Pengasuh Suka Lambung Biarkan Menangis Lama Kini Azfar Disahkan Cerebral Palsy
Setiap ibu bekerja yang bakal melahirkan anak, sentiasa dalam dilema di mana hendak ditempatkan bayi apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang. Lagi-lagi bagi ibu yang baru melahirkan anak sulung.
Bagi ibu yang dah ada pengalaman tinggalkan anak pada pengasuh atau taska sebelum ini mungkin tak ada masalah sebab kakak atau abang pernah berada bawah jagaan individu terbabit. Kita dah tau macam mana mereka jaga.
Cuma agak sukar bagi yang baru pertama kali nak hantar dan tidak tahu apa nasib anak bila ditinggalkan bawah jagaan orang. Namun disebabkan komitmen sekarang ini yang memerlukan ibu juga bekerja bagi sama-sama menampung keperluan keluarga, nak tak nak kena hadap juga.
@medinascarveAnak syurga ibu Part 2 @nurulayuni98 ##fypシ ##fyp
♬ Rindu setengah mati cover by ramadanramli – رمضان
Memang diakui bukan keputusan mudah nak tinggalkan anak setiap pagi pada orang lain, lagi-lagi dengan pelbagai kejadian melibatkan nyawa anak akibat kecuaian pihak tertentu tetapi kita hanya mampu berserah pada Allah. Moga semuanya baik-baik saja.
Azfar anak syurga..
Menerusi perkongsian ibu ini, yang dikenali sebagai Puan Linda, dia ada kongsikan pengalamannya anak sulungnya yang kini disahkan mengalami Cerebral Palsy akibat kecuaian pengasuh.
Melalui apa yang diceritakan Puan Linda, anaknya lahir sihat dan normal tanpa apa-apa masalah namun peristiwa hitam yang kekal dalam ingatannya sampai hari ini sangat pedih tetapi reda walaupun terasa agak ralat.
Menerusi video yang di akaun TikToknya, Linda berkongsi mengenai kisah bagaimana anak lelakinya Azfar yang berumur 13 tahun disahkan menghidap penyakit Celebral Palsy.
Walaupun kini anaknya itu sudah berada di Tingkatan 1, namun peristiwa hitam yang berlaku lebih kurang 13 tahun lalu masih segar dalam ingatan.
Azfar dilahirkan normal tetapi pada usia tiga bulan Azfar telah dimasukkan ke hospital. Ketika itu, doktor telah mengesahkan Azfar mengalami pendarahan di kepala kiri dan kanan sehingga menyebabkan otaknya jadi bengkak.
Dipercayai dilambung dan dibiarkan menangis lama
Doktor mempercayai punca Azfar jadi sebegitu kerana dia mungkin dilambung dan dibiarkan menangis lama oleh pengasuhnya.
Malah selepas kejadian itu, pelbagai rawatan dilakukan termasuklah melakukan pembedahan, namun Azfar masih tidak dapat berjalan dan mampu menyeret saja untuk ke mana-mana.
Pada usia 4 tahun lebih, baru Azfar dapat berjalan tapi tak macam biasa. Anggota badan sebelah kiri saraf dah mati. Tangan dia genggam dan kaki tak kuat dan stabil. Mata kabur dan tak boleh fokus.
Tarik balik laporan polis
Walaupun ujian ini sungguh berat baginya waktu itu, namun mengenangkan nasib pengasuh yang dah berumur dan sehingga mengalami depression, Linda telah menarik laporan polis atas belas ihsan. Saya juga selalu ceritakan pada Azfar akan hal ini dan dia juga turut maafkan nenek (pengasuh).
Pengasuh tu sepanjang anak Linda masuk hospita sampai keluar, langsung tak datang jenguk ataupun minta maaf. Sedangkan rumah kami berdepan je. Moga kisah anak saya ini dapat beri peringatan bersama dan bagi ibu yang diuji dengan ujian berat seperti ini, kena kuat kerana anak syurga ini yang akan beri kebahagian di sana nanti.
Kredit: medinascarve
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Pengasuh Suka Lambung & Biarkan Menangis Lama”. Kini Azfar Disahkan Cerebral Palsy appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pengasuh-suka-lambung-biarkan-menangis-lama-kini-azfar-disahkan-cerebral-palsy/