Pengertian Kemerdekaan Sebenar Dr Ahmad Mouhyideen Hasin




“ALLAH mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.” -Rubi’e bin A’mir KEMERDEKAAN negara yang disambut saban tahun pada 31 Ogos adalah hari yang penuh bermakna bagi semua warga Malaysia. Setelah dijajah hampir 400 tahun, negara tidak lagi menjadi hamba kepada kuasa asing. Pun begitu, erti kemerdekaan ini tidak difahami dengan baik apabila ia hanya dikaitkan dengan aspek fizikal sahaja. Walaupun negara telah merdeka tetapi minda dan sikap masih lagi terbelenggu dengan menjadi hamba kepada pemikiran dan ideologi yang tidak selari dengan Islam.Kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah kebebasan akal, sikap dan fizikal seseorang daripada anasir-anasir penjajahan yang merosakkan akidah, perbuatan dan tingkah laku insan. Kebebasan yang merungkai belenggu perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah S.W.T. Imam at-Tobari dalam kitab Tarikhnya telah menukilkan kata-kata Rubi’e bin A’mir ketika ditanya oleh Rustum, panglima tentera Parsi tentang tujuan kedatangan tentera Islam ke negaranya. Beliau berkata:“Allah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”Perhambaan kepada Allah ialah perhambaan yang membawa seseorang tunduk dan patuh kepada segala perintahnya dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam perkara ekonomi, sosial mahupun politik. Mereka yang tidak tunduk dan patuh kepada Allah dan suruhan agama adalah golongan yang masih belum merdeka dan menjadi hamba kepada sesama manusia.Mengikut Safar bin Abdul Rahman al-Hiwali (1999) dalam bukunyaZhohirah al-Irja’ fi al-Fikri al-Islami, kemerdekaan dan kebebasan seseorang daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah akan mencapai karamah dan kemuliaan yang hakiki bagi manusia. Kemuliaan ini tidak mungkin akan diperolehi di bawah mana-mana sistem selain daripada sistem Islam.Hubungan antara Islam dengan kebebasan manusia dan kemuliaannya telah dibuktikan dalam sejarah. Menurut Muhammad Faruq an-Nabhan dalam bukunya al-Madkhal ila U’lum al-Quranil Karim, para Nabi adalah lambang kepada kebebasan dan pahlawan-pahlawan kemanusiaan. Perjuangan mereka yang pertama adalah untuk mempertahankan kemuliaan manusia. Kisah-kisah yang wujud dalam Quran sudah cukup untuk membuktikan tentang perkara ini. Para nabi adalah pembantu kepada golongan yang lemah dan ditindas. Mereka memperjuangkan kebebasan golongan ini dan membangunkan jiwa-jiwa mereka dengan perasaan bangga kepada kemuliaan. Oleh kerana itulah berlaku pertembungan yang hebat antara para nabi dengan golongan yang mempunyai kuasa, pengaruh dan kekuatan. Firaun dalam al-Quran sebagai contohnya adalah lambang kepada keangkuhan dan kesombongan. Nabi Musa A.S berdepan dengan Firaun untuk memerdekakan perhambaan manusia kepadanya.Agama yang sebenar adalah agama yang berusaha untuk memberikan kebahagiaan kepada manusia, menyusun kehidupan, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman serta kejahatan. Abu Faisol al-Badrani dalam bukunya al-Wala’ wa al-Barra’ menceritakan tentang seorang Qibti yang mengadu kepada Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tentang dirinya yang telah dizalimi oleh anak gabenor Mesir, A’mru bin al-A’s. Saidina Umar berkata: “Wahai A’mru, bilakah kamu menjadikan manusia sebagai hamba sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka.”Kesimpulannya, kemerdekaan yang sebenarnya adalah kebebasan daripada penghambaan sesama manusia dengan tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dalam semua aspek kehidupan. Kemerdekaan ini menghindarkan manusia daripada melakukan kezaliman dan ingkar kepada perintah Allah. Kemerdekaan dengan pengertian yang sebenar inilah yang akan menjamin kemuliaan bagi manusia.DR AHMAD MOUHYIDEEN HASINPengarah Institut Kajian Islam dan Strategik (iKIS)Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) - HARAKAHDAILY 31/8/2019

Lihat gambar ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/pengertian-kemerdekaan-sebenar-dr-ahmad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tertipu Dengan Nga Kor Meng Kiyai Salleh Adalah Antara Pejuang Sebenar

Jangan Tertipu Dengan Nga Kor Meng Kiyai Salleh Adalah Antara Pejuang Sebenar

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 814 hits
Sebelum ini laman blog ini ada mengeluarkan tulisan bertajuk Menyangkal Dakwaan Nga Kor Meng Bahawa Datuk Beliau Dan Hannah Yeoh Adalah Pejuang Kali ini admin akan terbitkan pula kisah perjuangan sebenar pejuang pejuang Melayu yang benar be...
Part 2 Keadaan Sebenar Orang Melayu Biasa Berbanding Vested Interests

Part 2 Keadaan Sebenar Orang Melayu Biasa Berbanding Vested Interests

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 382 hits
This is Part 2 of something I wanted to write about the vested interests their monopolies and oligopolies that have made Malaysians especially the Malays poorer The situation has denied the average Malay as well as the average Malaysian a f...
Rekaan Sebenar Huawei Mate 30 Pro Terdedah

Rekaan Sebenar Huawei Mate 30 Pro Terdedah

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 263 hits
Beberapa bulan ini nampaknya kita semakin rancak dengan pelbagai telefon pintar yang berkuasa dari pelbagai jenama Huawei dilaporkan bakal melancarkan siri Mate 30 terbaru mereka pada bulan September ini Dalam pada itu terdapat poster rasmi...
Dari Jakarta Ke Kalimantan Ini Rupanya Alasan Sebenar Jokowi Mahu Pindahkan Ibu Negara Indonesia

Dari Jakarta Ke Kalimantan Ini Rupanya Alasan Sebenar Jokowi Mahu Pindahkan Ibu Negara Indonesia

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 356 hits
Seperti yang kita tahu Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan Kutai Kartanegara Kalimantan Timur sebagai ibu negara Indonesia yang baharu Beliau memberitahu keputusan itu diambil bagi merealisasikan keadilan dan kesamarataan ekono...
Patutlah Ada Gelung Tambahan Pada Troli Membeli Belah Ini Rupanya Fungsi Sebenar Yang Boleh Memudahkan Anda

Patutlah Ada Gelung Tambahan Pada Troli Membeli Belah Ini Rupanya Fungsi Sebenar Yang Boleh Memudahkan Anda

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 230 hits
Berkunjung ke pasaraya membeli belah adalah sesuatu yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekurang kurangnya seminggu sekali bagi tujuan untuk membeli pelbagai peralatan rumah terutamanya barangan dapur Apabila telah memasuki pasaraya yang d...
Hiburan Mereka Tak Tahu Perkara Sebenar Aishah Azman Tak Kisah Ada Pihak Tidak Setuju Dengannya

Hiburan Mereka Tak Tahu Perkara Sebenar Aishah Azman Tak Kisah Ada Pihak Tidak Setuju Dengannya

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 631 hits
menjadi topik perbualan hangat para netizen pada bulan lalu Kisah mereka berdua menjadi semakin panas apabila seorang Para netizen dengan pantas mengaitkan berita penahanan tersebut dengan kedua dua pelakon tersebut namun ada pihak yang tel...
Tolak Duit Ra Suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar

Tolak Duit Ra Suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 339 hits
Kegiatan memberi ra uah di kalangan tauke balak sememangnya berleluasa sejak sekian lama Tolak Duit Ra suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar
Tiga Beranak Pergi Serentak Dalam Kbkaran Saksi Dedah Kjadian Sebenar Mngsa Jerit Minta Tolong

Tiga Beranak Pergi Serentak Dalam Kbkaran Saksi Dedah Kjadian Sebenar Mngsa Jerit Minta Tolong

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 227 hits
Sampai sekarang masih terngiang ngiang suara isteri mngsa menj3rit meminta toIong ketika dalam keb4karan kata jiran mngsa Robaayah Yunus 58 yang tinggal bersebelahan rumah mngsa keb4karan membabitkan kem4tian tiga beranak di Kampung Alah Ba...
Drakula Si Penyula Ini Kisah Drakula Sebenar Yang Tewas Di Tangan Tentera Al Fateh Setelah Menyula Ribuan Manusia

Drakula Si Penyula Ini Kisah Drakula Sebenar Yang Tewas Di Tangan Tentera Al Fateh Setelah Menyula Ribuan Manusia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 643 hits
Jika bercakap tentang drakula pasti ramai yang terbayangkan si penghisap darah yang memburu mangsanya dan hidup beribu tahun lamanya Drakula sememangnya wujud dan kejam tetapi jalan hidupnya berbeza dengan gambaran ideal yang ditunjukkan da...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids