Pengalaman Vaksin Covid 19 Sinovac Dose Pertama
Pengalaman Vaksin COVID-19 SINOVAC Dose Pertama Hi, Assalamualaikum semua,
Lama tak bersua di laman blog, kagum dengan semua yang masih dapat maintain update sampai hari ini. Hihihi.
Tapi takpa, aku curi masa sikit untuk update and share pengalaman pergi vaksin COVID-19 pada 30/5/2021 haritu
Banyak orang tanya, macam mana boleh dapat cepat?
Sebenarnya aku pun tak tahu...walaupun dah apply lama dulu, aku pun sama macam orang lain, menunggu panggilan. So pada satu malam tu, aku pun, boring dan saja nak check temujanji. Hmm masih tak berubah...Tak dapat tarikh pun lagi
Saja rasa nak update alamat dalam tu, and taraa. Lepas je aku update alamat dalam sistem, esoknya aku dapat tarikh terus. Memang lain macam rezeki, alhamdulillah
Untuk pengetahuan rakan-rakan, aku dapat vaksin jenis SINOVAC. Kalau nak baca detail mengenai vaksin yang kita akan dapat, boleh download pdf dalam MySejahtera tu, klik saja info vaksin, dan akan terpapar maklumat yang kita perlukan.
Aku berdebar satu je pasal vaksin ni, sebab aku takut jarum, hahaha. Kalau pasal Vaksin insyaAllah, aku kan student biomolecular science, immunology dan vaccine ni memang aku pernah belajar dulu. Jika kita kenal vaksin, dan tahu apa kita buat..kita takkan ada ketakutan tak berasas. Hehehe. Ini semua ikhtiar, Allah juga yang menyembuhkan.
Tapi ingat, Nabi pesan, ikat dulu untanya, baru tawakal. Ini usaha kita, insyaAllah.
Orang cakap, dah vaksin pun boleh kena COVID-19. Memang lah, vaksin bukan baju kebal. Vaksin ni, dia akan prepare antibody kita untuk menghadapi virus sebenar, jadinya bila antibody kita dah kenal rupa dia, dan tahu cara nak hancurkan dia, bila satu hari nanti kita ditakdirkan kena jangkitan, badan kita boleh fight dah, dan... InsyaAllah kita boleh senang sembuh dan tak memudaratkan kesannya macam orang yang belum vaksin
Ok back to my experience, balik vaksin tu, kitorang singgah tapau makanan, balik tidur. Hahaha. Thank you suamiku yang menemani. Alhamdulillah tak ada demam, sakit urat, atau apa-apa symptom pun. Macam tak berlaku apa-apa, risau pulak, tapi bila baca balik, normal je. Kesan tu ikut individu, so ada je orang macam aku, so rileks
Haa gitu jela pengalaman vaksin yang hambar. Hahaha. Tak sabar tunggu second dose. Harap mak abah kat kampung pun dapat cepat juga.
Ok Tata
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2021/06/pengalaman-vaksin-covid-19-sinovac-dose.html