Pengganti Lee Tuck Akan Diumumkan Bulan Depan
Pemain no 19 dikaitkan sebagai pengganti Lee Tuck, nama dok leh kabo.. cari diri ah
Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) pantas mencari pengganti Lee Tuck apabila bakal mengikat pemain tengah menyerang yang pernah beraksi dengan sebuah pasukan Liga Super musim ini.
Menurut sumber, pemain itu sudah menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi pasukan TFC musim depan dan hanya menunggu kontrak bersama pasukannya berakhir hujung bulan ini.
"Kami berminat untuk mendapatkan pemain itu dan perbincangan pun sudah diadakan dengannya, jika tidak ada sebarang masalah kita akan menandatangani kontrak pemain tengah menyerang itu.
"Tapi kami perlu mengambil sedikit masa kerana pemain berketinggian hampir 1.80 meter itu masih ada lagi baki kontrak dengan pasukannya musim ini, jadi kami perlu hormatinya bagi mengelak perkara tidak diingini timbul," katanya.
Mengulas lanjut, menurut sumber itu pemain berkenaan yang kini masih lagi beraksi bersama pasukan kebangsaan negaranya bakal mengisi posisi bekas kapten kerana corak permainannya menepati perancangan pasukan.
"Tapi setakat ini kita belum mahu dedahkan namanya terlebih dahulu, biarlah rahsia, jika semuanya selesai kita akan maklum," kata sumber itu yang mengharapkan pemain yang pernah beraksi dalam Liga Ghana itu mampu beraksi cemerlang lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam kancah Piala AFC musim depan selain Liga Malaysia (Liga M).
Terdahulu Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang menguruskan pasukan TFC dan Terengganu FC II (TFC II) mengumumkan tidak menyambung kontrak lima pemain import TFC musim ini termasuk kapten berdarah campuran Malaysia-England yang digelar 'Rooney Ganu', Tuck.
Turut tidak disambung kontrak pemain kebangsaan Singapura, Muhammad Faris Ramli, Dominique Da Sylva (Mauritania), Babacar Diallo (Senegal) dan pemain kebangsaan Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov.
Bagaimanapun nasib berbeza buat pemain pertahanan TFC II, Argzim Redzovic dan penyerang, Jordan Mintah apabila dikekalkan bagi mengharungi kancah Liga Perdana musim depan manakala rakan sepasukannya, Bruno Suzuki dan Dechi Marcel turut terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada orang Terengganu.
Dengan pengumuman itu, TFC dan TFC II dilihat melakukan rombakan besar-besaran terhadap tonggak importnya manakala pemain tempatan dalam proses rundingan kerana masih mempunyai kontrak dengan pasukan masing-masing. - Harian Metro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.terengganusebelas.com/2020/11/pengganti-lee-tuck-akan-diumumkan-bulan.html