Penggulungan Kempen Hiruk Oleh Rafizi


SESUDAH SUBUH Rumusan ringkas penggulungan Rafizi.

BETA sempat mengikuti penggulungan kempen jelajah Hiruk oleh Rafizi Ramli malam tadi, dari awal hingga akhir. Penggulungan itu merupakan kempen terakhir setelah menjelajahi ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam siri pemilihan Keadilan 2025 - 2028. Penggulungan itu panjang lebar, menarik, menyakinkan dan penuh dramatik.

Beberapa perkara yang boleh dirumuskan sepanjang penggulungan itu kemudian baik dipetik untuk dinilai fikirkan bersama dengan penuh "ketasamuhan".

Penggulungan itu juga mejelaskan pendirian persnoliti dan saksiyah politik Rafizi sebagai orang berprinsip serta mempunyai falsafah siasahnya tersendiri.
Beliau kekal dengan sikap outspoking berkata benar dan jujur serta berani bertanggungjawab mengikut dhamirnya. Beliau tidak sedia berkompromi dengan sesiapa jua demi prinsip.

Menjelaskan mengenai bentuk kempen yang dilihat agresif dan emosional, beliau mengakui ia disusun dan diatur demikian rupa kerana ingin mencipta gelombang. Hanya dengan adanya gelombang sahaja menjadikan orang memerhati kepada kita (dia) dan juga parti. 
Gelombang itu bukan sahaja untuk pemilihan tetapi terguna pakai untuk pilihan raya ke-16 nanti. Katanya dia ingin mengajar dan mendidik generasi parti bagaimana hendak menguruskan kempen pilihan raya nanti, sebab tidak ramai dalam Keadilan orang mampu berbuat sepertinya.

Sejak kempen Hiruk dijalankan dua minggu lalu menurutnya pemerhatian dan tumpuan orang kepada Keadilan luar biasa. 10,000 hingga 30,000 yang melihat live stream setiap kali ada acara kempen. Perkembangan ini baik buat parti. Menurut Rafizi cetusan gelombang itulah diharap akan terus berkembang sehingga ke pilihan raya mendatang. 
Tentang emosi dengan simple beliau menjawab, untuk menarik orang mesti menggunakan emosi kerana pengundi itu menggundi guna emosi dan bukan guna akal fikiran. Mereka mengundi berdasarkan fakta dan bukti bukan cakap cakap atau retorik.

Pertandingan.
Mengenai pertandingan yang sedang berlaku kini Rafizi menganggap ia bukan di antara beliau dengan kawannya Nurul Izzah, tetapi pertembungan antara refomis para pejuang yang ikhlas dengan golongan oportunis yang baru menyertai parti untuk mengambil ghanimah kemenangan. Mereka ini adalah penangguk di air keruh yang perlu berhati-hati dan menolaknya. 
Buang yang keruh ambil yang jernih.Mereka adalah perosak dan penjahanam perpaduan Keadilan. Inilah hakikat pertembungan dalam pemilihan kali ini. Nurul Izzah katanya hanya dijadikan alat atau ditunggangan untuk kepentingan golongan itu. Sebahagian yang berada dalam golongan itu dakwanya adalah bekas penyokong Azmin Ali, kartel.

Beliau tidak menyebut secara jelas siapa yang dianggap sebagai kartel itu. Justeru beliau simpati kepada Nurul Izzah. Dua kali beliau meluahkan rasa simpati itu

Dalam penggulungan itu Rafizi sekali mempamerkan sikap dan pendiriannya yang suka berterus terang dengan mengulangi, kalau dia tidak disenangi, cakap sahaja beliau boleh berundur. Beliau bukan seorang gilakan kuasa dan jawatan. Beliau tidak senang dengan perbuatan di depan cakap lain, belakang cakap lain.

“CAKAPPPP…” katanya penuh emosi geram sambil mengetap bibir. Aksi itu menunjukkan betapa marah, kecewa dan geramnya terhadap apa yang berlaku.

Menurut Rafizi lagi beliau tidak kesal kalau ketidak-adilan dilakukan ke atas dirinya, dia boleh terima sebagai orang yang sering dianiaya. Tetapi apa dikesalkan ia dilakukan ke atas ahli dan penyokong yang tidak berdosa. “Jangan tipu dan permainkan mereka, kesianlah” ujarnya.

Dalam menunjukkan kempennya berisi, penuh fakta dan disertakan bukti, beliau menempelak pihak sebelah sana (Damai) yang gagal menjawab dan menangkis beberapa fakta dikemukannya, misalnya pemanipulasian sistem pemilihan peringkat cabang, tidak beradab berkaitan perasmian jentera pilihan raya Sabah. Kejadian ada kepala badan tiada, ada badan kepala hilang, terus diungkit sebagai kelemahan pihak JPP yang sangat dikesali dan suatu bentuk ketidak-adilan berlaku.

Sikap itu menunjukkan apa yang dinyatakan itu benar, misalnya berkaitan dengan pemanipulasian sistem pemilihan menyebabkan ramai orang orang pronya kalah dalam pertandingan di cabang.

Keadaan itu dilihat oleh Rafizi sebagai satu strategi dan taktik disusun khusus untuk membuangnya. Kerana itu dalam pertandingan itu beliau sudah merasakan beliau akan kalah. Lantaran itu sekiranya beliau menang juga nanti menyebabkan dia boleh terkejut dan sakit jantung.

Dalam keadaan tertentu Rafizi terus bermain dengan reverse psikologi dalam penggulungan, misalnya di hujung penggulungan jelasnya berdasarkan kedudukan dicabang cabang walaupun orangnya banyak dicantas, tetapi masih ramai yang tinggal, menang berada dalam jawatanakuasa. Mereka mewakili 45 peratus undi, kerana itu harapan untuk menang tetap ada. 

“Sebab itu saya kata kalau saya menang nanti ia mengejutkan, saya boleh sakit jantung,” selorohnya. 

Apapun Rafizi menyerahkan kepada perwakilan menentukannya sambil menegaskan apa yang berlaku nanti adalah ketentuan Allah SWT yang perlu diterima dengan reda.

Berdasar pengakuan dan melihat kepada pendirian Rafizi seorang yang berpegang kemas kepada prinsip, ada jati diri, menyanyangi parti yang dibina bersama, saya tidak nampak beliau akan menghuru harakan parti sekiranya kalah 25 Mei kelak.

Mungkin beliau tidak akan menerima tawaran untuk berada dalam kabinet atas lumrah orang kalah tidak wajar untuk dilantik sebagai menteri. Sekiranya ini benar berlaku kepada Rafizi, Keadilan akan mengalami kerugian besar meskipun tidak akan goyah tanpa pahlawan seperti Rafizi.

Kepada Keadilan amnya dan presiden Anwar Ibrahim khususnya diharap memberi perhatian kepada beberapa bilah bilah ucapan Rafizi yang sangat autantik dan berguna untuk kebaikan parti dan seterusnya memastikan Anwar akan jadi PM untuk sepenggal nanti. 
Dua perkara menjadi kata kunci penggulungan itu ialah agar parti memansuhkan kuasa perlepasan diberikan kepada presiden untuk membenar "orang luar" bertanding, dan ahli yang hendak bertanding pastikan sudah menjadi ahli sekurang kurangnya lima tahun. Horas. [wm.kl. 6:57 am 21/05/2025]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/05/penggulungan-kempen-hiruk-oleh-rafizi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 363 hits
ALL eyes will now be on PKR deputy president Datuk Seri Rafizi Ramli who aspires to keep the reformasi momentum alive with his HIRUK campaign tagline as he defends his post in a two horse race against Nurul Izzah Anwar at the party s centra...
Pemilihan Pkr Rafizi Lancar Jelajah Hiruk Bersama Pasukan

Pemilihan Pkr Rafizi Lancar Jelajah Hiruk Bersama Pasukan

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 165 hits
Pasukannya termasuk dua ahli Jemaah Menteri seorang menteri besar serta bekas exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad Chang Lih Kang Aminuddin Harun dan Rodziah Ismail antara pemimpin dalam pasukan Rafizi Ramli untuk pemilihan PKR PETALING JAYA R...
Kempen Rafizi Sudah Bermula Nurul Izzah Bila Lagi

Kempen Rafizi Sudah Bermula Nurul Izzah Bila Lagi

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 175 hits
10 May 2025Sebaik mengesahkan pencalonannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tidak menunggu lama untuk mengatur gerakan kempennya Tema kempen beliau kali ini ialah HIRUK Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa Se...
Tidak Kata Rafizi

Tidak Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 123 hits
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Rafizi Ramli dilaporkan enggan merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan yang dijadual berlangsung pada 22 Mei ini di Johor Bharu Menurut sumber dalaman terting...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust