Penghinaan Kepada Sistem Pentadbiran Dan Perlembagaan


harakahdaily.netFebruary 14, 2025
Tersirat dan licik, buka ruang manipulasi


KANGAR: Cadangan untuk memisahkan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama kepada dua bahagian bagi Islam dan bukan-Islam bukan sahaja dangkal, malah satu penghinaan terhadap sistem pentadbiran negara serta asas Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, usaha tersebut jelas berniat jahat, berbahaya kepada keharmonian negara, serta membuka ruang kepada manipulasi politik yang merosakkan kestabilan masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Perlembagaan telah menetapkan urusan agama Islam di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan hal ehwal bukan-Islam sudah mempunyai saluran sendiri melalui Jabatan Perpaduan Negara serta agensi berkaitan.

“Cadangan pemisahan ini tidak lebih daripada agenda licik untuk melemahkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dan kita tidak akan membiarkan usaha sebegini berlaku,” tegas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Negeri.

Terdahulu, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui mencadangkan pemisahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dengan alasan kononnya mahu memastikan keadilan dalam pengurusan agama serta memperkukuh perpaduan.

Namun, cadangan tersebut sebenarnya hanya mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak yang dilihat menjurus kepada perpecahan dan membuka ruang kepada campur tangan luar dalam urusan pentadbiran agama Islam.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Negara, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz turut menempelak cadangan tersebut dengan menegaskan bahawa dokumen sejarah Perlembagaan tidak pernah membincangkan mengenai pelantikan menteri untuk agama bukan-Islam.

Cadangan pemisahan portfolio ini muncul selepas kontroversi berkaitan garis panduan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengenai kehadiran umat Islam dalam perayaan bukan-Islam, yang akhirnya diputuskan oleh Kabinet untuk tidak diteruskan.

Namun, tindakan Yu Hui ujar Asrul Aimran, membuktikan wujudnya agenda tersirat yang perlu ditentang habis-habisan oleh umat Islam di negara ini

 – HARAKAHDAILY 14/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/penghinaan-kepada-sistem-pentadbiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Cuma Ada 40 Kerusi Boleh Berkhayal Saja Mahu Pinda Perlembagaan Kedudukan Islam Asyraf Wajdi

Dap Cuma Ada 40 Kerusi Boleh Berkhayal Saja Mahu Pinda Perlembagaan Kedudukan Islam Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 229 hits
suaratv comBy13 02 2025KUALA LUMPUR DAP diingatkan cuma memiliki 40 kerusi di Parlimen justeru adalah tidak wajar untuk menuntut pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki m...
Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 381 hits
SHAH ALAM Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan dirombak semula termasuk budaya rasuah tinggalan pentadbiran yang lama di organisasi berkenaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata rombakan berkenaan perlu bagi memastikan DBKL dapat ...
Plus Dijangka Mula Ujian Rintis Sistem Tol Tanpa Palang Menjelang April

Plus Dijangka Mula Ujian Rintis Sistem Tol Tanpa Palang Menjelang April

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 217 hits
PLUS Expressways Bhd pemilik dan pengendali lebuh raya terbesar di negara ini dijangka memulakan sistem tol tanpa palang atau Multi Lane Free Flow menjelang April Menurut laporan The Edge beberapa syarikat konsesi lebuh raya yang diketua
Padans Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah

Padans Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 481 hits
Dalam usaha membasmi kemiskinan secara efektif kerajaan negeri Sabah telah membangunkan PADANS Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah satu pangkalan data komprehensif yang berperanan mengumpul menyimpan dan mengemaskini maklumat berkaitan golon...
Kenapa Kerja Freelance Perlu Dibayar Bukan Dianggap Kerja Amal

Customer Tak Jumpa Kedai Anda Sebab Apa

Kuching Chinese Cemetery Turns Crime Scene As Father Killed Son Left Critical

Preacher Wan Ji Leaves Pkr

Senarai Inisiatif Baru Kwsp 2026 Mulai Januari

Kesilapan Kewangan Awal Tahun 2026 Jangan Ulang Silap Yang Sama

Hadiah Dari Etuza

Lirik Lagu Perlu Mendidik Bukan Merosakkan Mufti Wilayah Persekutuan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Spm 2026 Trial Paper Questions Answers

3 Sokongan Komuniti Dalam Menghadapi Kehilangan

Saleem Cinta Kita Berbeda Chord

Bunga Luqman Podolski Pilihan Mu Chord

Stella Philip Bisi Orang Sanggup Nganti Sulu Chord

Return Of The Manx After 50 Years The Original Dune Buggy Makes A Comeback