Penganjuran Program Kita Rewang Sekampung Di Selangor Dapat Sambutan Masyarakat
Generasi terdahulu apabila tiba setiap aktiviti keramaian atau kenduri dijalankan secara REWANG bermula dari persiapan, semasa dan selepas majlis yang dilakukan secara bergotong royong melalui sumbangan idea, tenaga serta kepakaran dalam bidang masing-masing sehingga menyebabkan hubungan atau perpaduan penduduk amat kuat.
Bagi generasi kini yang khususnya datang dari bandar, aktiviti merewang ini dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak dapat dirasai sebelum ini. Seperti kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” menjadi panduan dan pegangan dalam hidup bermasyarakat. Barulah saling harmoni dan hubungan antara ummah bertambah erat dan kuat.
Sebagai contoh aktiviti REWANGini seperti beramai-ramai kupas bawang, kentang, potong daging, buat bunga rampai, letakkan telur di dalam karung bunga telur, sediakan bunga manggar, basuh pinggan, sediakan 'goodies' dan macam-macam lagi. Menarik bukan bila dilakukan bersama-sama aktiviti ini.
AlongMurni berasa bertuah untuk sama terlibat dan menyaksikan aktiviti ‘PENGANJURAN PROGRAM KITA REWANG SEKAMPUNG’ yang telah diadakan di sembilan daerah di Selangor. Ini adalah sebahagian antara usaha mengeratkan hubungan masyarakat berteraskan tradisi masyarakat terdahulu dalam melakukan gotong-royong di samping membantu keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan atau kesyukuran dalam komuniti setempat.
Sebenarnya perkataan REWANGini berasalnya dari bahasa jawa yang membawa maksud beramai-ramai membanting tulang bergotong-royong dalam menyediakan persiapan sesuatu majlis.
PROGRAM KITA REWANG SEKAMPUNG
REWANG PENYEDIAAN MAKANAN
Rewang Kaum Bapa
Sembelihan lembu dan kerbau aqiqahMelapah lembu dan kerbau
Rewang Kaum Ibu
Penyediaan bahan-bahan masakanPenyediaan kuih tradisionalPenyediaan pelamin berendoiPenyediaan makan malam kenduri tahlil dan doa selamat
Setelah selesai aktiviti merewang, penduduk kampung dan masyarakat setempat sama-sama menjamu selera hasil air tangan penduduk sendiri. Rasanya amat sedap dan lazat yea. Terasa kemeriahan dan suasana masyarakat kampung yang bekerjasama dan saling bantu membantu. AM sangat suka !!
PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI BATU LAUT
Para pelajar dari SK Batu Laut mengutip sampah dan membersihkan kawasan Pantai Batu Laut
Program ini mendapat kerjasama yang baik dari MPKK Daerah Kuala Langat dan Kelab Pecinta Alam Sekitar SK Batu Laut bagi membersihkan dan mengutip sampah di kawasan sekitar Dataran Pantai Batu Laut. Program Gotong-Royong ini turut mendapat kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat. AM dapat merasakan kemeriahan program ini bila tengok anak-anak kecil saling sibuk menjinjing plastik sampah dan mengutip sampah sarap. Sampah sarap yang dikumpulkan akan ditimbang dan hadiah diberikan bagi kanak-kanak yang berjaya meneka berat sampah terberat. Aktiviti membersihkan kawasan Pantai Batu Laut daripada sampah sarap menjadi sebahagian inisiatif bagi mengindahkan kawasan pelancongan.
MAJLIS MARHABAN DAN BERENDOI
Majlis MARHABAN dan BERENDOIini diadakan di Dewan Kebudayaan Homestay Pantai Batu Laut. AM sangat menyukai aktivit Marhaban ini. Semestinya masyarakat kini dilihat berpegang kepada ideologi masing-masing, tetapi apabila menyertai MARHABAN, ia dapat menyatukan dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.
Aktiviti Marhaban
BERENDOI merupakan ritual yang diadakan semasa bayi dimasukkan ke dalam buaian, seiring dengan upacara bayi bergunting rambut. Upacara dimulakan dengan bacaan rawi, berzanji, maulud dan lagu yang didendangkan merupakan selawat ke atas Nabi sebelum diikuti lagu-lagu lain.
Seramai 7 orang kanak-kanak kecil dipakaikan persalinan yang cantik dan diletakkan di dalam buaian yang berupa kain songket atau batik yang dihias indah dengan manik-manik dan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan wanita.
Aktiviti Berendoi & Cukur Jambul
Bagi AM, kedua-dua aktiviti MARHABAN dan BERENDOI ini punyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Seharusnya aktiviti seperti ini diwarisi dan dikekalkan sehingga ke generasi akan datang.
KENDURI SEKAMPUNG
Pada malam hari, terdapat Majlis Perasmian Program Kita Rewang Sekampung Negeri Selangor Tahun 2022 Peringkat Daerah Kuala Langat. Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Borhan Bin Aman Shah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor. Beliau dan Dif-dif Kehormat lain turut diiringi dengan adat melayu oleh Kumpulan KDT Studio Telok Panglima Garang dan disambut dengan Paluan Kompang dan Pencak Silat. Persembahan pembukaan diserikan dengan Tarian Joget Selangor dari KDT Studio Telok Panglima Garang.
Persembahan dari Artis Shafie Rio, Uji Rashid dan HermanTino
Sambil menjamu selera hasil dari aktiviti rewang pada siang tadi, penduduk turut dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis Biduan iaitu Shafie Rio, Uji Rashid dan Herman Tino.
KATA ALONGMURNI
Kelebihan aktiviti rewang ini dilihat dapat memberi 1001 maanfaat kepada masyarakat. Terutamanya di kampung, masih ligat aktiviti rewang ini dijalankan. Di samping bekerjasama membuat tugas yang diberikan, ia telah mengeratkan lagi tali persaudaraan antara satu sama lain. Ada pendapat juga mengatakan dengan budaya Rewang ini telah dapat dijadikan satu medan dakwah peringkat keluarga, sanak-saudara dan jiran terdekat. Dan itulah pendapat yang mengutarakan bahawa keutamaan rewang adalah untuk memulakan misi amal, ziarah dan ukhwah di samping menerapkan nilai adat dan budaya setempat di dalam masyarakat kita.
#KitaKeKampung #KitaRewangSekampung #KitaSelangor #Pusing Selangor Dulu #GayaTravel #MediaSelangor #PMNS
AM bersama dengan YB Borhan dan 'Mummy' Gaya Travel
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2022/11/Penganjuran-Program-Kita-Rewang-Sekampung-Di-Selangor-Dapat-Sambutan-Masyarakat.html