Pengaruh Akhbar Dan Media Sosial Perlu Seimbang




Di kebanyakan institusi pengajian tinggi hari ini, khasnya di universiti awam, pelajar didapati kurang berminat membaca akhbar. Kebanyakan mereka lebih selesa mendapat maklumat atau mengikuti perkembangan semasa melalui media baharu. Mereka mengiktiraf media baharu sebagai gaya hidup moden

Mereka akui lebih mudah dapat maklumat melalui internet sama ada menerusi komputer atau telefon pintar. Mereka tidak perlu keluar membeli akhbar yang dianggap ketinggalan zaman. Bagi golongan ini akhbar tidak memenuhi cita rasa mereka

Pelajar menjadikan media baharu cara membantu mereka dalam pelajaran. Di luar waktu kuliah, mereka menghadap komputer sama ada membaca jurnal, tesis, buku elektronik dan sebagainya. Ia memudahkan proses pembelajaran mereka yang bukan sahaja kurang membaca akhbar, malah jika tidak dikawal boleh melarat kepada buku. Mereka lebih berpandukan kepada maklumat dalam 'pustaka' di alam maya. Walaupun itu bukan suatu kesalahan, meninggalkan amalan membaca buku dan akhbar, bukanlah ciri pelajar yang progresif

Pelajar sewajarnya menjadikan buku sebagai gedung ilmu manakala maklumat dan berita di akhbar sebagai wadah mengikuti perkembangan semasa, walaupun zaman mereka adalah era media baharu. Malangnya, akhbar bukanlah sumber maklumat penting bagi pelajar hari ini. Pelajar hanya baca akhbar secara kebetulan jika berada di sesuatu tempat yang surat khabar ada atas meja. Mereka jarang membeli akhbar, melainkan ada sesuatu maklumat mereka perlukan yang tidak ada di media sosial. Mereka juga menjadikan akhbar atau media arus perdana termasuk radio dan televisyen untuk mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu berita atau maklumat

Pengaruh media baharu


Bila ditanya adakah mereka membaca akhbar cetak, tanpa rasa bersalah mereka kata 'tidak' atau 'kadang-kadang'. Ia adalah realiti hari ini dan mereka tidak segan silu mengakuinya. Ditanya bagaimana mereka dapat berita atau maklumat, dengan tangkas menjawab mereka mengikuti setiap perkembangan semasa melalui media baharu sama ada portal berita, blog, Facebook dan sebagainya. Mereka juga membaca berita atas talian dari syarikat media arus perdana

Oleh itu, tidak ada sebab mereka perlu baca akhbar. Apa juga alasannya, setiap pelajar tanpa mengira jurusan sama ada sains atau sastera, sains sosial, ekonomi, sains politik, pengajian antarabangsa, sejarah dan sebagainya, sepatutnya diwajib menjadikan akhbar sebagai sumber maklumat utama sama ada untuk tujuan pelajaran atau menambah ilmu. Mereka perlu diberitahu maklumat atas talian sepatutnya maklumat tambahan, bukan mutlak. Maklumat dan berita dalam portal tidak boleh disamakan dengan berita akhbar. Pengendali berita atas talian memilih menyiarkan berita sensasi untuk menarik pembaca. Paling penting, maklumat daripada akhbar mempunyai ciri-ciri kewibawaan berbanding berita yang disiarkan sewenang-wenangnya di portal berita atau laman berita dikendalikan oleh mereka yang tidak dikenali

Di pusat pengajian media atau komunikasi pun, semakin kurang pelajar membuat kajian mengenai akhbar. Dari segi peratusan, ramai memilih untuk mengkaji berita atau maklumat di alam maya, memberi gambaran pelajar mengasingkan diri daripada akhbar dan bahan bercetak. Keadaan seperti ini perlu dilihat dengan serius walaupun kerajaan mengiktiraf kebebasan mendapatkan maklumat, kebebasan akhbar dan sebagainya. Pelajar perlu faham, membaca akhbar membolehkan mereka mendapatkan suatu perspektif berhubung sesuatu isu. Perspektif di media baharu berbeza dengan perspektif yang dipaparkan di akhbar

Keadaan seperti ini boleh membentuk persepsi yang salah. Persembahan dan penyampaian berita antara akhbar dan media atas talian juga berbeza. Berita yang dianggap penting bagi akhbar tidak semestinya menjadi berita pilihan di media atas talian dan begitu juga sebaliknya. Fenomena ini adalah satu perkembangan tidak sihat bagi sebuah negara muda seperti Malaysia. Sikap pelajar yang lebih gemar membaca berita di atas talian berpunca daripada pelbagai sebab. Mereka mungkin didedahkan kepada media baharu berasaskan kepada kemajuan sekeliling. Masing-masing ada komputer riba atau telefon pintar yang membolehkan mereka mengakses setiap maklumat dalam internet. Untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat, universiti pula menyediakan kemudahan WiFi atau unifi.

Pengamal media tidak boleh biarkan perkembangan seperti ini berterusan tanpa melakukan sesuatu tindakan untuk menggalakkan pelajar membaca akhbar. Pelajar seharusnya diberitahu mereka perlu baca akhbar atas alasan konkrit. Pengamal media seharusnya masuk ke setiap universiti dan 'berkempen' supaya pelajar membaca akhbar. Jika tidak, akhbar akan kehilangan sengat dan pembacanya kian berkurangan

Sumber: Mior Kamarul ShahidEmel: [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/06/pengaruh-akhbar-dan-media-sosial-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elakkan Diri Dari Terciduk Di Media Sosial

Elakkan Diri Dari Terciduk Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 382 hits
1 Terciduk atau ejaan wicetnya tercyduk 2 Terciduk berasal dari bahasa Indonesia yang membawa erti tertangkap yang juga biasa digunakan bila seseorang terkantoi terkena terjerat terduduk terjatuh tersungkur terlingkup kecundang terjadi sesu...
Kes Malaysiakini Beri Kesan Besar Kepada Media Pengguna Media Sosial

Kes Malaysiakini Beri Kesan Besar Kepada Media Pengguna Media Sosial

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 334 hits
Pada 2 Julai 2020Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching mengingatkan pengguna media sosial supaya mengambil sikap berhati hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang komen di laman maya Tegasnya pemilik laman media atau media sosial ti...
Rujuk Alim Ulama Bukan Selebriti Media Sosial Dr Zulkifli

Rujuk Alim Ulama Bukan Selebriti Media Sosial Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 322 hits
Sebarang kekeliruan mengenai hukum hakam agama perlu dirujuk kepada alim ulamak yang mursyid iaitu orang yang dipercayai dan bukan selebriti media sosial yang terkenal dan memiliki jumlah pengikut yang ramai Menteri di Jabatan Perdana Mente...
Media Sosial Peminat Berlatar Merah Rai Kemenangan Liverpool

Media Sosial Peminat Berlatar Merah Rai Kemenangan Liverpool

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR 26 Jun Media sosial kelab peminat bola sepak Liverpool berlatar merah kerana meraikan kemenangan pasukan mereka berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris menamatkan penantian selama 30 tahun Hos platform podscast sukan ...
Dari Dunia Media Sosial Ke Dunia Mahkamah

Dari Dunia Media Sosial Ke Dunia Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 351 hits
PETANG semalam dua lagi surat tuntutan telah saya kemukakan kepada dua lagi pemimpin DAP iaitu Wong Kah Woh dan Mohd Farid Mohd Azmi menjadikan jumlah kesemua surat tuntutan yang telah saya kemukakan kepada pemimpin DAP ialah 10 Daripada 10...
Starbucks Turut Menghentikan Pengiklanan Di Media Sosial Untuk Tempoh Sebulan

Starbucks Turut Menghentikan Pengiklanan Di Media Sosial Untuk Tempoh Sebulan

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 313 hits
Selain Coca Cola yang mengumumkan bakal menghentikan pengiklanan di semua platform media sosial terbaru Starbucks turut mengumumkan langkah sama Melalui perkongsian pihak Starbucks mereka mengatakan ingin membawa komuniti seiring selain pad...
Coca Cola Menghentikan Pengiklanan Digital Di Semua Media Sosial Selama Sekurang Kurangnya 30 Hari

Coca Cola Menghentikan Pengiklanan Digital Di Semua Media Sosial Selama Sekurang Kurangnya 30 Hari

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 339 hits
Coca Cola merupakan salah satu jenama minuman yang tidak asing bagi ramai pengguna Terbaru Coca Cola mengumumkan mereka akan menghentikan pengiklanan di semua platform media sosial pada peringkat global selama sekurang kurangnya 30 hari ber...
Tnb Terkejut Nampak Bil Netizen Luah Perasaan Di Media Sosial

Tnb Terkejut Nampak Bil Netizen Luah Perasaan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 425 hits
Isu kenaikan bil TNB yang mendadak sewaktu PKP masih berlarutan sehingga kini Tidak sedikit rakyat berkongsi bil masing masing yang menjangkau ribuan ringgit sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sepanjang membayar bil elektrik setiap bula...
Kebakaran Di Hsa Tular Di Media Sosial

Kebakaran Di Hsa Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 329 hits
JOHOR BAHRU 28 Jun Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Hospital Sultanah Aminah di sini sebentar tadi Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan netizen di laman sosial Facebook kebakaran dilihat berlaku di wad perubatan perempuan satu ti...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metal Slug Advance

Creamy Pasta Mudah Dan Sedap Di London

Mau Urus Sertifikat Tanah Ini Dia Cara Daftar Sertifikat Elektronik

Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh