Penginapan Semasa Di India


Penginapan Semasa Di India.  Kita sambung cerita pasal trip India lagi.  Walaupun dah beberapa bulan berlalu, akak share je sebagai panduan dan kenangan simpan sini.   Kali ni akak share serba sedikit info tentang tempat penginapan sepanjang kami di sana.
Ada dua lokasi perjalanan kami sepanjang di India iaitu Hyderabad dan juga Belgaum.  Kedua-duanya terletak dalam negeri yang berbeza dengan jarak yang jauh. Di mana dari Hyderabad ke Belgaum kalau menggunakan pengangkutan darat boleh mencecah 12 jam atau lebih perjalanan.  Kami memilih naik kapalterbang sahaja, sejam sampai.
Akak share dulu penginapan di Hyderabad.  Selama 4 hari 3  malam kami menginap di Courtyard by Marriot.  Courtyard ni bersambung dengan Marriot Hotel.  Kalau stay di Marriot mestilah ribu raban cajnya.  Di sini caj yang kami bayar untuk tempoh penginapan tadi hanya lebih kurang RM1.1k dengan pilihan bilik bertiga.  Satu katil king dan satu extra bed.  
Tak ada gambar dalam bilik yang diambil. Korang boleh check dalam website jenis-jenis bilik yang ditawarkan.



Ruang makan di bahagian bawah agak selesa juga.  Kat sini memang ramai pelancong menginap terutama mat salleh.  

Ruang menunggu sementara process check in/check out atau korang saja-saja nak lepak-lepak dalam hotel.  Akak tak spend banyak masa sangat dalam hotel.  Masyarakat di India ni kalau jumpa orang luar, memang dia akan pandang kau atas bawah macam orang buat salah. Irfan kata itu biasa



Kat hotel ni, sebelum korang masuk ke lobi hotel, korang akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk beg-beg yang korang bawa.  Yang korang nampak ni adalah tempat scanner barang dan beg korang macam dekat airport.  Setiap pengawal yang jaga pintu masuk akan pegang alat scan untuk scan korang.  Situasi sama macam di airport.   Pemeriksaan ni akan dibuat setiap kali korang nak masuk ke dalam hotel.  Tapi bila dah 2-3 hari muka korang ada je keluar masuk, kalau yang berada di pintu masuk tu dah kenal, dia bagi je masuk tak perlu scan lagi.   


Pemandangan dari bilik.  Di Hyderabad ni tak adalah view yang cantik-cantik yang korang boleh nampak bila tarik tirai bilik. Hyderabad merupakan bandar industri.  Bangunan-bangunan bersusun-susun macam bongkah kayu.  Di bawah tu adalah tempat pembakaran mayat.  Secara kebetulan, ada kematian masa kami tengah mengintai-intai di balik tirai bilik tu.  Tengok dari atas sahaja.  Di atas bumbung bangunan jadi  tempat anak-anak bermain.  Macam pernah tengok situasi ni dalam cerita di tv



Sehari sebelum kami check out,  housekeeping yang bersihkan bilik kami tinggalkan nota kecil atas katil.  Sweet pulak budak ni !  Comel je dia susun bantal dan teddy bear tu.  By the way bear tu akak bawa dari Malaysia hahaha....Ambil masa nak fahamkan apa yang disampaikan.  Secara kebetulan pula, bila kami keluar bilik, terserempak dengan beliau di depan lift.  Terus dia tanya, are u the person stay in that room ?  Irfan yang jawap dengan beberapa perkataan Hindi.  Seronok sungguh dia, minta  nak selfie dengan Irfan dan En Hubby. Layankan saja

Dari Hyderabad, kami ke Belgaum.  Belgaum yer bukan Belgium.  Belgaum ni lebih kepada kawasan pertanian.  Suasana kat sini lebih nyaman dan tidak seperti bandar Hyderabad. Bila kawasan pertanian dan kampung ni korang kena jangkalah akan ternampak macam-macam benda yang korang tak jangka.  


Sebaik sahaja turun kapalterbang, nyaman jer rasa udara dengan cuaca redup disertai gerimis.  Sejuk jer. Irfan kata, di Belgaum ni ada musim sejuk dan musim panas.  Musim sejuknya bukanlah sampai turun salji tapi redup, gerimis, kadang-kadang hujan.  Memang nyaman. Tapi kalau musim panasnya memang panas boleh mencecah 40C suhunya.  Beruntung waktu kami sampai dah mula cuaca sejuk. Hari-hari hujan tapi tak adalah angin kuat.  
Di Belgaum kami menginap di UK 27 The Fern.  Hotel biasa sahaja tapi biliknya mewah sangat.  Terasa macam orang kaya pulak !  Di sini kami berada selama 5 hari 4 malam.  Sama macam di Courtyard, sebelum masuk ke lobi, korang akan diperiksa dahulu.   Seronoknya masa ni, ramai juga parent anak-anak yang menginap di hotel yang sama.  Jadi setiap masa kalau duduk di lobi mesti terjumpa orang Malaysia. 
Jarak hotel ini dengan tempat pengajian Irfan  tak sampai 10 minit perjalanan menaiki auto.  Pemandu auto di sini juga mudah berurusan sebab pemilik syarikat auto ni dah biasa menerima tempahan anak-anak pelajar.  

Hotel ni hampir setiap hari ada program orang besar-besar.  Kumpulan polis selalu sahaja ada di sini.  Macam biasa, bila tengok orang luar, memang pandangan daripada atas ke bawah.  Nak jadi cerita, satu malam tu kami kena sebaik pulang daripada makan diluar, kami dipanggil staff di receptionist.  Muka nampak tak puashati, tanya macam-macam. Aish....akak senang je, minta dia panggilkan manager bertugas sahaja. Jangan macam-macam sebab penginapan ni memang akak dah buat full payment.  Bila manager sampai, check system semua terus minta maaf.  Okay kurang point review nak bagi nanti



Kami ambil bilik bertiga juga.  Bila masuk tak sangka punyalah besar biliknya macam apartment, untuk 5 hari 4 malam kami hanya bayar dalam RM900++ termasuk sarapan. Lagi murah daripada Courtyard. Bilik ni ada ruang menonton tv, ruang makan, ruang kerja, ruang bersiap dan ada dua toilet dan 1 bilik mandi berasingan.  Memang luas sampai rasa macam nak rehat dalam bilik sahaja



Kat sini, setiap pagi masih ada lagi penghantaran suratkhabar.  Baca je la tau juga apa yang berlaku di situ


Bila bilik dah besar sangat, rasa macam orang kaya pulak ! Boleh dikatakan kebanyakan masa tinggal kami berdua sahaja sebab Irfan sibuk mengemas barang-barang di kolej.  Jumpa pun masa nak keluar makan atau malam sebelum tidur.  


Hotel ni pernah dapat pelbagai pengiktirafan.  Lokasi dan keseluruhan hotel ini memang sangat memuaskan.   Sikap pekerja yang kadang-kadang agak kurang mesra tu biasalah, di mana-mana pun mesti ada.  Hotel ni memang nampak biasa sahaja dari luar, tapi bilik-biliknya memang luar biasa

Seronok juga perjalanan ini walaupun tak banyak tempat yang sempat kami lawati.  Tempahan hotel ini kami buat 3 bulan lebih awal, membolehkan kami dapat harga yang sangat berbaloi.  Lepas ni kalau ada peluang memang nak lagi berjalan di India. Ada banyak tempat menarik di India terutama di kawasan-kawasan tanah tinggi dan pantai. Jomlah isi tabung bagi penuh

Baca juga:
https://www.azirahman.com/2024/09/trip-to-india-part-1-persiapan-dan.html

https://www.azirahman.com/2024/11/trip-to-india-part-2-pengalaman-di.html







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2025/01/penginapan-semasa-di-india.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sze Fei Izzuddin Juara Terbuka India

Sze Fei Izzuddin Juara Terbuka India

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 200 hits
K ParkaranPasangan itu menjadi beregu lelaki pertama dari Malaysia menang kejohanan itu sejak 2010 PETALING JAYA Beregu lelaki No 1 negara Goh Sze Fei Nur Izzuddin Rumsani merangkul kejuaraan Terbuka India hari ini kemenangan pertama bagi b...
French Pair Break Malaysian Hearts At India Open Semis

French Pair Break Malaysian Hearts At India Open Semis

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 110 hits
Chen Tang Jie Toh Ee Wei were the third Malaysian pair to be eliminated at the semi finals of the India Open in New Delhi today PETALING JAYA National men s doubles shuttlers Chen Tang Jie Toh Ee Wei became the third pair to be knocked out ...
Ika Puspa Dewi Joget India Chord

Ika Puspa Dewi Joget India Chord

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 109 hits
G D F m Fdim F m F m F m F m F m F m Kedap kedip F m lirik mata nya F m Menggelitik F m gelora cinta F m Gadis penari F m berbaju sari A Lenggang lenggok F m Mari menari F m F m F m F m F m Gedang gendut suara tabla F m Tolat tolit seruling...
India Minat Ikuti Latihan Kursus Antarabangsa Sprm

India Minat Ikuti Latihan Kursus Antarabangsa Sprm

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 89 hits
Azam Baki menerima kunjungan hormat Duta India Ke Malaysia B N Reddy di Putrajaya KUALA LUMPUR India berminat mendapatkan khidmat latihan dan mengikuti kursus antarabangsa ditawarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya Pencegahan...
Does Roti Canai Originate From Malaysia Or Does It Hail From India S Paratha Parotta Ancestry

Does Roti Canai Originate From Malaysia Or Does It Hail From India S Paratha Parotta Ancestry

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 151 hits
FOOD glorious food Instead of just enjoying the wide variety available to tempt local palates Malaysians are always keen to lay claim to origin of dishes The latest example of this phenomenon was highlighted in a post on X by medical doctor...
Pearly Thinaah Soon Huat Shevon Out Of India Open

Pearly Thinaah Soon Huat Shevon Out Of India Open

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 103 hits
Pearly Tan M Thinaah will pocket US 13 300 in prize money for reaching the semi finals of the India Open badminton tournament PETALING JAYA Pearly Tan M Thinaah failed to become the first Malaysian women s doubles pair to qualify for the fi...
Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 194 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat hari ini Foto Iskandar IshakKUALA LUMPUR 10 Jan Laungan keramat Reformasi menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr...
Kementerian Wilayah Diminta Perbaiki Premis Niaga Uzur Sekitar Masjid India Pm Anwar

Kementerian Wilayah Diminta Perbaiki Premis Niaga Uzur Sekitar Masjid India Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 140 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan sekitar Jalan Masjid India termasuk memeriksa awam selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid India pada Jumaat Foto BernamaKUALA LUMPUR 10 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord