 6 bulan Nov 2020 hingga April 2021. 


Bagi mengurangkan bebanan PKS, Kerajaan telah memberikan potongan cukai khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurangnya 30% mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Berdasarkan pada keadaan ekonomi semasa, potongan khas ini akan diperluaskan untuk meliputi pengurangan sewaan yang diberi kepada syarikat bukan PKS. Tempohi potongan khas juga akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Pembangunan sumber manusia berhad akan mengecualikn levi majikan kepada perniagaan yang tidak boleh dijalankan semasa tempoh PKP dan PKPB . Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% bagi tempoh Jan hingga Mac 2021 kepada 6 sektor perniagaan hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan & pelancongan . Di samping tu rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen setiap kW per jam iaitu pengurangan sehingga 9% bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021.


Syarikat jaminan pinjaman perniagaan akan perkenalkan skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi. Di bawah skim ini, 50% jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi drpd syarikat sewa beli dan pajakan. dengan itu pengusaha bas dan teksi dapat menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati morotarium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah. Jaminan sebanyak RM 1 Bilion akan disediakan bagi tujuan ini. Pada tahun lepas, bagi akta langkah langkah sementara bagi mengurangkan kesan penyakit Covid atau akta 829 telah digubal untuk membantu individu dan perniagaan yang terkesan dalam aspek ekonomi akibat wabak ini. Akta tersebut telah pun berkuatkuasa mulai 23 Oktober 2020. Tempoh kuatkuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual. Obligasi kontraktual telah tamat pada 31 Disember 2020 justeru melihat pada situasi masa dan selaras dengan pengumuman PKP kerajaan bersetuju untuk  melanjutkan tempoh kuatkuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual kepada 31 Mac 2021. Ini meliputi perjanjian sewa beli ataupun kontrak pajakan dan kontrak jualan kredit untuk memanfaatkan golongan yang terjejas seperti B40, m40 dan perusahaan mikro kerana gagal memenuhi obligasi kontrak


akses inisiatif, boleh melayari portal manfaat http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat


Sebelum ini kita telah menyaksikan, kesan perlaksannan PKP ke atas pertumbuhan ekonomi di mana KDNK suku kedua tahun 2020 mencatat kemerosotan yang sangat ketara. Kadar pengangguran juga telah meningkat. Dengan perlaksanaan pakej pakej rangsangan ekonomi kita berjaya mencapai kadar penguncupan KDNK yang lebih kecil. Kerajaan tidak menjangkakan impak yang sama seperti suku kedua 2020 akan dialami dengan perlaksanaan PKP pada kali ini memandangkan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi. Oleh itu impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal , sektor eksport yang memberangsangkan dengan pemulihan perdagangan dunia. Pakej rangsangan ekonomi belanjawan 2021, dan pakej bantuan PERMAI juga akan terus merancakkan penggunaan. Seterusnya, program dan projek yang berimpak tinggi dan mempunyai kesan pengganda yang besar akan terus memacu momentu pemulihan ekonomi.
kerajaan juga sedar PKP yang disusuli dengan proklamasi darurat yang berkuatkuasa di negara ini mulai 11 Jan hingga 31 Ogos 2021 mungkin menimbulkan sedikit kegusaran dalam kalangan masyarakat serta komuniti perniagaan. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pengisytiharan darurat semata mata bertujuan untuk mengekang penularan wabak Covid 19 yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap pembangunan sosio ekonomi negara kita. Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan impak daripada langkah tersebut ke atas persekitaran ekonomi adalah terkawal. Malah kita telah melihat bahawa sejak 11 Januari 2021 pasaran modal seperti Bursa Malaysia dan pasaran bon kekal stabil dan teratur.
Bagi membiayai pakej bantuan PERMAI kerajaan akan membuat penjajaran semula. Peruntukan sedia ada berdasarkan keutamaan semasa dan melalui perbelanjaan yang lebih berhemat. Kerajaan akan memastikan segala program yang diumumkan akan dilaksanakan dengan cepat dan lancar. Dalam masa kita mnghadapi wabak Covid 19 negara kita juga diuji dengan bencana banjir. Agung dan raja permaisuri turut mencemar duli dalam meredah banjir serta turut terlibat dalam misi bantuan banjir di pusat penempatan sementara dan kampung kampung di sekitar Pahang.
Agensi berkaitan segerakan segala bentuk bantuan bagi membaikpulih kerosakan infrastruktur kecil, rumah mangsa banjir serta membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam baru baru ini. Peruntuakan kepada kumpulan wang amanah bencana negara NADMA bagi perbelanjaan operasi banjir semasa tempoh monsun timut laut ini, kekal tenang di rumah masing masing
jika ada yang perlu keluar bekerja, patuhi lah SOP supaya kekal selamat. Setinggi tinggi ucapan terima kasih kerana memahami usaha kerajaan ini. Tidak ketinggalan penghargaan kepada semua pihak yang telah turut membantu menangani wabak C19 dan bencana banjir. Ini termasuklah sektor korporat, NGO & sukarelawan tidak mengenal penat lelah berganding bahu dalam mendepani cabaran ini.
Saya menaruh penuh kepercayaan walaupun kita menghadapi 1001 masalah, namun kita juga mampu mengilhamkan 1001 penyelesaian sebagai insan kita boleh merancang dan melakukan yang terbaik.  dan selebihnya kita perlu berdoa dan bertawakal kepada Tuhan Yang Maha Esa, berkat ilham dan kudrat yang dikurniakan kita semua mampu membentuk kehidupan yang lebih baik. Terima kasih. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2021/01/pengumuman-pakej-bantuan-khas-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Antara Pengumuman Perdana Menteri Berkenaan Pakej Bantuan Khas Permai

Terkini Antara Pengumuman Perdana Menteri Berkenaan Pakej Bantuan Khas Permai

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 261 hits
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa satu bantuan yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia akan diperkenalkan bagi membantu rakyat dan e...
Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 633 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Segalanya telah pernah bermula dahulu namun perjumpaan kali ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 telah membuahkan hasil yang membawa kepada perkenan oleh S...
Perdana Menteri Umum Pengumuman Khas Darurat 11 Pagi Ini

Perdana Menteri Umum Pengumuman Khas Darurat 11 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 456 hits
224 total views 224 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Pengumuman Khas Darurat yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 11 pagi ini Dalam masa sama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sult...
Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 298 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lum...
Perutusan Khas Perdana Menteri

Perutusan Khas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 380 hits
1 Perlaksanaan PKP atau MCO untuk tempoh 14 hari bermula jam 12malam Rabu 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 2 Tiga peringkat PKP kepada Penang Selangor Wilayah Persekutuan Johor Melaka dan Sabah PKP Bersyarat kepada negeri Pahang Perak...
Ucapan Penuh Pm Pakej Bantuan Khas

Ucapan Penuh Pm Pakej Bantuan Khas

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 460 hits
1 Rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian Apa khabar saudara saudari semua Hari ini merupakan hari ketujuh setelah Kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP di tujuh buah negeri PKP Bersyarat di lima negeri lain dan PK...
Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 11 01 2021

Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 11 01 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 397 hits
Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 11 01 2021 Seperti mana yang kita sedia maklim angka positif covid 19 semakin hari semakin tinggi di Malaysia Dan tidak mustahil untuk angka menaik di luar jangkaan kita...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash