Pengasas Produk Menang Kes Kkm
Seorang pengasas produk dan pelakon, Wan Nur Ilani atau lebih dikenali sebagai Elanie Aidid telah memenangi kes menentang Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 6hb Mac 2020 yang lalu bagi produk Krim Progesterone, Natural Preggie Cream dan Fertilads For Men
Perbicaraan yang berlangsung sejak Disember 2018 itu telah selesai di mana pembacaan keputusan akhir telah dibuat oleh Majistret Hanie Dzatul Akhmar pada 6hb Mac 2020 yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie kes dan Orang Kena Saman (OKS) hendaklah dilepaskan dan dibebaskan serta merta dari pertuduhan menjual dan memiliki produk keluaran tidak berdaftar untuk serbuan yang dibuat di premis pada 16 Oktober 2017.
Elanie yang juga isteri kepada pelakon Amai Kamarudin berkata perasaannya lega, terharu dan sebak setelah mendengar penghakiman dibacakan kerana akhirnya keadilan dapat ditegakkan setelah dikhianati rakan perniagaan.
"Keluarga dan teman rapat saya paling terjejas ketika kejadian itu berlaku kerana mereka dikecam setelah saya diviralkan di sosial media ketika itu untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan."
Perbicaraan yang berjalan sejak setahun yang lalu dengan 7 orang saksi di mana Elanie yang mempunyai pendidikan dalam Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) dan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) memilih untuk membela diri sendiri tanpa peguam.
Pengasas produk ini didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 30 (1) peraturan yang sama.
Namun setelah perbicaraan selesai, Mahkamah bersetuju bahawa banyak elemen pendakwaan gagal dibuktikan untuk mengaitkan OKS dengan pertuduhan maka pada 6 Mac 2020 setelah berpuas hati dengan hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan Elanie "guiltless" /tidak bersalah dan semua pertuduhan digugurkan serta merta.
Di dalam gambar Elanie yang pernah berlakon dalam drama Gerak Khas, Melankolia dan Waliuddin 2 Ringgit bersama suami, pelakon dan Selebriti Amai Kamarudin selepas meninggalkan perkarangan Mahkamah usai Keputusan dibacakan Majistret.
Produk Natural Progesterone Cream adalah produk hormon bagi membantu wanita yang mengidap hormon tak stabil yang dipelopori oleh Dr John Lee dalam buku beliau bertajuk "Hormone Balance Made Simple" pada 2006, dari Amerika Syarikat dan dijual di pasaran Malaysia sejak tahun 2017.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaviralnet.blogspot.com/2020/03/pengasas-produk-menang-kes-kkm.html