Penghuni Selangor Mansion Malayan Mansion Jalani Sanitasi Saringan Covid 19


KUALA LUMPUR, 8 April — Penghuni di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, di sini, hari ini menjalani proses sanitasi dan saringan wabak COVID-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tinjauan Bernama mendapati, kira-kira 50 petugas KKM yang bersut lengkap sedang mengambil sampel daripada penghuni, bermula pagi tadi.
Rata-rata penghuni memberikan kerjasama baik terhadap petugas, selain akur kediaman yang mereka duduki kini, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sejak semalam.
Selain itu, terdapat juga kenalan-kenalan kepada penghuni bangunan ini, yang ingin menghantar bekalan makanan kepada mereka, namun niat itu terpaksa dilupakan apabila mereka (kenalan) tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan dibenarkan hanya pada waktu-waktu tertentu, seperti  4 petang tadi.
Wartawan Bernama yang melalui kawasan tersebut mendapati tiada seorang pun yang melalui persekitaran bangunan yang berdekatan pondok polis Masjid India itu, melainkan anggota perkhidmatan perlu (essential services) dan kawasan itu hanya dipenuhi sekumpulan burung merpati yang mencari makan.
Bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Rela akan mengawal seluruh kawasan tersebut.
Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, dan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Bagi Menara City One pula, Bernama difahamkan saringan dari rumah ke rumah oleh petugas kesihatan bagi mengambil sampel penghuni telah pun bermula, sejak jam 10 pagi tadi.
Saringan yang dijalankan itu berakhir jam 3 petang tadi, dengan sejumlah kotak dibawa keluar oleh para petugas, dipercayai mengandungi sampel-sampel penghuni.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, bagi penghuni menara yang terletak di Jalan Munshi Abdullah yang ingin menjamu selera, perkhidmatan penghantar makanan sedia menghantar makanan, namun penghuni perlu turun mengambilnya sendiri di pondok polis yang sedang berkawal.
Semalam, Bernama melaporkan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memutuskan pelaksanaan PKPD di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India di sini berkuatkuasa, semalam
Arahan PKPD itu dilakukan berikutan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 di kedua-dua bangunan itu.
Dalam perkembangan sama, sebuah khemah disediakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), bagi kemudahan para petugas media di hadapan Menara City One.
Difahamkan khemah terbabit didirikan pagi tadi oleh petugas KKMM, bagi memberi keselesaan petugas media dalam membuat liputan terkini, berkenaan PKPD di sana.
Sumber: BERNAMA
The post Penghuni Selangor Mansion, Malayan Mansion Jalani Sanitasi, Saringan COVID-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/08/penghuni-selangor-mansion-malayan-mansion-jalani-sanitasi-saringan-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Mansion Malayan Mansion Di Kl Dikenakan Pkpd

Selangor Mansion Malayan Mansion Di Kl Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 332 hits
Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India Kuala Lumpur dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan selepas 15 kes positif Covid 19 dikesan Ini adalah kawasan ke 4 yang dikenakan PKPD selepas Simpang Renggam...
Polis Terima Laporan Penghuni Selangor Mansion Baling Objek Keras Kepada Tentera

Polis Terima Laporan Penghuni Selangor Mansion Baling Objek Keras Kepada Tentera

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR 10 April Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung perbuatan segelintir penghuni Selangor Mansion di sini yang membaling objek seperti botol bungkusan sampah serta pasu bunga terhadap anggota tente...
Kawalan Diperketatkan Di Selangor Mansion Malayan Mansion

Kawalan Diperketatkan Di Selangor Mansion Malayan Mansion

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 597 hits
SHAH ALAM 7 APRIL Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India Kuala Lumpur diisytihar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan selama 14 hari mulai hari ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaako...
Baling Objek Keras Kepada Tentera Polis Terima Laporan Penghuni Selangor Mansion

Baling Objek Keras Kepada Tentera Polis Terima Laporan Penghuni Selangor Mansion

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR 10 April Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung perbuatan segelintir penghuni Selangor Mansion di sini yang membaling objek seperti botol bungkusan sampah serta pasu bunga terhadap anggota tente...
Covid 19 Saringan Dan Kes Terkini

Covid 19 Saringan Dan Kes Terkini

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 271 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 236 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID 19 dan telah discaj daripada wad adalah...
Selangor Akan Laksana Mass Test Tangani Covid 19 Tanpa Simptom

Selangor Akan Laksana Mass Test Tangani Covid 19 Tanpa Simptom

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 207 hits
SHAH ALAM Kerajaan Selangor akan melaksanakan mass test Covid 19 di beberapa kawasan mulai Jumaat ini bagi membantu Kementerian Kesihatan menangani penularan wabak berkenaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata usaha tersebut merup...
45 378 Individu Jalani Saringan Covid 19 Kkm

45 378 Individu Jalani Saringan Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 279 hits
SHAH ALAM 2 APRIL Seramai 45 378 individu menjalani saringan Covid 19 setakat hari ini dengan 3 116 disahkan positif kata Kementerian Kesihatan Berdasarkan statistik jumlah itu meningkat 1 916 orang berbanding 43 462 semalam Seramai 34 483 ...
Mb Saringan Covid 19 Besar Besaran Di Lokasi Terpilih Jumaat Ini

Mb Saringan Covid 19 Besar Besaran Di Lokasi Terpilih Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM 8 APRIL Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor akan menjalankan saringan wabak itu secara besar besaran di beberapa lokasi terpilih bermula Jumaat ini kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata seramai 1 000 hi...
Hulu Selangor Becomes 25th Covid 19 Red Zone

Hulu Selangor Becomes 25th Covid 19 Red Zone

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 239 hits
CORONAVIRUS Hulu Selangor is the latest district to become a Covid 19 red zone bringing the total number of red zones to 25 A district designated as a red zone means it has more than 40 Covid 19 cases Hulu Selangor which had previously reco...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment

Suka Yang Mana

Flight To Precision The Subtle Power Of K Flex In Competitive Darts

Guna Tong Gas Bersubsidi Tapi Anda Peniaga Ini Risikonya Yang Ramai Tak Sedar

Sajat Saya Akan Berpenampilan Lelaki