Masakan Pokok Bergoyang




Pecah dah parti PAN - Amanah ni..!
Apa jadi dalam Amanah?Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah di Selangor beralih arah ke PKR di Selangor mungkin hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar dalam parti itu.
Perkara itu dikatakan mempunyai kaitan, jika tidak pun pergolakan dalaman, dengan isu hala tuju parti sama ada cenderung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim atau Pengerusi Parti Pejuang Tanah Dr Mahathir Mohamad.
Ia antaranya dikaitkan dengan pertemuan Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada 29 Oktober yang dikatakan membincangkan isu “kerajaan perpaduan”.
Mohamad enggan mengulas lanjut manakala Mahathir pula berkata ia cuma “pertemuan biasa antara rakan”.


Tambahan lagi pertemuan itu berlaku selepas Tengku Razaleigh mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas Anwar mempersembahkan dokumen sokongan bagi membentuk kerajaan baru.
Seorang pemimpin PKR Selangor memberitahu Malaysiakini, tindakan pemimpin kanan Amanah yang dilihat pantas membela Mahathir ketika diserang tetapi “perlahan” ketika Anwar berdepan perkara sama membuatkan rasa tidak selesa sesetengah anggota dan pemimpinnya.
Perkara itu, dakwanya, antara sebab yang membawa kepada peralihan arah Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak Ahmad Mustain Othman kepada PKR.
Bagaimanapun, dalam kes Mustain, katanya, agak berbeza apabila dia dikatakan menjadi mangsa spekulasi dan dakwaan pro-Perikatan Nasional (PN).
“Tapi Mustain (tetap) dengan PH. Sebab lepas dipecat dia pergi ke PKR, bukan Bersatu,” katanya.
Selepas Fakhrulrazi dan Mustain... 
Pemerhati melihat dilema itu sebelum ini tidak menjadi isu memandangkan Mahathir dan Anwar sama-sama berada dalam satu gabungan.
Sumber-sumber Amanah memberitahu Malaysiakini, kepimpinan parti itu sekarang tidak menutup terus pintu kepada Mahathir, walaupun komited dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar.
Bagaimanapun, pihak dalam Amanah yang dilihat rapat dengan Anwar pula dikatakan lebih selesa membuka lembaran baru tanpa Mahathir.
Dilema inilah yang dikatakan menyebabkan Fakhrulrazi dan Adun Sabak Ahmad Mustain memilih PKR sebagai parti baru.
Selain mereka, dua lagi wakil rakyat Amanah - Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib (bawah) - turut dikaitkan dengan spekulasi itu tetapi menafikannya.


Bagaimanapun tidak jelas sama ada terdapat lagi beberapa pemimpin dan wakil rakyatnya yang akan beralih arah ke PKR.
Naib Presiden Amanah, Husam Musa pada September lalu turut dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Amanah dan menyertai PKR tetapi dia menafikan perkara itu.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin Amanah yang dihubungi Malaysiakini memberikan reaksi berbeza susulan konflik parti itu. 
Seorang pemimpin kanan parti serpihan PAS itu memberitahu tiada pergolakan dalaman, tetapi cuma dalam isu pendekatan politik.
"Tiada masalah dalaman dalam Amanah. Hanya ada (pihak) yang nak paksa Amanah pilih Anwar dan tolak Mahathir. 
"Amanah merasakan walaupun kita pilih Anwar tak semestinya kita tolak atau serang Mahathir. Kita serang PN," kata seorang pemimpin kanan Amanah kepada Malaysiakini. 
Permintaan dalaman
Dia mendedahkan terdapat permintaan dalaman supaya mereka bersikap lebih keras terhadap Mahathir yang kini membentuk blok bebas bersama Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal.
"Maka pihak yang nak cuba paksa kami tolak dan serang Mahathir, timbulkan kekeliruan di kalangan ahli, dengan menuduh Amanah pro-Mahathir. 
"Sedangkan kami pro-Anwar tetapi tidak anti Mahathir. Kita anti-PN kerana kami pembangkang dan PN kerajaan," katanya lagi. 


Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin (atas), pula berkata tiada konflik dalaman kerana ketetapan telah dibuat.
"Sejujurnya tiada. Kepimpinan Amanah di peringkat nasional sebulat suara dengan pendirian memperkukuhkan PH dan Anwar," katanya. 
Turut senada, Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
"Sekiranya ada alasan yang mengatakan Amanah berbeza pandangan berkaitan pencalonan PM, Amanah telah tegaskan daripada awal, pilihan parti adalah Anwar. 
"Sokongan ini telah pun diberikan di hadapan Yang di-Pertuan Agong semasa Langkah Sheraton dan sejurus pengumuman oleh Anwar 23 September lalu," katanya lagi. 
Pendirian sama turut dinyatakan oleh anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.
Malaysiakini telah menghubungi Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan masih menunggu maklum balas mereka. sumber
Abang Mat cuma nak sebut ayat lama Aljuburi tu kot..!
Kan dia yang mulakan dulu..!
Lu Fikir la Sendiri..!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2020/11/masakan-pokok-bergoyang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pokok Bunga Mak Datin

Pokok Bunga Mak Datin

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 1045 hits
Morning Dua tiga hari ni mendung setiap pagi Kalau tidak cuaca bahang panas tak boleh bawa bincang Buat kerja sikit dah berpeluh nak ke dapur lagilah malas di buatnya Jangan tak tahu perempuan ni kalau dah sampai masa malas dia mahu seharia...
Koleksi Pokok Baru Mama

Koleksi Pokok Baru Mama

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum semua Harini mama nak perkenalkan koleksi pokok baru mama Hmm tak tau la nape dengan mama ni Walaupun tak pandai sangat dalam hal bercucuk tanam tetiba menambah pula koleksi pokok Ada pokok yang mama memang tiba tiba minat d...
Aksi Bomba Sanggup Panjat Pokok Masuk Sungai Buat Ramai Terharu Semuanya Kerana Si Comel Saja Meow Nak Manja

Aksi Bomba Sanggup Panjat Pokok Masuk Sungai Buat Ramai Terharu Semuanya Kerana Si Comel Saja Meow Nak Manja

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 487 hits
Dua kejadian berasingan yang dikongsi oleh Bomba menerusi Facebook pada Rabu SEBUT sahaja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia perkara pertama terlintas dalam fikiran kita tentunya tugas mereka dalam memadamkan kebakaran Namun bidang kerja...
Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup Barulah Pokok Cepat Besar

Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup Barulah Pokok Cepat Besar

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 323 hits
Daun sup merupakan antara tanaman yang mudah untuk ditanam dan wajib ada di rumah Sesuai ditabur di dalam masakan sup kami kongsikan cara mudah menanam pokok daun sup yang dikongsi oleh saudara Abdul Sapawi Abdullah Menariknya cara ini kera...
Pokok Kunyit Berbunga

Pokok Kunyit Berbunga

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 881 hits
First time tengok bunga pokok kunyit Tak sangka pula pokok kunyit ada bunga Bunganya boleh pula dimakan saya search di google Tapi saya tak makan sebab tidak biasa Alhamdulillah pertama kali tanam pokok kunyit dan hidup dengan sihat Walaupu...
Pokok Setawar Halia Merah

Pokok Setawar Halia Merah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 816 hits
Belek belek album lama dalam handphone terperasan gambar satu pokok ni Pokok renek macam pokok cekur macam tu tapi bukan dia Rupa bunga macam bunga kunyit Kekeliruan di situ Itulah dia ambil gambar je tahu lupa nak tanya mak nama pokok tu I...
Netizen Luah Kekecewaan Selepas Melihat Gambar Bersama Basikal Di Atas Pokok Ini

Netizen Luah Kekecewaan Selepas Melihat Gambar Bersama Basikal Di Atas Pokok Ini

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 403 hits
Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal sememangnya diketahui umum menjadi antara aktiviti sukan pilihan ramai dalam kalangan masyarakat kita tanpa mengira latar belakang Populariti aktiviti ini dilihat semakin berkembang terutamanya sem...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet