Penggemar Pokok Keladi Tidak Perlu Mohon Permit
Oleh Rafiqah Dahali
Pokok keladi tidak dikategorikan sebagai tumbuhan yang dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan tidak menjadi satu kesalahan untuk menjual atau memelihara tumbuhan berkenaan di Sabah. - Foto hiasan KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah menafikan khabar angin bahawa orang ramai yang menyimpan tanaman hiasan Alocasia atau dikenali sebagai pokok keladi, bakal dikenakan tindakan undang-undang jika tidak memohon sebarang permit atau kebenaran.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata pokok keladi tidak dikategorikan sebagai tumbuhan yang dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. Oleh itu tidak menjadi satu kesalahan untuk menjual atau memelihara tumbuhan berkenaan di Sabah.
"Namun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil tumbuhan itu di hutan simpan atau kawasan yang dilindungi melainkan mempunyai kebenaran yang sah daripada jabatan atau agensi diamanahkan menjaga kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Disyorkan Untuk Anda Sabah lindungi tenggiling272 spesies hidupan liar negara dilindungi sepenuhnyaKerajaan Sabah lulus Pelan Tindakan Gajah 2020-2029Pesalah hidupan liar di Sabah berdepan denda lebih tinggi
Beliau berkata, Jabatan Hidupan Liar mempunyai platform laman media sosial Facebook dan Instagram 5R Hidupan Liar bagi orang awam mengetahui hebahan am dikeluarkan oleh jabatan, membuat rujukan mengenai hidupan liar yang dilindungi dan mempelajari lebih banyak mengenai perlindungan hidupan liar di Sabah.
"Media sosial ini bertujuan supaya jabatan dapat berinteraksi bersama orang awam serta berkongsi pendapat mengenai hidupan liar di Sabah dan orang ramai adalah digalakkan untuk mengikuti sebarang perkembangan dari laman terbabit," katanya.
Alocasia didapati tumbuh di hutan hujan tropika di Asia Tenggara dan kerap ditemui di Kepulauan Borneo serta boleh mencapai ketinggian empat meter.
Terdapat lebih kurang 79 spesies Alocasia yang diketahui dan ia tumbuhan jenis keladi yang mudah dijaga serta digemari kerana daunnya yang mengagumkan dari segi bentuk dan warna.
Kebelakangan ini, permintaan terhadap pokok keladi semakin meningkat berikutan ia telah menjadi tular di laman media sosial.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/penggemar-pokok-keladi-tidak-perlu.html