Penggunaan Toner Dalam Rutin Penjagaan Wajah Amat Penting
PENGGUNAAN TONER DALAM RUTIN PENJAGAAN WAJAH AMAT PENTING
Dalam entry terdahulu, Cik Rose ada ceritakan tentang pencuci muka yang Cik Rose sedang gunakan. Boleh rujuk entry ini : https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/07/innisfree-green-tea-foam-cleanser.html
Kali ini, Cik Rose nak ceritakan pula toner yang Cik Rose guna. Ni pertama kali guna. Sebelum ini, pernah guna toner Syahirah, Nutox, Nacific dan banyak lagi. Untuk toner, selalunya Cik Rose displin sikit. Setia guna sampai habis, baru tukar jenama lain.
Memandangkan toner Syahirah dah habis, Cik Rose pun mula pakai Innisfree Green Tea Balancing Skin EX.
Tadaa.. Inilah dia :
Untuk pengetahuan, Cik Rose akan pakai pada waktu pagi dan petang/malam. Untuk waktu tengahari - solat Zohor di pejabat. Lepas cuci muka, Cik Rose pakai toner Nacific. Sebab yang tu tinggal di pejabat.
Keterangan produk
This toner removes dead skin cells and impurities, yet ensures that your skin stays moisturised and hydrated. Additional ingredients such as betaine from amino acids as well as other minerals give your skin that extra boost of moisture, and balances out the natural oil-to-water balance of the skin. Our favourite part of this product is its water-like texture that absorbs instantly into your skin without leaving it feeling sticky, making it soft and supple.
Kredit : ALTHEA
Apa yang Cik Rose rasa lepas pakai toner ni, kulit jadi lebih lembut. Tiada masalah kulit kering atau jerawat. Jerawat manja adalah juga tumbuh waktu tertentu. hihi. Memang kena pakai tiap kali lepas cuci muka! Dah jadi teman sejati. Hikhik.
Dah pakai banyakkali, tapi macam lambat je habis. Mungkin sebab ia likat kot kan. Pakai sikit jer. Kalau ikutkan pakai guna kapas lagi best kan. Tapi, Cik Rose guna jari jer. Pastikan tangan bersihlah sebelum sapu. Jangan main letak jer. Kesian kulit wajah kita ni.
Beli di mana? Cik Rose beli dari website Althea. Harganya RM 55 sahaja.
Produk Innisfree memang best. Cik Rose dah jatuh hati. Nanti boleh tambah koleksi yang lain pula.
Kepentingan toner pada wajah kita :
1. Membantu Mengekalkan Kesegaran dan Kelembapan Wajah
2. Mengimbangkan PH Kulit
3. Mengecilkan Lianag-liang Pori pada Wajah
4. Mencegah Kulit Wajah Menjadi Kering dan Kasar
5. Membantu Memberikan Lapisan Perlindungan Tambahan pada Kulit
Jangan skip pula pakai toner kalau nak kulit cantik berseri. hihi. Nampak remeh kan. Tapi, sebenarnya besar impaknya. Ada yang hanya pakai pencuci dan pelembab sahaja.
Jangan macam tu. Selitkanlah penggunaan toner. Lagi ummp kulit wajah nanti. hihi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/08/penggunaan-toner-dalam-rutin-penjagaan.html