Penghantar Barang Makanan Kini Dilindungi Perkeso Bawah Program Mof


AGENDA DAILY
Penghantar barangan dan makanan Grab Malaysia serta Foodpanda sudah mencarum dengan Perkeso.
Penghantar barangan dan makanan kini dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi inisiatif program SPS Lindung yang diumumkan Kementerian Kewangan, ia akan memberi manfaat bantuan pembiayaan penuh caruman sebanyak RM232.80 setahun.
Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan Grab Malaysia dan Foodpanda sudah mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah program SPS Lindung, kata Perkeso.
“Kerjasama strategik antara Perkeso dan platform penyedia perkhidmatan ini merupakan satu lagi pendekatan proaktif dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) termasuk rakan penghantar.
“Kerajaan melalui SPS Lindung menyediakan bantuan berbentuk pembiayaan penuh caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pelan 2 iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan selama setahun.
“Selaku peneraju dalam kalangan 133 platform penyedia perkhidmatan di Malaysia, Grab Malaysia dan Foodpanda merupakan dua platform pertama yang tampil menyahut seruan tersebut dan hasilnya, rakan penghantar mereka kini dilindungi Skim Bencana Pekerjaan di bawah SKSPS,” kata Perkeso dalam satu kenyataan hari ini.
Program SPS Lindung diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November tahun lepas sebagai pakej perlindungan Perkeso kepada mereka yang bekerja sendiri.
Program itu merupakan penambahbaikan kepada program PenjanaGig yang diperkenalkan sejak 15 Jun 2020 dengan beberapa manfaat perlindungan keselamatan sosial.
Antaranya faedah perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, orang tanggungan, pengurusan mayat, elaun layanan sentiasa, faedah pinjaman pendidikan dan kemudahan pemulihan jasmani dan serta vokasional.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed dalam kenyataan sama berkata menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan rasa tangggungjawab kedua-dua peneraju utama platform penyedia perkhidmatan itu.
Menurutnya, komitmen dan teladan dalam memberikan perlindungan sosial akan membangkitkan semangat rakan penghantar untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
“Lebih daripada itu, akan mendorong platform penyedia perkhidmatan yang lain untuk mencontohi mereka.
“Saya menyeru semua platform penyedia perkhidmatan untuk turut mengikuti jejak langkah Grab Malaysia dan Foodpanda dalam menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakan penghantar.
“Seterusnya menyokong usaha kerajaan dengan memastikan rakan penghantar mereka didaftar, dicarum dan dilindungi,” kata beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penghantar-barang-makanan-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
64 773 Penghantar Grab Food Panda Daftar Skim Bawah Perkeso

64 773 Penghantar Grab Food Panda Daftar Skim Bawah Perkeso

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 302 hits
AGENDA DAILY Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Sejumlah 64 773 pencarum aktif yang terdiri daripada penghantar Grab Malaysia dan Food Panda telah berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri s...
Program Bank Makanan Kawasan Rukun Tetangga Taman Kasih Putera Bahau Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021

Program Bank Makanan Kawasan Rukun Tetangga Taman Kasih Putera Bahau Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 579 hits
04 Julai 2021 Taman Kasih Putera BahauProgram Bank Makanan KRT TMN KASIH PUTERATujuan Menyalurkan bantuan barang barang makanan kepada penduduk yang dikuarantin serta penduduk penduduk yang mengalami masalah lain seperti tidak dapat bekerja...
E Baucer Makanan Kfc Untuk Mahasiswa Johor Permohonan Kini Dibuka

E Baucer Makanan Kfc Untuk Mahasiswa Johor Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 531 hits
Yayasan Pelajaran Johor hari ini mengumumkan permohonan bagi e Baucer makanan KFC bernilai RM20 kini dibuka sehingga 31 Julai 2021 Insentif sumbangan ini merupakan antara bentuk bantuan kerajaan Negeri Johor melalui Pakej Ransangan Ekonomi ...
Program Bantuan Bank Makanan Di Sungai Siput Langgar Sop Kata Polis

Program Bantuan Bank Makanan Di Sungai Siput Langgar Sop Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 431 hits
Polis berkata pemilik perniagaan terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan IPOH Polis mengesahkan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard ketika pengagihan b...
Syarat Kelayakan Bantuan Mahasiswa Selangor Bantuan Ipt Barang Makanan Mohon Disini

Syarat Kelayakan Bantuan Mahasiswa Selangor Bantuan Ipt Barang Makanan Mohon Disini

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 497 hits
Golongan mahasiswa juga tidak dilupakan 9 Jun yang lalu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif Bantuan Mahasiwa Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 Apakah syarat kelayakan yang diperlukan Semak sahaja d...
Mcdonald S Malaysia Belanja 65 000 Penghantar Makanan

Mcdonald S Malaysia Belanja 65 000 Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 503 hits
McDonald s Malaysia Belanja 65 000 Penghantar Makanan Musim PKP ni memang ramai yang mengambil inisiatif untuk terus duduk di rumah dari keluar samada untuk membeli barang keperluan atau makanan Sepanjang tempoh PKP ni orang ramai banyak me...
Wall S Sumbang Topi Keledar Kepada Penghantar Makanan

Wall S Sumbang Topi Keledar Kepada Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 307 hits
Wall s sumbang topi keledar kepada penghantar makanan Wall s Malaysia dengan kerjasama GrabFood menyasarkan kutipan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100 000 menerusi kempen Wall s Bersama Riders Pengarah Pemas...
Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka Ini Syarat Amp Dokumen Diperlukan

Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka Ini Syarat Amp Dokumen Diperlukan

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 402 hits
Kerajaan Negeri Selangor melalui YAWAS telah menyediakan pelbagai program untuk Golongan Orang Kurang Upaya di negeri tersebut Dan terkini YAWAS telah mengadakan Program Intervensi Awal Pusat Anis dan pendaftaran adalah sehingga 30 Julai 20...
Leklumcdbelanja Rai 65 000 Senyuman Penghantar Makanan

Leklumcdbelanja Rai 65 000 Senyuman Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 399 hits
LEKLUMcDBELANJA RAI 65 000 SENYUMAN PENGHANTAR MAKANAN Penghantar makanan di seluruh negara tebus set hidangan Quarter Pounder dengan Keju McDonald s ini berita menarik yang wajib dikongsikan dengan semua terasa mereka juga patut dihargai s...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


T16d12 Separuh Hari Pun Bolehlah

Resipi Telur Tomato Chinese Style Favourite Yusuf

Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda