Beginilah rupa penginapan kami - One Bedroom Resident yang terletak di aras 28. Ruang yang cukup luas. Terdapat ruang tamu, ruang dapur dan sebuah bilik tidur
Ruang dapur lengkap dengan induction cooker, periuk, kuali, pisau dan peralatan makan
Bilik tidur dengan keluasan yang memuaskan
Terdapat balkoni di penginapan jenis apartmen. Saya cuba buka sliding door, tapi tak boleh pula. Tak pasti sama ada memang dah direka supaya tak boleh buka atau saya yang tak pandai nak buka 😅. Tapi kan…kalau pun boleh buka, rasanya tidaklah saya berani nak berdiri di balkoni tu. Setakat jenguk kepala je berani. Gayat
Bilik airnya agak kurang selesa sebab kurang bersih dan air mudah bertakung di depan pintu masuk. Dah gunakan bilik air barulah tau, tapi malas nak minta tukar bilik jadinya kena berhati-hati tiap kali kaki melangkah masuk
Pemandangan dari balkoni. Nak tengok pemandangan waktu malam dari aras begini? Boleh klik DI SINI
Di ruang ini ada cerita. Sudah menjadi kebiasaan saya setiap kali memasuki tempat penginapan, saya akan periksa semua dan merakam foto jika ada apa-apa yang tak sepatutnya. Selain bertujuan untuk buat aduan atau tukar bilik (jika perlu), ia juga bertujuan melindungi kita daripada pertuduhan merosakkan barangan yang ada (memang belum pernah kena, tapi eloklah ambil iktibar daripada pengalaman orang lain)
Tak lama selepas itu, intercom berbunyi dan terpapar visual seorang lelaki berdiri di hadapan pintu penginapan. Oh, rupanya staf pembersih bilik datang. Nampaknya seperti warga asing berdasarkan rupa dan bertutur bahasa Inggeris. Beliau meminta maaf dan minta izin untuk masuk membuat kerja-kerja pembersihan bersama dua orang staf yang tiba kemudian. Sementara menunggu mereka membuat kerja pembersihan, saya berdiri di luar sajalah
Selit satu foto makanan yang kami beli bungkus dan makan di apartment. Beli di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Jalan Kampung Bandar Dalam. Sangat memuaskan selera - sedap semuanya dan sangat lembut dagingnya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |