Pengambilan Tentera Darat Siri 200 Tahun 2024


Permohonan jadi Tentera Darat Malaysia dibuka. Pengambilan Tentera Darat Malaysia dibuka untuk para pemohon yang berminat. Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil cakna oleh para pemohon.
Berikut adalah perkongsian mengenai tawaran jawatan perajurit muda, syarat dan kelayakan serta cara mohon jadi tentera darat di portal TDM.
Sertai Telegram Kerjaya Kerajaan dan Swasta Malaysia Makluman Pengambilan Tentera Darat Lelaki Siri 200 Tahun 2024 Pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengumumkan pengambilan tentera darat siri 200 tahun 2024 kepada rakyat Malaysia. Permohonan adalah dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada tahun hadapan.
Berikut adalah beberapa maklumat pengambilan tentera darat siri 200 tahun 2024:
Jawatan : Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 200 Tahun 2024 Majikan : Tentera Darat Malaysia (TDM) Permohonan Dibuka : 22 November 2023 – 20 Disember 2023 Syarat-Syarat Kelayakan Pengambilan Tentera Darat Sumber : Tentera Darat Malaysia (TDM)
Terdapat syarat-syarat khusus yang mesti dipenuhi oleh para pemohon. Berikut addalah syarat-syarat dalam pengambilan tentera darat Malaysia:
Syarat Asas Permohonan Terdapat beberapa syarat asas permohonan yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan. Berikut adalah syarat asas permohonan pengambilan tentera darat:
Warganegara Malaysia. Maklumat pemohon akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah.
Penglihatan. Pemohon boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap. Tidak rabun warna. Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
Fizikal. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah – Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat anda akan disemak dengan Mahkahmah dan AADK. Syarat Fizikal Ketinggian: Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat Badan: Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) : Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.9 Syarat Kelayakan Akademik Pihak Tentera Darat Malaysia(TDM) telah memberi penjelasan mengenai kelayakan berdasarkan akademik buat para pemohon. Gaji permulaan juga dikira berdasarkan taraf akademik.\
Berikut adalah maklumat mengenai syarat kelayakan akademik bagi pengambilan tentera darat Malaysia:
AkademikPenerangan & Gaji PermulaanSPMSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]SVM Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]SKMSKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]STAMSijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]STPMSijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAMDiploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,828.04]DIPLOMA KEJURUTERAANDiploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]Wajib – Subjek Bahasa Malaysia ATAU Sejarah Sijil (SPM/SVM) mesti lulus kedua-duanya. Sekiranya pemohon GAGAL salah satu Subjek (Bahasa Malaysia ATAU Sejarah) anda tidak LAYAK atau GAGAL secara automatik. Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik. Panduan Permohonan dan Rujukan Lanjut Cara Mohon Jawatan Dalam Pengambilan Tentera Darat Malaysia Disarankan untuk para pemohon melakukan permohonan berdasarkan beberapa maklumat dibawah:
Panduan Pendaftaran Baharu Bagi Pengambilan Tentera Darat Malaysia Digalakkan untuk menggunakan Browser Chrome dan Firefox Ikuti panduan pendaftaran seperti dibawah. Pendaftaran Mohon Jawatan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia(TDM) Berikut adalah beberapa langkah untuk membuat permohonan jadi tentera darat Malaysia seperti dibawah:
Layari laman portal Pengambilan Tentera Darat. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon) Pastikan No Mykad 12 Digit dan Email anda betul dan benar Buat Pengesahan seperti yang telah di email Log masuk ke bahagian pemohon Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda. Peringatan Kepada Para Pemohon Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan login sistem Calon. Setelah berjaya Pengesahan Email. Anda boleh login ke Sistem Calon untuk membuat Kemaskini Profil dan Muat Naik Dokumen. Permohonan anda Telah SELESAI. KEPUTUSAN. Keputusan akan dimaklumkan di dalam Sistem Calon paling awal 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan on-line. Anda dikehendaki login ke Sistem Calon dan Lihat keputusan di Menu Dashboard. Bagi Pemohon yang GAGAL akan dimaklumkan melalui email dan secara automatik akaun Sistem Calon anda akan di padam dari sistem. Maklumat Lebih Lanjut Anda boleh mengajukan beberapa soalan dan pertanyaan ke pihak Pengambilan Perajurit Muda di talian:
No. Tel: 03-40140470 / 03-40140467 / 03-40140468 Hari : Isnin – Jumaat Masa : 9.00pg – 4.00ptg

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/pengambilan-tentera-darat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapolri Pastikan Beri Pelayanan Terbaik Amankan Natal 2023 Dan Tahun Baru 2024

Kapolri Pastikan Beri Pelayanan Terbaik Amankan Natal 2023 Dan Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 157 hits
Kapolri meminta seluruh personel untuk meningkatkan kewaspadaan terhadap potensi bencana alam yang sewaktu waktu bisa terjadi bahkan di tengah momen Nataru
Pdip Ajak Amin Cegah Kecurangan Pemilu 2024 Anies Kok Tumben Ya Baru Tahun Ini Ngomong Gitu

Pdip Ajak Amin Cegah Kecurangan Pemilu 2024 Anies Kok Tumben Ya Baru Tahun Ini Ngomong Gitu

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 138 hits
Anies menilai hal ini menunjukkan adanya penurunan kepercayaan masyarakat terhadap penyelengara negara
Cuti Tahun Baru 2024 Dan Sambutan Malam Ambang Tahun Baru

Cuti Tahun Baru 2024 Dan Sambutan Malam Ambang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 163 hits
Perayaan Tahun Baru ini merupakan satu perayaan yang diraikan di seluruh dunia Ia merupakan satu perayaan yang dilakukan bagi menandakan telah bermulanya satu tahun yang baharu dan di Malaysia rakyat akan diberikan cuti umum bagi meraikan h...
Penerangan Id Digital Nasional Yang Official Oleh Kerajaan Malaysia Tahun 2024

Penerangan Id Digital Nasional Yang Official Oleh Kerajaan Malaysia Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 232 hits
ID Digital Nasional Perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia mengenai id Digital nasional yang akan diperkenalkan oleh kerajaan malaysia bermula tahun 2024 Sebahagian rakyat Malaysia berpandangan bahawa ianya adalah sesuatu yang tida...
Kursus Seo Pontianak Persiapkan Bisnis Anda Melesat Di Tahun 2024

Kursus Seo Pontianak Persiapkan Bisnis Anda Melesat Di Tahun 2024

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 163 hits
Kursus SEO Pontianak SEO adalah singkatan dari Search Engine Optimization yang merupakan serangkaian teknik dan strategi yang digunakan untuk meningkatkan visibilitas suatu situs web di hasil mesin pencari seperti Google Bing dan Yahoo Tuju...
Tahun Tuna 2024 Kkp Perkuat Daya Saing Komoditas Tuna

Tahun Tuna 2024 Kkp Perkuat Daya Saing Komoditas Tuna

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 135 hits
Indonesia merupakan salah satu kekuatan penting dalam perikanan tuna dunia
Cara Mendapatkan Laptop Gratis Tahun 2024 Pahami Mekanismenya

Cara Mendapatkan Laptop Gratis Tahun 2024 Pahami Mekanismenya

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 227 hits
Apakah Anda sedang mencari laptop gratis Mungkin Anda membutuhkannya untuk sekolah pekerjaan atau hobi Anda Atau mungkin Anda hanya ingin menghemat uang dan mendapatkan sesuatu yang bagus tanpa mengeluarkan biaya Cara Mendapatkan Laptop Gra...
Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2024

Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2024

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 203 hits
Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2024 I Sepertimana biasa Juju akan kongsikan dengan korang Cuti Umum bagi Negeri Johor tahun 2024 untuk makluman dan tindakan korang selanjutnya Ha kemain nak makluman dan tindakan kan Tahun depan pun banyak jug...
Kalender Tahun 2024

Kalender Tahun 2024

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 178 hits
Kalendar ialah alat yang berfungsi untuk menunjukkan dan mengingatkan masa seperti tarikh hari bulan dan tahun Kalendar juga mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti Kalender Tahun 2024 Tetapkan jadual Dengan adanya kalendar kita boleh mera...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Bite Sized Bliss Of Weed Edibles For Every Occasion To Use

Sindiket Scammer Didalangi Warga Asing Tumpas

Mak Terpaksa Buat Banyak Kerja Untuk Dapat Rm700 Tiap Minggu Rupanya Ini Abang Buat Pada Mak

Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

Lumira Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Rethink Reuse Refill Challenging The Disposable Smoking Accessory Market