Penggunaan Aplikasi Mysejahtera Di Premis Akan Diwartakan Wajiib


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa semua majikan, peniaga, syarikat atau pemilik premis mendaftar aplikasi MySejahtera melalui laman sesawangnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat kes positif Covid-19.
Noor Hisham berkata penggunaan aplikasi tersebut juga akan dimasukkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Dalam kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga, restoran nasi kandar didapati tidak menggunakan aplikasi Mysejahtera, pendaftaran pengunjung secara manual atau mengambil suhu badan pelanggan mereka.
“Sekarang ini kita ada masalah, cabaran kita untuk mengesan kontak rapat.
“Sebab yang pertama, tidak ada penggunaan Mysejahtera ataupun aplikasi lain, yang kedua tiada rekod.
“Kedai-kedai sepatutnya ada rekod pelanggan yang keluar masuk kedai tersebut dengan nombor telefon dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Dia berkata sekiranya tiada rekod, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPBD) akan dilaksanakan di kawasan tersebut, selain tindakan kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penyakit tersebut.
Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap kes indeks Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah.
Dia mengulas sesetengah pihak yang didakwa membuat ancaman, termasuk secara fizikal terhadap individu daripada kluster terbabit.
Menurut Noor Hisham, individu yang menyertai kegiatan Hari Raya Aidiladha sebelum mendedahkan kaitannya dengan kluster tersebut telah pun didenda.
“Jangan kita mengambil undang-undang sendiri di tangan kita iaitu melanggar undang-undang. Biarkan pihak berkuasa jalankan Penguatkuasaan di bawah Akta 342 dan akta- akta yang lain,” katanya.
Tahu jadi kontak rapat lepas hari raya
Dia berkata, individu itu merupakan pelanggan di restoran yang dimiliki kes indeks kluster Sivagangga, yang kembali dari India pada 13 Julai tetapi tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah.
Pelanggan itu melakukan ujian Covid-19 di sebuah klinik swasta pada 27 Julai, tetapi ia hanyalah ujian antibodi kit ujian pantas (RTK) yang berbeza dengan ujian RT-PCR (Reverse Transcriptase – Polymerase Chain Reaction), tidak dapat mengesan Covid-19 di peringkat awal jangkitan. Keputusan ujiannya ialah negatif.
“Pada 31 Julai (Hari Raya Aidiladha), dia mula mengalami gejala demam dan batuk tetapi tidak hubungi pusat kesihatan daerah atau klinik kesihatan terdekat untuk rawatan.
“Sehari kemudian, selepas terlibat dalam kegiatan Hari Raya, dia diberitahu bahawa dia adalah kontak rapat dengan kes indeks.
“Selepas itu, ujian saringan RT-PCR dilakukan dan dia didapati positif Covid-19. Dia positif, kita kena masukkan ke hospital dan diasingkan. Saya syorkan untuk ambil tindakan undang-undang dalam peraturan Akta 342,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata ketidakpatuhan terhadap Perintah Pemerhatian di Dalam Rumah (HSO) oleh kes indeks dalam kluster juga mengakibatkan penularan Covid-19 sehingga mengakibatkan sejumlah 21 kes positif hasil ujian saringan hari ini yang dilaksanakan terhadap 425 orang manakala 362 kes negatif dan baki 42 kes sedang menunggu keputusan.
Noor Hisham juga mengakui peningkatan kes mendadak di Hong Kong, Jepun dan Australia memerlukan Malaysia lebih berhati-hati dengan memperketatkan kawalan sempadan negara walaupun rundingan membuka pintu negara antara negara zon hijau sudah dimulakan.
Katanya, pelaksanaan perkara itu bergantung kepada situasi semasa pandemik di negara zon hijau.
“Untuk memperketatkan dan meneruskan langkah positif sekarang ini di dalam negara kita memerlukan kerjasama setiap individu dalam negara ini dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard iaitu membudayakan pemakaian mask dan penjarakan sosial,” katanya lagi.
The post Penggunaan aplikasi MySejahtera di premis akan diwartakan WAJIIB appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/03/penggunaan-aplikasi-mysejahtera-di-premis-akan-diwartakan-wajiib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Premis Wajib Guna Aplikasi Mysejahtera Mkn

Setiap Premis Wajib Guna Aplikasi Mysejahtera Mkn

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 604 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan setiap premis perniagaan diwajibkan mengguna aplikasi MySejahtera Ia bertujuan untuk memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Bagaimanapun penggunaan aplikasi tambahan lain sepert...
Semua Premis Perniagaan Diwajibkan Menggunakan Mysejahtera Untuk Daftar Masuk

Semua Premis Perniagaan Diwajibkan Menggunakan Mysejahtera Untuk Daftar Masuk

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 272 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan semua premis perniagaan wajib menggunakan aplikasi MySejahtera untuk tujuan pengguna daftar masuk lokasi Walaubagaimanapun pemilik perniagaan turut dibenarkan untuk menggunakan aplikasi tambahan lain untuk tuju...
K Jaan Tambah Baik Aplikasi Mysejahtera Untuk Oku Buta

K Jaan Tambah Baik Aplikasi Mysejahtera Untuk Oku Buta

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 264 hits
Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali berkata ini selepas kerajaan mengambil langkah mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua premis perniagaan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan akan menambah ba...
Cara Mudah Buat Qr Code Check In Mysejahtera Buat Peniaga Pamer Depan Premis

Cara Mudah Buat Qr Code Check In Mysejahtera Buat Peniaga Pamer Depan Premis

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 609 hits
Apabila kita pergi ke sesuatu premis perniagaan terdapat premis yang menggunakan Kod QR Selangkah ada juga yang menggunakan MySejahtera App bagi tujuan mengesan rekod log pelanggan Sesuai tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang berwibawa ...
Cara Mudah Buat Sendiri Kod Qr Mysejahtera Untuk Premis Anda

Cara Mudah Buat Sendiri Kod Qr Mysejahtera Untuk Premis Anda

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 529 hits
Ekoran daripada pandemik Covid 19 ketika ini penggunaan aplikasi MySejahtera dapat memudahkan pengesanan kontak rapat di premis premis seluruh negara Penggunaan aplikasi ini juga akan diwajibkan di semua premis seluruh negara melalui Akta P...
Jangan Lupa Masukkan Butiran Anak Dalam Aplikasi Mysejahtera

Jangan Lupa Masukkan Butiran Anak Dalam Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 569 hits
Kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia khasnya menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai tracking untuk kita memasuki atau menghadiri mana mana presmis perniagaan majlis dan sebagainya Aplikasi MySejahtera memberikan info terkini statis...
Cara Daftar Premis Untuk Dapatkan Code Mysejahtera

Cara Daftar Premis Untuk Dapatkan Code Mysejahtera

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 1041 hits
Kebanyakkan daripada peniaga mereka ambil mudah dan memberi pelbagai alasan Sebab apa sebab belum terkini pada diri sendiri dan ahli keluarga mereka Sepatutnya KKM dan Polis telah lama turun dan saman mana mana kedai yang tiada kod mysejaht...
Android Lockbox Google Memantau Penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga

Android Lockbox Google Memantau Penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 428 hits
Untung dan dalam masa sama juga rugi guna peranti Huawei atas dua sebab Untung kerana tiada GMS yang akan memantau pengguna dan menggunakan kuasa bateri kerana digantikan dengan HMS Rugi pula kerana digantikan dengan HMS HMS masih baru bert...
Pasar Tanpa Premis Di Kubang Pasu Dan Padang Terap Dilarang Beroperasi

Pasar Tanpa Premis Di Kubang Pasu Dan Padang Terap Dilarang Beroperasi

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 222 hits
ALOR SETAR 4 Ogos Kerajaan Kedah tidak membenarkan pasar tanpa premis termasuk pasar pagi pasar malam dan nat di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap beroperasi berkuat kuasa semalam hingga 30 Ogos ini Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Ke...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo