Penguatkuasa Ditahan Sprm Selepas Video Bongkar Isu Judi Haram Di Sg Buloh

PETALING JAYA: Tiga penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam ditahan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini, dalam siasatan ke atas  dakwaan mengutip dan menerima rasuah bulanan bagi melindungi premis yang  menjalankan perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh, kata sumber.
Sumber memaklumkan, 2 penguatkuasa dari cawangan Sungai Buloh dan  seorang dari Shah Alam ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika  dipanggil memberi keterangan.
Mereka, yang berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun itu, ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula 9 pagi tadi.
     Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya  mengesahkan tangkapan tersebut, dan tidak menolak ianya kutipan rasuah  secara bersindiket dalam kalangan anggota penguatkuasa.
“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti  rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil memberikan kerjasama.  Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya,”  katanya.
Perkembangan ini menyusuli penularan video di media sosial yang  mendakwa pihak berkuasa gagal menguatkuasakan undang-undang di Sungai  Buloh, selain dikatakan menerima rasuah daripada perniagaan tanpa lesen  termasuk aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM, iaitu berkenaan  kesalahan memberi atau menerima rasuah. Mereka yang ditahan akan  dibahadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman.
   Sementara itu, seorang peniaga berbangsa Aceh ditahan SPRM dan diserakan kepada imigresen untuk tindakan lanjut.
Sumber memaklumkan, peniaga itu beroperasi sejak 2019.
“Dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan,” katanya.
#Sumber : FMT    
MR :   Nak kena viral baru bentindak. 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/penguatkuasa-ditahan-sprm-selepas-video.html