Penghulu Pesakit Covid 19


 Oleh NOR AINNA HAMZAH
Dass menerima panggilan video daripada Pak Ya yang baharu dikenalinya ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan bertindak menjadi 'Penghulu' pesakit Covid-19 – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAHTAMPIN : Berkampung selama 20 hari di Hospital Tampin merupakan pengalaman paling berharga dan tidak mungkin dilupakan oleh Jesu Dass, 56, selepas dirinya disahkan positif Covid-19 3 Mei lalu.
Dass yang mendapat jangkitan susulan kontak rapat kepada individu yang menghadiri perjumpaan atas urusan kerja di Johor berkata, dari tarikh berkenaan hinggalah 23 Mei lalu, dia dapat melihat sendiri keadaan pesakit yang tidak mengenal usia muda dan tua sehinggakan ada yang memerlukan bantuan penafasan melalui mesin oksigen.
Menurutnya, dia juga dapat melihat sendiri bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan terdiri daripada doktor dan jururawat yang komited memberikan khidmat kepada setiap pesakit bermula seawal pukul 8 pagi hingga lewat malam.
“Mereka (doktor dan jururawat) juga ada keluarga, namun mereka berkorban menjaga pesakit Covid-19 bukan hanya terdiri daripada warganegara Malaysia bahkan bukan warganegara juga mendapat layanan yang serupa.
“Jadi, bagi membantu mereka saya menyumbang bantuan memberikan motivasi dan semangat kepada pesakit baharu yang masuk serta tips pernafasan yang betul,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Indah, di sini, baru-baru ini
Dass yang memiliki syarikat kejuruteraan berkenaan menyatakan tugasnya itu menjadi lebih mudah apabila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Zakaria Nordin, 63, atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Ya turut mendapatkan rawatan di hospital yang sama bermula 17 Mei hingga 23 Mei lalu.
Menurutnya, mereka berdua seolah-olah menjadi ‘Penghulu’ pesakit Covid-19 dan bergilir-gilir membantu doktor serta jururawat dalam menjaga pesakit yang lain.
“Bayangkan betapa ikhlasnya khidmat mereka ini bila ada warga emas yang sukar untuk mandi pun doktor sanggup menawarkan diri membantu memandikan warga emas berkenaan.
Dass berkata, atas dasar itu, dia dan Pak Ya sanggup menyantuni warga emas yang lain seperti mengambil air minuman dan juga membawa ke tandas bagi pesakit yang sukar bergerak.
“Tiada bayaran yang dikenakan ke atas pesakit yang dirawat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan  Saya dirawat 20 hari pun tidak bayar apa-apa sedangkan ada rakan saya yang mendapatkan rawatan di hospital swasta selama dua minggu dikenakan bayaran sebanyak RM32,000.
“Jadi, apa salahnya kita sebagai rakyat Malaysia berterima kasih kepada kakitangan Kementerian Kesihatan dan membantu memudahkan urusan mereka.
Menurutnya, dia berasa kesal apabila terdapat pihak yang menghentam petugas kesihatan sehingga bertindak lebih pandai daripada “doktor” melalui pembacaan yang mereka peroleh dari internet.
“Kita kena sedar, kita semua manusia, doktor dan jururawat juga manusia bukan mesin yang boleh kita programkan untuk sentiasa beri khidmat sempurna.
“Tanpa khidmat mereka, mana mungkin saya serta rakan-rakan yang lain boleh pulih dari Covid-19 ini,” katanya yang turut mempunyai seorang anak lelaki berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Raub, Pahang. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/penghulu-pesakit-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurse Hamil Anak Sulung Meninggal Kerana Covid 19 Terima Jangkitan Dari Pesakit

Nurse Hamil Anak Sulung Meninggal Kerana Covid 19 Terima Jangkitan Dari Pesakit

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 254 hits
Ajal dan maut itu ketentuan Allah S W T Siapa pun tidak dapat menghalangnya jika Dia telah berkehendak Begitu juga dengan mereka yang pergi setelah menjadi mangsa wabak pandemik yang sedang menggila saat ini Hal ini turut berlaku kepada fro...
Tok Bomoh Batal Hasrat Rawat Pesakit Covid 19 Bimbang Dijangkiti

Tok Bomoh Batal Hasrat Rawat Pesakit Covid 19 Bimbang Dijangkiti

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 252 hits
Selepas iklan menawarkan khidmat rawatan kepada pesakit Covid 19 tular di media sosial dua pengamal perubatan tradisional membatalkan hasrat mereka itu Pengamal perubatan tradisional yang mahu dikenali sebagai Ustaz Dor 50 berkata dia dan r...
Kahak Pesakit Covid 19 Pekat Umpama Gam Kasut

Kahak Pesakit Covid 19 Pekat Umpama Gam Kasut

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 285 hits
RAJA NUR FAZNIE AIDASHAH ALAM Apabila diubah ke posisi meniarap membuak buak keluar kahak dari tiub pernafasan Tak ubah seperti gam kasut Pekat dan melekat Demikian cerita seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Samhan Awang meng...
Mungkin Itu Salam Terakhir Petugas Kkm Kongsi Detik Pilu Sebelum Tidurkan Pesakit Covid 19

Mungkin Itu Salam Terakhir Petugas Kkm Kongsi Detik Pilu Sebelum Tidurkan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 293 hits
Kakitangan Kementerian Kesihatan menguruskan pesakit Covid 19 PETALING JAYA Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga itu antara perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan dipercayai luahan kakitangannya mengenai detik akhir sebelum me...
Hiburan Wap Bunga Cengkih Boleh Sembuhkan Covid 19 Dah Dibuktikan Oleh Pesakit Positif Suhaimi Saad

Hiburan Wap Bunga Cengkih Boleh Sembuhkan Covid 19 Dah Dibuktikan Oleh Pesakit Positif Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 397 hits
Bekas penyanyi kumpulan nasyid In Team Suhaimi Saad memberitahu kepada orang ramai di Instagram mengenai rawatan alternatif lain yang boleh merawat penyakit wabak COVID 19 Menurut Suhaimi sebelum ini dirinya pernah dijangkiti demam selsema ...
Doktor Dedah Kenapa Pesakit Covid Diletakkan Dalam Posisi Meniarap

Doktor Dedah Kenapa Pesakit Covid Diletakkan Dalam Posisi Meniarap

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 415 hits
Sejak minggu lalu kes harian Covid 19 mencatatkan peningkatan yang agak membimbangkan sehingga kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh Lebih menakutkan jumlah kematian juga semakin hari meningkat dan h...
Hidupkan Solat Jemaah Zul Yahya Cadang Pesakit Covid 19 Islam Kuarantin Di Masjid

Hidupkan Solat Jemaah Zul Yahya Cadang Pesakit Covid 19 Islam Kuarantin Di Masjid

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 246 hits
Berikutan peningkatan kes positif COVID 19 di negara kita ramai pihak menyatakan kebimbangan terhadap musibah yang menimpa seluruh dunia itu
Bomba Bantu Pindah Jenazah Pesakit Covid 19 Alami Obesiti

Bomba Bantu Pindah Jenazah Pesakit Covid 19 Alami Obesiti

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 279 hits
Jenazah seorang pesakit Covid 19 yang obesiti dipindahkan dari HSAH Sungai Petani ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Berapit Tikam Batu melalui lori milik JBPM Kedah pada Isnin PETALING JAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah...
Hospital Swasta Tak Patut Bebankan Pesakit Covid 19

Hospital Swasta Tak Patut Bebankan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 343 hits
Terdapat hospital swasta yang didakwa cuba mengaut keuntungan ketika penularan wabak pandemik COVID 19 dengan mengenakan caj tinggi bagi merawat pesakit dijangkiti virus maut itu Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye yang m...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew