Penghargaan Kepada Rakan Blogger Shikin Razali
PENGHARGAAN KEPADA RAKAN BLOGGER SHIKIN RAZALI | Dua minggu lalu saya terima pink parcel yang tak disangka-sangka, ada tulisan "SENDING LOVE to your doorstep".. Loves membuak-buak keluar dari kotak.. Alangkah berbunga-bunga hati ini.. Siapakah si Pengirim parcel ini? Bila saya belek butir-butir si Pengirim, barulah saya tahu parcel ini daripada rakan blogger bernama Shikin Razali.. Perasaan tak sabar ingin tahu apakah isi pink parcel ini?
Pink parcel Al-kisah dalam bulan lalu saya terpilih antara 3 Commentators Bertuah dalam jurnal beliau. Alhamdulillah rezeki tak diduga..
Passport cover with messageBukan itu sahaja saya juga pernah mengisi ruang Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna pada bulan Januari 2019. [CLICK HERE] untuk baca article di blog Shikin mengenai Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna yang saya maksudkan
Lilac passport coverSiapa tak suka hadiah lebih-lebih lagi dalam keadaan surprise kannn? Frankly speaking memang gembira sungguh di hati ini.. Hadiah misteri dari Shikin merupakan custom made passport cover yang sangat cantik berwarna lilac
Name embossed on it A very nice gift with my name embossed on the front cover
Saffiano cover Passport cover seperti saffiano leather memang kena dengan taste saya.
Feel free to visit Jurnal Shikin Razali - click this photoApa yang ingin saya kongsi di sini bukan hadiah semata-mata tetapi keikhlasan yang dapat saya rasai dari Shikin. Walaupun hanya kenal di alam maya tapi ukhuwah yang terjalin sangat istimewa. Shikin suka menyertai Segmen & Giveaway anjuran rakan bloggers tanda sokongan kepada mereka. Bukan itu sahaja, tapi dengan sukarela Shikin mengadakan satu ruang khas di blognya yang diberi nama Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna semata-mata menyuarakan pendapat ikhlas mengenai persahabatan yang terjalin antara mereka.
Pembaca nilai sendiri, bukan mudah memilih, mengulas dan memberikan pendapat ikhlas kepada rakan bloggers.. selain itu beliau memilih top commentators blog beliau dengan memberi hadiah kepada bloggers bertuah setiap bulan. Ianya memerlukan commitment yang tinggi tapi itulah yang Shikin lakukan tanda sokongan kepada rakan bloggers
Berikut petikan dari entry Shikin ketika saya dipilih menjadi Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna bulan January 2019 lalu.
"Kepada Kak LZ, saya nak berterima kasih pada akak kerana masih lagi sudi untuk menjadi rakan maya saya walaupun jarak kita tak jauh mana pun, hihihi.. Apapun saya amat bertuah berkenalan dengan akak yang baik dan selalu supportive pada saya.. Terima kasih jugak kerana selalu singgah di jurnal saya dan selalu berikan komen yang membina, dan saya nak mintak maaf kerana saya jarang berikan komen kat blog akak tapi saya memang jadi silent reader yang tegar untuk blog akak.. Semoga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan diberkati oleh Allah.. Saya doakan akak sekeluarga diberkati dan dirahmati dan selamat dunia akhirat.."
On top of that, apa yang Shikin kata dikota.. Sikap seperti ini harus kita contohi.. Jangan janji tinggal janji.. Harus diingat apabila kita berjanji, orang ingat dan tuntut hak mereka. Sekali terkena memang tiada peluang seterusnya. Kita tak mahu perkara seperti itu berlaku.
Akhir kata, terima kasih kepada saudari Shikin Razali dan rakan bloggers yang mempunyai semangat dan ikhlas dalam menjalinkan ukhuwah antara kita. Semoga persahabatan kita berkekalan dan sentiasa tersemat dalam ingatan.. Teruskan sokongan anda.
Jangan lupa singgah blog Shikin iaitu Jurnal Shikin Razali..
Siapa antara pembaca kenal Shikin, sila tinggalkan komen dan pendapat ikhlas anda mengenai beliau. Selain itu saya juga ingin pendapat dari pembaca mengenai ukhuwah atau persahabatan yang anda dapat melalui blogging. Tinggalkan di ruang komen di bawah. Pendapat dan komen anda sangat saya hargai.. Thank you in advance.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry.
Sekian, wasalam.
Byeee...
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/03/penghargaan-kepada-rakan-blogger-shikin-razali.html