Pengambilan Jawatan Kosong Segera Di Rela



Pengambilan jawatan kosong segera di RELA. Kami dengan gembira ingin mengumumkan bahawa Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang Daerah Timur Laut kini membuka peluang pekerjaan dalam jumlah yang banyak untuk memperkuat operasi kami.
Peluang ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kelayakan yang diperlukan.
Pengambilan Jawatan Kosong Segera di RELA Berikut adalah maklumat mengenai jawatan, syarat kelayakan, dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan RELA Jenis Jawatan MySTEP Taraf Jawatan Kontrak Tawaran Gaji RM1,700/sebulan Kelebihan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO  
Skop Tugas Membantu Melancarkan Pengurusan Pentadbiran Pejabat Memperomosikan Aktiviti RELA & Program RELA secara Kreatif di Media Sosial Menghasilkan Video Montaj dan Montaj Dan Poster Grafik Bagi Tujuan Promosi Dan Publisiti Jabatan Syarat-syarat Kelayakan: Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan Kelayakan akademik boleh dirujuk pada pengumuman rasmi kekosongan jawatan Untuk syarat penuh sila rujuk di IKLAN PENUH Cara Memohon: Bagi mereka yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat mengikut arahan yang terdapat dalam pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dihantar melalui emel dengan melampirkan Resume ke alamat e-mel: [email protected]
SERTAI TELEGRAM:
Sertai Untuk Dapatkan Informasi Terpantas Pengumuman Kerja Pemohon dikehendaki memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat, benar, dan sahih. Sila memohon jawatan yang sesuai dengan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap jawatan.
Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dan lulus penapisan akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga.
Tarikh Tutup Permohonan 30 JUN 2023, pada hari Jumaat. Hebahan Rasmi Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk di Iklan Penuh:
IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG RELA
Apa itu MyStep? MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan rakan strategiknya. Tempoh penempatan adalah antara 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Jawatan kosong lain:
Jawatan Kosong SPA Buka Pengambilan Besar-besaran 2023 Pengambilan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL 2023 Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Kastam DiRaja Malaysia 2023 Sejarah RELA Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah satu pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri. RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’. Asas wujudnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Home Guard adalah dibawah Ordinan Darurat 1948 dan diletakkan di bawah bidang kuasa Home Guard Regulations 1950 dan 1951.
Dalam pada itu, serangan komunis yang semakin berleluasa sewaktu awal Darurat telah menyebabkan orang awam tampil secara sukarela untuk menyertai Home Guard. Pasukan ini telah dibubarkan pada 1 Julai 1959 berikutan berkurangnya ancaman komunis yang membawa kepada pembubaran pengisytiharan darurat di Tanah Melayu pada 31 Julai 1960. Selepas berlakunya pencerobohan tentera Indonesia pada September 1964, Kerajaan telah menubuhkan Pasukan Kawalan (Vigilante Corps) bagi membolehkan rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ Kerajaan. Matlamat penubuhan Pasukan Kawalan ialah bagi mewujudkan satu rangkaian unit-unit kawalan yang meliputi seluruh semenanjung Malaysia bagi mengawal aktviti-aktiviti menyusup masuk anasir subversif dan sabotaj dari Indonesia melalui jalan laut, darat dan udara.
Berikutan dengan keadaan Negara yang bertambah baik, Mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan bagi pembubaran Pasukan Kawalan pada 25 Februari 1967.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Pada 14 Mei 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah membuat keputusan bagi Pasukan Kawalan dihidupkan semula. Memandangkan keadaan keselamatan negeri telah bertambah baik sejak berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, sambutan orang ramai terhadap Pasukan Kawalan telah berkurangan.
Melihat kepada kejayaan pasukan home guard dan pasukan kawalan dalam menangani masalah keganasan komunis dan konfrontasi kerajaan Indonesia timbul kesedaran kerajaan perlunya pasukan sukarelawan yang tetap ditubuhkan bagi membantu kerajaan menangani isu-isu keselamatan setempat selepas terjadinya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Pada 1 Januari 1972 Allahyarham Tun Dr. Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengarahkan supaya Pasukan Kawalan ini disusun semula dan diberi corak baru sejajar dengan dasar dan perkembangan negara.
Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Semenjak ianya dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara.
Apakah Ciri Yang Perlu Ada Didalam Sebuah Resume? Berikut adalah beberapa ciri penting yang sebaiknya ada dalam sebuah resume:
1. Maklumat Peribadi: Sertakan maklumat peribadi seperti nama lengkap, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel yang dapat dihubungi.
2. Ringkasan Profil: Tuliskan ringkasan singkat tentang diri anda dan kemahiran utama yang dimiliki. Fokuskan pada pengalaman, pencapaian, dan kelayakan yang relevan dengan pekerjaan yang dilamar.
3. Pendidikan: Nyatakan kelayakan akademik anda, termasuk nama institusi, tarikh kelayakan diperoleh, dan ijazah atau diploma yang diperoleh.
4. Pengalaman Kerja: Senaraikan pengalaman kerja sebelumnya dalam urutan kronologi terbalik (mula dari pekerjaan yang paling baru). Nyatakan nama syarikat, jawatan, tarikh bekerja, dan tanggungjawab atau pencapaian yang telah dicapai.
5. Kemahiran: Sebutkan kemahiran yang relevan dengan pekerjaan yang dilamar, seperti kemahiran teknikal, kemahiran interpersonal, dan kemahiran bahasa.
6. Aktiviti Luar Pekerjaan: Jika ada, sertakan aktiviti atau penglibatan sukarela yang telah anda lakukan. Ini dapat menunjukkan minat, kepimpinan, atau kemahiran lain yang dapat memberikan nilai tambah kepada majikan.
7. Rujukan: Anda boleh menyatakan “Rujukan akan diberikan jika diminta” di bahagian ini. Pastikan anda mempunyai rujukan yang bersedia memberikan testimoni atau maklumat tambahan jika majikan berminat untuk menghubungi mereka.
8. Format yang Mudah Dibaca: Pastikan resume anda mudah dibaca dengan menggunakan pengepala bagi setiap bahagian, menggunakan poin-poin utama, dan menggunakan format yang teratur dan bersih. Elakkan menggunakan fon yang terlalu kecil atau terlalu banyak hiasan.
9. Kesalahan Tatabahasa dan Ejaan: Semak semula resume anda untuk memastikan ia bebas dari kesalahan tatabahasa dan ejaan. Gunakan semak penyemak tatabahasa atau minta orang lain untuk membantu anda dalam meninjau resume.
Setiap resume harus disesuaikan dengan keperluan dan pekerjaan yang dilamar. Pastikan untuk menyesuaikan resume anda dengan mempertimbangkan keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh majikan yang berbeza.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/06/jawatan-kosong-segera-di-rela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Rela Kini Dibuka 2023 Mohon Sekarang

Jawatan Kosong Rela Kini Dibuka 2023 Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 216 hits
Jawatan Kosong Rela Kini Dibuka 2023 Mohon Sekarang Terkini Jabatan Rela Daerah Timur Laut telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak b...
Spa Buka Pengambilan 39 Jawatan Kosong Di Kementerian Dalam Negeri

Spa Buka Pengambilan 39 Jawatan Kosong Di Kementerian Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 107 hits
SPA buka pengambilan 39 jawatan kosong di Kementerian Dalam Negeri Kami ingin memaklumkan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini sedang membuka peluang pekerjaan dalam jumlah yang bany...
Pengambilan Besar Besaran Jawatan Kosong Lppkn Tahun 2023

Pengambilan Besar Besaran Jawatan Kosong Lppkn Tahun 2023

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 125 hits
Pengambilan Besar besaran Jawatan Kosong LPPKN Tahun 2023 Terkini LPPKN telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelu...
Jawatan Kosong Spa Buka Pengambilan Besar Besaran 2023

Jawatan Kosong Spa Buka Pengambilan Besar Besaran 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 199 hits
Jawatan Kosong SPA Buka Pengambilan Besar besaran 2023 Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak...
Jabatan Perkhidmatan Awam Buka Pengambilan Jawatan Kosong Mystep

Jabatan Perkhidmatan Awam Buka Pengambilan Jawatan Kosong Mystep

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 219 hits
Jabatan Perkhidmatan Awam Buka Pengambilan Jawatan Kosong MyStep Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengundang warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ada Ini adalah berita baik bagi m...
Pengambilan Jawatan Kosong Mahkamah Kuala Lumpur Julai 2023

Pengambilan Jawatan Kosong Mahkamah Kuala Lumpur Julai 2023

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 149 hits
Pengambilan Jawatan Kosong Mahkamah Kuala Lumpur Julai 2023 Makluman terbaru Mahkamah Kuala Lumpur membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak...
Kemasukan Segera Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2023

Kemasukan Segera Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 169 hits
Kemasukan Segera Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2023 Terkini Lembaga Getah Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak b...
E Pengambilan Pdrm Jawatan Kosong Polis 2023 Mohon Kelayakan

E Pengambilan Pdrm Jawatan Kosong Polis 2023 Mohon Kelayakan

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 119 hits
e Pengambilan PDRM Jawatan Kosong Polis 2023 Mohon Kelayakan Maklumat terbaru Polis Diraja Malaysia kini membuka peluang untuk mengisi kekosongan jawatan anggota polis dalam kalangan rakyat Malaysia Permohonan boleh dikemukakan melalui lama...
Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Kini Dibuka

Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 232 hits
Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Kini Dibuka Terkini JPNIN telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelu...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Jalan Jalan Tengok Rumah Contoh Dekat Durian Tunggal 2024

Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi