Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China India Mulai Disember


 
Pengecualian visa kepada rakyat negara asing tertakluk kepada tapisan keselamatan, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis ini dalam semangat perkongsian strategik hubungan dua hala, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara-negara Asia Barat.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan pengecualian visa itu tertakluk kepada tapisan keselamatan.
“Tapisan awal akan dibuat bagi semua pelancong, pelawat ke Malaysia. Soal keselamatan itu berasingan. Kalau ada rekod jenayah ataupun risiko keganasan maka mereka tidak akan dibenarkan.
“Ini wewenang pasukan keselamatan dan imigresen,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, selaku presiden parti.
Beliau berkata kemudahan tambahan lain berkaitan visa itu dijangka diumumkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail esok.
Perdana menteri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada China yang melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia mulai 1 Dis ini hingga 30 Nov 2024.
Sementara itu Anwar meminta semua pihak termasuk pembangkang agar tidak memperlekehkan hubungan antarabangsa kerana ia signifikan dalam meningkatkan hubungan strategik dan faedah langsung kepada negara.
Beliau menjelaskan perjalanannya ke negara luar bukan membazir, malah 90% lawatan disifatkan ‘mesti ditunaikan’ oleh kerajaan seperti Sidang Kemuncak Asean ke-43 dan Mesyuarat ke-30 Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Setiap perhimpunan ini, kita gerakkan banyak usaha, yang dimulakan Kementerian Luar serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menghubungi syarikat-syarikat dan membawa pulang pelaburan,” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata hubungan Malaysia dengan Singapura ditingkatkan dengan membenamkan sentimen serta prasangka lama, dan kerajaan perpaduan sangat positif ketika pertemuan beliau dengan rakan sejawatan, Lee Hsien Loong.
“Saya menerima perakuan beliau (Lee), semua hal-hal yang terbantut sama ada soal air, ruang udara atau soal sempadan, kita sudah tunggu berpuluh tahun, harus ada tekad politik untuk selesaikan, dan beri keuntungan kepada kedua-dua negara,” katanya.
Anwar berkata beliau akan bertemu dengan rakan sejawatan dari Thailand, Srettha Thavisin esok di Sadao, Songkhla dalam memastikan perjalanan rakyat antara kedua negara baik dan cekap, selain menggalakkan pelancongan.
Katanya, mereka tekad memastikan pembangunan pesat di kawasan utara Semenanjung dan selatan Thailand bagi menjamin pertumbuhan ekonomi, dan keamanan serta kedamaian adil bagi Thailand.
Anwar juga memberitahu kerajaan akan mengambil langkah-langkah segera untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam dan lapangan terbang di seluruh negara dalam usaha membawa lebih ramai pelancong luar ke Malaysia. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/pengecualian-visa-30-hari-untuk-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Akan Nikmati Visa Free Ke Negara China

Rakyat Malaysia Akan Nikmati Visa Free Ke Negara China

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 258 hits
Setelah menunggu bertahun tahun akhirnya rakyat Malaysia yang melancong ke China boleh menikmati perjalanan tanpa visa sehingga 15 hari bermula 1 Dis Kedutaan China di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa polisi bebas visa 15 hari akan berk...
Pengecualian Visa Bakal Rangsang Industri Pelancongan Negara Kata Pengusaha

Pengecualian Visa Bakal Rangsang Industri Pelancongan Negara Kata Pengusaha

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 174 hits
PENGECUALIAN visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam dijangka memberikan rangsangan kepada industri pelancongan negara Presiden Persatuan Agensi Pelancongan M...
Banjir Kelantan Dan Terengganu Mulai Hari Ini Ikuti Senarai Kawasan Dan Update Banjir Oleh Jps

Banjir Kelantan Dan Terengganu Mulai Hari Ini Ikuti Senarai Kawasan Dan Update Banjir Oleh Jps

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 271 hits
Banjir Kelantan dan Terengganu Mulai Hari Ini Ikuti Senarai Kawasan dan Update Banjir Oleh JPS Berkenaan Banjir Kelantan dan Terengganu Jabatan meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di ...
Emadani Penebusan Kredit E Wallet Rm100 Mulai 4 Disember

Emadani Penebusan Kredit E Wallet Rm100 Mulai 4 Disember

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 277 hits
eMadani Pendaftaran dan tuntutan kredit e wallet etunai Madani bernilai RM100 mulai minggu depan 4 Disember 2023 Pendaftaran dan tuntutan kredit e Wallet akan dibuka mulai Isnin 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 Perkara itu diumumkan ...
14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 164 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myKuala Lumpur Angka korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza terus melonjak kepada 14 128 mangsa setakat jam 6 petang semalam Angka terkini itu menunju...
Kemasukan Percuma Visa 30 Hari Selari Pelan Pelancongan Sabah Kata Km

Kemasukan Percuma Visa 30 Hari Selari Pelan Pelancongan Sabah Kata Km

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 293 hits
KEPUTUSAN kerajaan persekutuan memberikan kemasukan tanpa visa selama 30 hari ke Malaysia dari China dan India bermula 1 Disember ini bertepatan dengan sasaran Sabah untuk mencapai 2 2 juta ketibaan pelancong tahun ini Ketua Menteri Hajiji ...
China Bantah Pengusiran Rakyat Palestin Dari Gaza Desak Gencatan Senjata

China Bantah Pengusiran Rakyat Palestin Dari Gaza Desak Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 183 hits
CHINA pada Isnin menentang pengusiran penduduk Palestin dari Gaza yang terkepung dengan menegaskan gencatan senjata perlu dilaksanakan sebagai matlamat utama Menteri Luar China Wang Yi semasa pertemuan dengan sekumpulan menteri luar dari ne...
Anwar Dijangka Perjelas Pengurusan Banjir Di Dewan Rakyat Hari Ini

Anwar Dijangka Perjelas Pengurusan Banjir Di Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 192 hits
Minggu ini adalah minggu akhir persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Okt lepas hingga Khamis ini KUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka memaklumkan persediaan kerajaan dalam pengurusan bencana banjir pada sidang Dewan Rakyat ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah